#PRNJohor Sebanyak 593 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terjual setakat ini, namun hanya 133 bakal calon mengesahkan penyertaan mereka dengan menjelaskan bayaran deposit.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata jumlah itu bagaimanapun dijangka terus meningkat memandangkan bakal calon masih mempunyai tempoh sehingga proses penamaan bermula pagi esok untuk melengkapkan urusan tersebut.
Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) menetapkan mekanisme pengesahan umur yang selamat, praktikal dan bertanggungjawab bagi memastikan hanya pengguna yang layak dibenarkan mengakses platform media sosial
- Menteri Komunikasi Datuk @fahmi_fadzil#VideoBernama#BernamaNews@komunikasi_gov
PM @anwaribrahim puji kecekapan penjawat awam, lonjak prestasi Malaysia dalam World Competitive Index
Berita penuh di https://t.co/Mb3O4eH6bV
#BernamaNews
Lim Guan Eng, isterinya dan ahli perniagaan Phang Li Koon gagal dalam permohonan batalkan pertuduhan rasuah, ubah wang haram berkaitan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta
#BernamaNews#rasuah#LimGuanEng
#KualaLumpur Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM500,000 kepada mangsa kebakaran di daerah Kudat dan Sandakan, Sabah.
Seri Paduka Baginda berkenan menyaksikan penyerahan kurniaan oleh Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) Tan Sri Avinderjit Singh kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu upacara di Istana Negara.
Sumbangan itu disalurkan menerusi YSIJ bagi membantu meringankan beban lebih 1,000 mangsa yang terjejas akibat kebakaran di kedua-dua daerah berkenaan pada April lepas.
Berita penuh di https://t.co/XBrWuuwnHL
#BernamaNews
📌Garis panduan Ekonomi Altitud Rendah (LAE) dijangka diumum hujung tahun ini, perkasa kawal selia dan operasi ekosistem LAE
📌LAE buka peluang tarik pelaburan bernilai tinggi, tingkatkan daya saing negara
📌Sektor 'Advanced Air Mobility' dan dron dijangka berkembang pesat dengan pelaburan bernilai berbilion dolar
-- Menteri Pengangkutan Anthony Loke
#BernamaNews