Manusia mengakui bahawa 6 tahun pertama adalah fasa paling kritikal dalam pembentukan seorang kanak-kanak.
Namun ironinya, manusia yang sama juga sanggup memisahkan bayi daripada ibunya seawal 3 bulan.
Ibu yang sepatutnya menjadi madrasah pertama anak-anak, dipaksa meninggalkan peranan itu. Baru selesai pantang, sudah diheret kembali ke pejabat 9 hingga 5, 5 atau 6 hari seminggu.
Tugas mendidik, memeluk, menenangkan dan membentuk emosi anak kemudian disubkontrakkan kepada pengasuh taska yang menjaga 20–30 orang kanak-kanak serentak, dengan gaji yang pun tidak bermaruah.
Namun kita masih berharap anak kita dijaga dengan kasih, perhatian dan kehalusan jiwa seperti mana seorang ibu menjaga anaknya sendiri.
Lalu ada yang berkata:
“Zaman ekonomi sekarang dah tak cukup kalau ayah saja bekerja. Ibu pun mesti ada kerjaya sendiri. Supaya kalau bercerai satu hari nanti, ada pendapatan untuk teruskan hidup.”
Soalan yang jarang ditanya:
"Kenapa dulu single income cukup, rumah ada, makan cukup, anak membesar elok tapi hari ini dual income pun baru boleh bernafas?"
Apa yang sebenarnya rosak?
Kos sara hidup naik?
Ya.
Naik sebab apa?
Struktur ekonomi siapa yang kita tunduk?
Sistem kewangan siapa yang kita pertahankan?
Hutang (jual beli kelapa sawit di kaunter Perbankan "Islam") mana yang kita normalisasikan?
Mungkin soalan-soalan ini patut ditujukan kepada para ulama’ bank, panel syariah institusi kewangan, dan mufti setiap negeri (aku nak tanya Mufti Perlis @realDrMAZA) yang selama ini menenangkan umat dengan istilah “patuh syariah”, "ini je pilihan yang kita ada" tanpa berani menyentuh akar kezaliman sistemik yang memaksa keluarga hidup dalam tekanan ekonomi.
Akhirnya, demi menampung sistem yang rosak, kita korbankan ibu,
kita kompromikan anak,
dan kita namakan semua ini sebagai realiti moden.
Ironi kehidupan manusia. Semakin kita melaungkan “kemajuan”, semakin jauh kita melangkah daripada fitrah & hikmah.
A matriculation top scorer was devastated after failing to secure a law placement despite scoring a 4.0 CGPA & 100% co-curricular merit, said MCA president Wee Ka Siong.
She was instead offered accounting at Universiti Putra Malaysia through the UPU pathway, her 4th choice.
🧵1
Bincangkan.
Kalau jawapan kau “bertolak ansur”, sampai cucu cicit kau la jadi machai.
Ada kalanya kita berlembut tapi kalau satu keturunan tu makanan dia ialah mengeksploitasi kelembutan budi bicara manusia lain, maka golongan itu patut kena tarbiah sebab dia ingat dia sorang je “sibuk” dan “rajin” dan “forward thinking”.
"Anak-anak bukan pelan persaraan buat ibu bapa"
Ini kenyataan yang sangat buruk. Ini antara debu-debu riba'.
Kenapa saya katakan ini adalah kesan daripada ekonomi riba'?
Kerana dalam islam, berbuat baik pada ibubapa adalah tunturan berat dan tanggungjawab anak-anak.
Kenyataan diatas muncul tak lama. Baru2 ini je ia muncul dari mulut kita generasi yang diasuh dengan moderniti dan didanai ekonomi riba' negara
Riba' akan menghilangkan rasa tanggungjawab kepada komuniti dan menebalkan sikap individualistik.
ibubapa pula lebih rapat dari komuniti. Ia darah daging kita. Seteruk mana kewangan depa, sebanyak mana hutang riba' depa buat, dia tetap darah daging kita dan kita ada tanggungjawab bersama membantu semampu boleh.
Kenapa kenyataan ni keluar? Imagine, ada hutang 35 tahun rm2000 sebulan untuk bayar rumah semi-D di teras jernang, kemudian hutang honda yaris rm900 sebulan selama 9 tahun. Belum ditambah hutang ipong 16 rm200 selama 3 tahun dan hutang beli air boba di shopee spaylater.
Bila kita dijerut oleh bank, maka kehidupan kita akan berpaksi pada hutang riba' ini. Buat 3 kerja, xde masa dgn keluarga, nak hantar makayah pi hospital susah, nak beribadat susah.
Semua ini hasil kita membedal riba'. Tambah pula mak ayah juga generasi yg membedal riba'.
Hasil membedal riba keliling pinggang, kita hanya memikirkan survivaliti sendiri saja. Mengganggap ibubapa adalah beban tambahan. Riba' Lebih penting untuk dibayar daripada meluangkan masa dan duit utk sara mak ayah ikut kemampuan kita.
Sebab itulah Allah meletakkan dosa riba' ni adalah berperang dengan Allah dan rasul. Orang mengambil riba pula diibaratkan jalan terhuyung-hayang seperti dirasuki setan. Riba menghapuskan rasa tjawab pada komuniti, keluarga dan rasional akal dalam membuat keputusan.
Pada kita2 yang sudah terlajak mengambil riba', usahakan utk habiskan bayaran, buit duit tepi, tukar alternatif matawang dan for God sake, stop taking more riba'!
#SGBudget2024: MINDEF will acquire 8 F-35As adding to the previously announced 12 F-35Bs. Steady defence spending allowed this calculated decision, including the mid-life upgrade of the F16s before they are progressively drawn down from mid-2030s onwards & replaced by the F-35s.