Mengiringi YAB Dato' Seri @anwaribrahim , Perdana Menteri Malaysia mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan di Vientiane, Laos bermula hari ini hingga 11 Oktober ini.
Perdana Menteri juga dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Campur Satu antara ASEAN dan tujuh Rakan Dialog iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada, serta Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga, Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
#MalaysiaMadani
#ASEAN
Alhamdulillah, saya telah membuat beberapa pengumuman khusus buat rakyat menjelang perayaan Aidilfitri membabitkan:
• Cuti tambahan pada Jumaat atau Isnin, tertakluk kepada tarikh Hari Raya Aidilfitri.
• Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri berkuat kuasa 14 hingga 28 Mac 2026.
Moga inisiatif ini dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat, memastikan harga barangan kekal berpatutan, selain memudahkan perjalanan pulang ke kampung halaman.
Semoga Syawal yang bakal tiba membawa lebih kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI
Alhamdulillah, berpeluang mengiringi YAB PM dan YB Dr Wan Azizah ke Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat. Turut dilancarkan Sumud Darat: 30 kontena bantuan ke Gaza sebagai tanda solidariti Malaysia. Majlis diakhiri solat Maghrib berjemaah.
Program yang dirangka turut menjadi platform memupuk perpaduan, memperkukuh kerjasama serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat selaras aspirasi Malaysia MADANI.
#MalaysiaMADANI#RancakkanMADANI#MADANIbekerja
Alhamdulillah berpeluang mengiringi YB Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ke Mailis Penyerahan sumbangan Ihya Ramadan peringkat Parlimen Bandar Tun Razak di Dewan Masjid Al-Muqarabbin.
Sumbangan itu melibatkan 10 masjid, 12 surau Jumaat dan 83 surau biasa bagi menyokong penganjuran pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan termasuk program ilmu, solat tarawih serta penyediaan juadah berbuka puasa untuk komuniti setempat.
Saya menghargai usaha yang dijalankan dan menyokong pelaksanaannya dalam ruang yang dibenarkan oleh undang-undang. Kepatuhan kepada peraturan sedia ada akan memastikan semua pihak dapat bergerak ke hadapan secara profesional dan berhemah.
#MADANIBekerja
Menerima kunjungan daripada Tn. Firdaus Wong Wai Hung serta Tn. Muhammad Azim bin Abdullah Suhaimin, Pengerusi Multiracial Reverted Muslims (MRM), susulan isu melibatkan reruai Street Dakwah MRM yang telah diambil tindakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Dalam sesi tersebut, perbincangan tertumpu kepada usaha memperjelas dan mempermudah urusan penganjuran aktiviti Street Dakwah MRM agar selaras dengan garis panduan serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, khususnya DBKL.
Turut hadir bersama YB Puan Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dan Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
#MADANIBekerja
Alhamdulillah berpeluang mengiringi YB Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ke tinjauan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Tasik Permaisuri.
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana tahun ini kita diberi peluang dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan.
Ramadhan merupakan bulan penuh keberkatan dan pengampunan.
Seperti dinyatakan di hadis
dibelenggu syaitan dan iblis”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Oleh itu marilah kita bersama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dan sekali gus menjauhi segala perbuatan yang mungkar dan menjadi insan terbaik disisi Allah SWT.