Indah khabar dari rupa.
Depan lain belakang lain.
Makin menjadi-jadi ahli parlimen buli aku dengan ambik gambar kepala botak.
Tiap-tiap hari ada je orang hantar gambar kepala botak.
(Ini hasil tangan Balik Pulau, Datoโ Bakhtiar ๐คฃ)
If you really know Sdra Rafizi Ramli๐จ
The guy who exposed LCS, NFC, 1MDB, Tabung Haji, KWSP, and more, youโd know he doesnโt shoot blanks. When he posts, thereโs fire behind the smoke.
So unless someone wants this to explode into the second-biggest scandal after Najib Razakโs 1MDB, maybe itโs time to zip up and clean house.
The rakyat still hasnโt recovered from 1MDB, but hey, some Malays still treat Najib like a hero.
Guess maruah really is cheap these days.
Good luck Malaysia
Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan; dari polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang telah bertugas dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancaran acara himpunan yang berlangsung hari ini.
Kepada saudara saudari yang hadirโsama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauhโsaya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing. Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi.
Justeru, sebagai Perdana Menteri, saya kekal dan konsisten berpegang pada prinsip yang demokratik yakni kebebasan bersuara dan menyatakan kritikan. Kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat. Yang penting, ia harus berjalan dengan tertib, aman dan dalam semangat cintakan tanah air.
Prinsip yang sama telah kami semangati melalui Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (Prime Ministerโs Question Time, PMQT) di Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen bebas bertanyakan terus apa sahaja soalan, mengangkat bangkangan kepada saya selaku Perdana Menteri secara terus. Mohon kalian terus desak Ahli-ahli Parlimen untuk terus hadir dan aktif mengambil bahagian di semua sesi, terutamanya sesi PMQT.
Lantas, saya undang semua untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara ini bersama, tidak sekadar di jalanan, tetapi bangkit telaah, menggapai dan menguasai lapangan-lapangan baharu agar negara ini dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga.
Dan andai kalian berkesempatan lagi di masa hadapan, jangan lupa untuk kembali ke Kuala Lumpur. Mercu-mercu tanda bersejarah di sekitar ibu kota, termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, kini sedang dalam rencana pemuliharaan secara besar-besaran agar kita dapat tingkatkan pelancongan dan mendukung ekonomi di sekitar ibu kota yang sarat nilai sejarah, harapan dan semangat nasional, terutamanya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak dan pelbagai aktiviti menarik menanti, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM
Tahniah Kerajaan Madani. Rakyat nak berhimpun. Kerajaan bantu permudahkan. Polis akan kawal lalulintas,jaga keselamatan. Menteri pula akan pastikan akses pengangkutan awam tersedia untuk digunakan. Selamat berdemokrasi.
#BentongKita
๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ง๐๐ก ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ฌ๐จ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Seperti yang telah diumumkan oleh saya sebelum ini, saya ingin menjemput semua orang awam untuk hadir beramai-ramai ke pelancaran Ayuh Malaysia 2025 yang akan diadakan seperti berikut:
๐ง๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ต: Ahad, 27 Julai 2025
๐ ๐ฎ๐๐ฎ: 2.00 - 5.00 petang
๐ง๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐: Dewan Mutiara, No. 568-4-5 Kompleks Mutiara, 3 1/2 Mile, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
๐https://t.co/0vD2IwWNUr
Majlis akan dimulakan dengan sesi forum yang dipengerusikan oleh Sdr. Nik Nazmi, bersama barisan panel jemputan. Kami akan berbincang secara terbuka tentang masa depan perusahaan sosial (๐ด๐ฐ๐ค๐ช๐ข๐ญ ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฑ๐ณ๐ช๐ด๐ฆ) dan peranannya dalam memperkukuh jaringan sokongan masyarakat.
Saya sendiri akan membentangkan hala tuju baharu Ayuh Malaysia 2025, bagaimana kita akan menstruktur semula peranan rakyat dalam membina sebuah ekonomi dan masyarakat yang lebih adil melalui usaha sektor ketiga.
Bagi yang tidak dapat hadir secara fizikal, majlis ini juga akan disiarkan secara langsung di semua platform media sosial saya.
Sebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan. Ayuh Malaysia!
Alhamdulillah, sebentar tadi saya telah umumkan beberapa inisiatif penting sebagai tanda penghargaan Kerajaan MADANI kepada seluruh rakyat atas dukungan, atas kesetiaan, atas kebersamaan yang mengalirkan tenaga kepada agenda pemulihan dan reformasi negara.
Antara yang saya umumkan:
โข Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad mulai 31 Ogos, buat pertama kalinya dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada seluruh rakyat dewasa
โข Hari kelepasan am tambahan pada Isnin, 15 September 2025 bersempena Hari Malaysia sebagai tanda penghargaan atas ikatan yang membentuk kita sebagai bangsa
โข Peruntukan Jualan Rahmah MADANI digandakan kepada RM600 juta, diperluas ke semua 600 kawasan DUN agar harga barangan asas mampu milik lebih dekat dengan setiap keluarga
โข Tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya, kerajaan memperuntukkan lebih RM500 juta demi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan tanpa beban tambahan
โข Harga petrol RON95 diturunkan ke RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia
Sejak hari pertama, inilah azam dan arah kita bahawa setiap dasar, setiap keputusan, setiap ringgit yang dibelanja harus mengangkat darjat dan martabat rakyat.
Semoga langkah-langkah ini benar-benar menjadi nafas kelegaan buat rakyat terbanyak dan menjadi obor keyakinan untuk kita terus melangkah bersama dalam perjalanan reformasi menuju sebuah negara yang lebih adil, makmur dan sejahtera.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI