Baru-baru ini terdapat fitnah yang digerakkan golongan tidak bertanggungjawab kononnya Filipina memperoleh diesel dari Malaysia.
Hakikatnya, ia bukan minyak Malaysia, tidak melibatkan Petronas dan bukan keputusan kerajaan untuk membekalkan diesel, sebaliknya ini urusan syarikat asing, Vitol.
Hentikan fitnah dan tumpukan usaha membangunkan negara dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur semalam, saya sempat menyantuni adik Uwais Al Qorni dan kakaknya Aesha Khadeeja di pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Tersentuh hati melihat keikhlasan mereka menghulurkan duit raya, satu tanda kasih yang merendahkan jiwa.
Saya anggap ia simbol kebersamaan rakyat tanpa mengira usia, saling menguatkan tatkala mendepani krisis ketika ini.
Melihat wajah-wajah ini, terbit rasa sayu dan kasih, amanah kita adalah memastikan setiap anak Malaysia dibesarkan dengan kasih sayang, didikan baik dan peluang yang adil.
Semoga Uwais dan Aesha membesar sebagai generasi berilmu, berakhlak dan membawa kebaikan kepada keluarga serta negara.
Kemerdekaan dicapai Malaysia semakin teguh kerana semangat rakyat yang tidak pernah luntur.
Dari detik kita merdeka hingga hari ini, kekuatan negara terletak pada keazaman rakyatnya yang terus bersatu, bekerja keras dan berjiwa besar.
#MalaysiaMADANI#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Tahniah diucapkan kepada beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei atas kejayaan yang membanggakan apabila muncul sebagai juara di pentas final Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Perancis.
Terima kasih wira dan wirawati Malaysia!๐ช๐ป๐ฅ
SITI NURHALIZA opened Malaysiaโs National Day 2025 with the official anthem โMalaysia Madani, Rakyat Disantuni.โ Her voice soared across the grand celebration, met by roaring applause, a luminous symbol of unity, pride, and the nationโs enduring spirit๐ฒ๐พโจ
#Malaysia#SitiHistory
Usai meraikan sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya, saya dan Azizah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berangkat ke China atas jemputan Presiden Xi Jinping.
Saya dijadualkan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), menyaksikan perarakan hari kemenangan sempena 80 tahun tamat perang dunia kedua, serta beberapa pertemuan penting lain.
Insya-Allah, semangat Jalur Gemilang dan sorakan rakyat Malaysia yang bergema di Dataran Putrajaya pagi tadi saya bawa bersama dalam misi kali ini untuk terus membimbing langkah kita di pentas dunia. Demi Malaysia! โ๐ฒ๐พ
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Pakar Bank Dunia Bongkar 3 Kejayaan Ekonomi Malaysia Yang Jarang Diketahui
Selalu kita dengar masalah dan cabaran ekonomi, tapi jarang orang tahu ada kejayaan besar Malaysia yang diiktiraf dunia.
Antaranya:
1.Pertumbuhan stabil walau dalam suasana global tidak menentu.
2.Pengurusan inflasi terkawal berbanding banyak negara lain.
3.Daya tahan pasaran tenaga kerja yang bantu rakyat terus bergerak ke depan.
Kita terlalu sibuk melayan naratif pembangkang hingga lupa melihat pencapaian sebenar yang membanggakan negara.
Artikel https://t.co/p190fkRiyo
#MalaysiaBoleh #EkonomiNegara #WorldBank
Hadiah amat bermakna sempena Hari Kebangsaan!๐ฒ๐พ
Tahniah kepada beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei atas kejayaan membanggakan di pentas dunia.
Terima kasih wira dan wirawati Malaysia!
๐ช๐ป๐ฅ
Sebaik tiba di Tianjin, saya dan Azizah langsung ke Pusat Konvensyen Meijiang Tianjin untuk menghadiri majlis makan malam dan persembahan gala yang dihoskan oleh Presiden Xi Jinping sempena Sidang Kemuncak SCO.
Saya amat menghargai ucapan tahniah yang dizahirkan Presiden Xi sempena sambutan Hari Kebangsaan hari ini, yang disampaikan tatkala beliau menyampaikan ucapan di hadapan puluhan pimpinan dunia lain.
Di sela majlis makan malam ini, saya turut ketemu sahabat-sahabat pimpinan antaranya dari India, Turkiye, Pakistan, Vietnam, Kemboja, Maldives dan Nepal, bagi membincangkan perkembangan kerjasama dua hala.
Insya-Allah, Sidang Kemuncak SCO esok akan menjadi wadah penting untuk memperkukuh kerjasama rantau ini serta mengangkat suara Malaysia di pentas antarabangsa.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
PM @anwaribrahim tiba di Tianjin bagi memulakan lawatan kerja empat hari ke China, susulan jemputan Presiden China, Xi Jinping untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025.