Ya Allah, cukupkanlah aku dengan perkara yang halal daripada-Mu sehingga aku tidak memerlukan perkara yang haram. Dan kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu sehingga aku tidak bergantung kepada selain-Mu.
⛅ Telah masuk waktu solat fardhu Asar bagi kawasan WP Kuala Lumpur & yg sewaktu dengannya.
⏰ Waktu: 16:43
📅 Tarikh: 18/06/2026 [2 Muharram 1448H]
📢 Solat fardhu seterusnya: Maghrib (19:26)
#WaktuSolat#KL#Putrajaya
FIQH LAILATUL QADAR
Oleh: Imām al-Nawawī
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
E-book yang sangat bermanfaat ini boleh dimuatturun secara percuma melalui pautan https://t.co/WiOWzcAcUD
ABIM PRESS
The power of doa 🤍
Saat terdesak, amalkan doa Nabi Yunus:
“Laa ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz-zalimin.”
Saat ingin urusan dimudahkan, baca doa Nabi Musa:
“Rabbisyrahli shodri, wa yassirli amri, wahlul ‘uqdatan min lisani, yafqohu qouli.”
Saat meminta petunjuk dan perlindungan, amalkan doa Nabi Muhammad:
“Allahumma inni as-aluka ‘ilman naafi’an, wa rizqan thayyiban, wa ‘amalan mutaqabbalan.”
Antara sunnah yang sukar dibuat zaman ini adalah sunnah tidak mencela makanan.
Syeikh Ibn Bazz menyatakan bahawa:
"Daripada kesempurnaan akhlak adalah tidak mencela makanan bahkan menawarkan kepada sesiapa yang berkehendak tanpa mencelanya."
Mengkritik untuk penambahbaikan tak apa lagi. Tapi sampai menghina makanan yang halal dengan celaan buruk, hodoh, dll, ini bukanlah akhlak seorang Mukmin.
Ramadan ini, ubah rutin harian kita.
• Tinggalkan muzik
• Jaga ucapan
• Tundukkan pandangan
• Hentikan bercakap buruk tentang orang lain
• Perbanyakkan masa dengan al-Quran
• Tambah ilmu agama
• Jaga solat dan kualitinya
Biar sedikit, yang penting istiqamah.
Kenapa kena solat 5 kali sehari? Kenapa kena sujud 2 kali setiap rakaat?
Mufti Menk kongsikan rahsia di sebalik "pengulangan" dalam ibadah. Bukan saja-saja tau, ada hikmah besar:
1. Re-connection: Supaya kita tak hanyut lama sangat dengan dunia.
2. Status: Setiap kali ulang, darjat kita diangkat.
3. Protection: Zikir yang berulang adalah "perisai" jiwa.
Nabi SAW sendiri istighfar 100x sehari. Pengulangan = Bukti cinta & pengabdian.
Ia bukan beban, ia adalah Terapi Rohani.
Belajar qanaah. Bila hati cukup dengan apa yang ada, hidup jadi ringan, tenang, dan bahagia—rezeki, kerja, hubungan semuanya terasa cukup. Kebahagiaan bukan dari banyaknya, tapi dari rasa cukup dan syukur.
Waalaikumussalam, soalan yang baik.
Paling tepat adalah Āmin/Aamin (آمين) bermaksud Allhummastajib (makbulkanlah doaku Ya Allah).
Amin (tanpa mad) أمين pun dibenarkan, membawa maksud benar/lawan kepada khianat.
Adapun, Ammin (أمّين) ini tidak dibenarkan kerana mengubah makna. Bermaksud qasidin, iaitu orang-orang yang ada tujuan.
Wallahua’lam
4 Adab di Media Sosial
==========
Rasulullah pernah berpesan kepada kita beberapa asas penting dalam berinteraksi dengan manusia. Berdasarkan al-Quran dan hadis, ini adalah antara empat adab yang perlu kita jaga sepanjang berinteraksi dalam media sosial iaitu:
Berhentilah mengkhawatirkan hal-hal yang belum tentu terjadi. Karena sungguh, hari esok itu berada dalam genggaman Rabb yang maha baik lagi maha pemberi.
Tidak Khusyuk Ketika Solat
1. Setiap Muslim hendaklah berusaha untuk khusyuk ketika solat. Bayangkan sekiranya bos kita sedang bercakap sedangkan kita sibuk bermain telefon. Begitulah perumpamaan orang yang sedang berada di hadapan Allah, namun jiwanya sibuk dengan urusan dunia.
Selesai kelas Tadabbur al-Quran.
Hari ini masuk perbincangan ayat 4 & 5 Surah al-Fatihah.
Saya sertakan nota yang sangat cantik dan kemas daripada seorang peserta kelas ini.