Tersentap dengar kuliah maghrib tadi,
Ustaz pesan :
kadangkala kita dipandang baik bukanlah kerana kita benar-benar baik
tapi kerana kasih sayang Allah yang menutupi aib kita
Salah seorang rapper terkenal dari AS yang lantang suarakan hak kebebasan Palestine sampai buat lagu.
Jarang artis AS yang popular berani lantang macam ni. Much respect π«‘
Macklemore β Hindβs Hall
Rafah adalah hentian terakhir di Gaza.
Tersepit. Di depan, sempadan Mesir. Di belakang, tentera Zionis lengkap bersenjata.
Teringat saya kepada peristiwa hijrah Nabi Musa bersama Bani Israel. Tersepit. Di depan, lautan. Di belakang, tentera Firaun lengkap bersenjata.
Ketika itu sampai ada yang kata, "Kita dah kalah." Sudah tiada tempat boleh lari.
Tetapi ketika itu jugalah Allah menunjukkan kekuasaan-Nya. Laut terbelah, sehingga tebingan air laut itu meninggi seperti gunung, mencipta satu laluan buat orang beriman pergi ke seberang.
"Tidak sekali-kali. Sesungguhnya Tuhanku ada bersamaku. Dia pasti memberikanku jalan," kata Nabi Musa.