Ramai marah bila sebut e-invois, SST naik dan LHDN makin agresif tetapi selalunya yang kena tempias saya dan Kementerian Ekonomi sebelum ini, sedangkan semua ini di bawah Kementerian Kewangan.
Dua-tiga tahun kebelakangan ini, peniaga kecil dan sederhana, khususnya dalam komuniti Cina, rasa sangat tertekan: tafsiran cukai kadang-kadang tak masuk akal, kena bayar lebih, tetapi bila terlebih bayar, bayar semula (refund) pula lambat.
Di atas kertas, kerajaan bangga umum kutipan cukai meningkat; di bawah, orang yang bayar cukai rasa mereka sedang diperah. Bila retorik “lawan orang maha kaya” sering digunakan, tetapi kroni lama nampak elok saja berkawan dengan kerajaan, peniaga kecil rasa merekalah yang jadi bola politik.
Selagi cara kita mengutip dan mengurus cukai tidak dirasakan adil dan munasabah oleh mereka, jangan hairan kalau keyakinan pengundi Cina terhadap kerajaan makin menurun.
Tonton video ulasan isu ini di sini:
https://t.co/j8gOHR3VFX
KENYATAAN RASMI PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima keputusan rayuan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), di mana rayuan kami telah ditolak.
▶️ Baca penuh di https://t.co/qyAyDsdH9k
#FAM#HarimauMalaya
KENYATAAN RASMI PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima keputusan rayuan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), di mana rayuan kami telah ditolak.
▶️ Baca penuh di https://t.co/qyAyDsdH9k
#FAM#HarimauMalaya
Malaysia tidak diundang ke Sidang Kemuncak Gaza di Sharm al-Sheikh kerana pendirian Malaysia adalah kita tidak memberikan dukungan tanpa syarat terhadap pelan damai 20 perkara yang dikemukakan. Syarat kita jelas yakni ia mesti bersifat ‘comprehensive solution’, yang tentunya mencakup persoalan membawa pulang warga Palestin yang terusir, mengiktiraf hak Palestin sebagai sebuah negara yang berdaulat, serta menamatkan sepenuhnya penjajahan dan kezaliman rejim Zionis Israel di Tebing Barat. Pelan 22 butiran tersebut—setelah diteliti—tidak menyentuh soal hak rakyat Palestin, kedaulatan negara mereka, mahupun instrumen pendudukan (occupation) yang masih berterusan. Justeru, Malaysia tidak tergamak untuk mendukung sesuatu yang mengabaikan prinsip asas tersebut.
Pendirian dan kenyataan saya serta Menteri Luar disampaikan dengan jelas; Malaysia mendukung dengan ‘reservation’, bukan membuta tuli. Namun, ada yang bertanyakan, “justeru, mengapa masih mendukung pelan damai?”. Jawapannya adalah kita mahu penghentian segera kepada pemusnahan harta benda, pembantaian, termasuk wanita dan kanak-kanak. Saat Gaza kebuluran dan dunia bungkam, sebarang ruang mendesak yang dapat segera menghentikan kezaliman mesti kita manfaatkan, selagi tidak menggadai prinsip dan maruah.
Ketidakhadiran Malaysia di Sharm al-Sheikh bukan bermaksud kita menjauh, tetapi adalah manifestasi pendirian nasional yang berani dan berprinsip. Diplomasi bagi kita adalah wahana menjulang nilai kemanusiaan dan hak bangsa tertindas, tidak sekadar upacara atau tuntutan protokol semata.
Walhasil, kita akan terus berunding melalui OIC, ASEAN, serta dengan rakan seperti Jepun, Turkiye, Qatar dan Arab Saudi untuk menyalurkan bantuan serta merencana pemulihan Gaza iaitu membina semula sekolah, hospital, rumah dan pelbagai infrastruktur asas yang lain seusai derita perang tamat.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI