Apa pun alasannya, melainkan darurat yang melibatkan nyawa, orang lelaki janganlah berdua-duaan dengan wanita.
Jangan rasa kekonon iman kau tebal ke, kau rasa kau feminis lelaki ke; kau rasa takkan buat benda-benda tak senonoh.
Godaan syaitan itu benar.
Jauhi semampunya.
Ada baca satu quotes haritu, orang yang membaca adalah orang yang bahagia. Orang yang nak bahagia, dia kena ada banyak ilmu, jadi rajin² lah membaca.
Orang yang membaca akan selalu mendapat tempat dihati saya. Kawan baik saya adalah orang yg memahami jiwa saya. Yes, dia adalah
Orang lelaki kalau nak kehidupan yang lebih baik, cuba mula dengan solat subuh berjemaah di masjid.
Cuba istiqamah seminggu dulu; kemudian upgrade jadi sebulan; kemudian setahun. InshaAllah kau akan rasa hidup kau lebih bermakna.
Mulakan terus, jangan tangguh-tangguh.
Ternyata merupakan suatu kehormatan yang besar bagi saya meraikan pemikir YM Profesor DiRaja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang sebelumnya pernah menggambarkan Zaaba sebagai ‘pemukul rebana’. Justeru, pada malam ini saya ingin mengambil kesempatan untuk merenungkan semula sumbangan beliau—yang saya anggap sebagai guru saya sekaligus guru dan filasuf bangsa—sebagai “peniup seruling nyaring yang melantunkan melodi yang menusuk kalbu.”
Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan mendengarkan syarahan extempore beliau mengenai karya beliau yang terkini yakni ‘Islam: The Covenants Fulfilled’. Dalam syarahan ini, beliau mengupas ayat-ayat suci Al-Qur’an yang berkaitan dengan kemanusiaan, jasad dan ruh, serta landasan kalimah syahadat yang dibawa oleh Junjungan Besar Rasulullah SAW yang dibandingkan dengan para nabi sebelumnya. Buku ini mengupas secara mendalam konsep Islam sebagai pemenuhan perjanjian primordial (mithaq) antara Tuhan dan manusia, yakni sebuah gagasan utama dalam teologi Islam.
Izinkan saya menyentuh sedikit pengalaman peribadi saya pada masa muda iaitu ketika semangat kebangkitan Islam sedang tumbuh sebagai fenomena besar. Pada saat itu, ABIM lahir dari kesedaran bahawa Islam adalah kesempurnaan akidah dan cara hidup, di mana seorang Muslim harus hidup berdasarkan prinsip tauhid.
Meskipun menghadapi berbagai tantangan, lantas kami tidak pernah berhenti mengangkat serta menyemarak pemikiran Profesor Syed Muhammad Naquib, terutama melalui karya-karya beliau seperti ‘Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu’—yang, secara kebetulan, menjadi buku teks bagi semua guru ketika saya menjabat sebagai Menteri Pendidikan—dan ‘Risalah untuk Kaum Muslimin’, serta banyak karya penting lainnya.
Saya amat berharap karya-karya monumental Profesor Al-Attas dapat terus dimanfaatkan oleh para peneliti dan generasi muda terutamanya. Insya-Allah, Kerajaan akan mengambil inisiatif untuk mengumpul serta meningkatkan koleksi Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di ISTAC, yang direncanakan akan memiliki lebih dari 150,000 koleksi.
Semoga Allah SWT senantiasa memberikan kesihatan yang baik kepada beliau. Bagi pihak peribadi dan Kerajaan, saya ingin menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan setingginya atas dedikasi perjuangan keilmuan beliau sehingga ke hari ini. Generasi hari ini harus manfaatkan pemikiran beliau dalam usaha membangun bangsa yang bermaruah dan kuat.
#MalaysiaMADANI
Baca 30-60 min setiap pagi.
Jika susah, mula dgn 3 minit.
Jika masih susah, cari buku tentang topik yg anda minat,dan cuba lagi baca.
Bagi saya, jika ada tak suka membaca, bukan sebab tak suka membaca,tapi sebab salah pilih buku.
Semua pemimpin hebat saya kenal membaca buku.
Selama 7 tahun saya mengimpikan detik-detik ini.
Detik kami berdua foto bersama menandakan selesailah satu bab dalam perjalanan hidup kami.
Mengingati 7 tahun ini, bukan satu perjalanan yang mudah. Bersama mengharungi liku-liku kehidupan, menyeimbangkan tuntutan akademik dan keluarga.
Alhamdulillah syukur.
Querida, we made it.
We made it.
Nama pun federation, dik?
Tak suka federation? Jom ikut sistem unitari.
Tapi jangan terkejut kalau ikut sistem unitari, Penang, Melaka dan Perlis akan byebye.
Sabah Sarawak pulak akan di kerat sekurang2nya jadi 5 negeri baru.
Aku suka je. Takut hangpa la meloncat.
Radzi Jidin yang mansuhkan UPSR dan PT3…
Fadhlina kekalkan mansuh UPSR dan PT3…
Celah mana pulak Maszlee Malik yang hapuskan 😂😂😂
Dari 2018-2020 Maszlee Malik tidak pernah hapuskan apa-apa peperiksaan awam.
Apapun, KPM dah bertegas kekalkan mansuh UPSR dan PT3. Move on sahaja.
Bersama guru dan ibu bapa perkasakan dan perbaiki PBS dan PBD.
Jika tanya saya, apa yang kita mampu buat sebagai rakyat marhaen?
Guru-guru dan ibu bapa pupuklah gaya hidup membaca, berfikiran kritis dan juga minda saintifik di kalangan anak-anak.
Membaca, membaca, membaca dan berfikir… jangan ikut membuta tuli.
#Malaysiamembaca
#pendidikanuntuksemua
Bayangkan bangun pagi pening-pening nak pakai apa sebab fikir orang akan tengok, tapi sebenarnya nobody cares. Pakai je baju apa nak pakai, beli je kereta apa nak beli yada yada. Semua orang hidup dalam dunia mereka sendiri sahaja yo!
Saya kenal ramai yg ambil masa utk dapat "dream job" depa:
- seorang 7 tahun utk dapat
kerja lecturer IPTA
- seorang 5 tahun utk dapat kerja MNC
- seorang 7 tahun utk dapat kerja kerajaan
Rezeki Allah tentukan. Ada cepat, ada lambat. Ada dapat, ada tidak.
Usaha kena ada.