Dakwaan Johari Ghani bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri baharu sedang diperkatakan. Tetapi siapa yang mengesahkan? Mana kenyataan rasmi?
Jangan jadikan spekulasi sebagai fakta. Rakyat berhak mendapat maklumat yang sahih. Tonton, dengar dan nilai sendiri!
#BNPNOfficial #JohariGhani #TPMBaharu #SemakFakta #PolitikMalaysia
'Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?' - Ahmad Fadhli
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan Taiwan menangguhkan rundingan pelaburan dua hala dengan Malaysia.
Menurut beliau, perkembangan itu sepatutnya menjadi pengajaran besar kepada kerajaan mengenai kepentingan berhati-hati ketika mengulas isu geopolitik sensitif.
โNah sekarang, di mana cerdiknya Perdana Menteri yang penyokong-penyokong Pakatan Harapan agung-agungkan?โ soalnya.
Ahmad Fadhli berkata, tidak ada keperluan untuk Perdana Menteri menggunakan istilah berkaitan tindakan ketenteraan dalam konflik yang tidak melibatkan Malaysia secara langsung.
Katanya, pembangkang melalui Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sudah memberikan teguran sejak Ogos lalu mengenai kemungkinan implikasi diplomatik kenyataan berkenaan.
Bagaimanapun, beliau mendakwa kerajaan tidak mengambil serius kebimbangan tersebut sedangkan masih mempunyai ruang untuk memperjelas atau menarik balik ungkapan yang mencetuskan kontroversi.
Beliau turut mengingatkan mengenai kepentingan Taiwan sebagai pelabur utama negara.
Menurutnya, berdasarkan rekod rasmi Kementerian Luar Malaysia bagi tempoh 1980 hingga Mac 2026, Taiwan merupakan pelabur kesembilan terbesar dengan 2,719 projek perkilangan diluluskan bernilai AS$16.7 bilion atau kira-kira RM70 bilion.
Pelaburan berkenaan katanya berpotensi mewujudkan lebih 407,000 peluang pekerjaan, manakala RM3.34 bilion pelaburan perkilangan dari Taiwan diluluskan dalam enam bulan pertama 2026 sahaja.
Ahmad Fadhli bimbang ketegangan diplomatik itu boleh menjejaskan keyakinan pelabur Taiwan, khususnya dalam industri semikonduktor dan teknologi tinggi.
Walaupun pelaburan sedia ada belum dilaporkan dibatalkan, beliau menyifatkan penangguhan rundingan berkenaan sebagai amaran yang tidak boleh dipandang ringan.
โDasar luar negara memerlukan kebijaksanaan dan ketelitian, bukannya kenyataan spontan yang akhirnya boleh mengundang kesan ekonomi kepada Malaysia,โ katanya. - MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fadhli Shaari
SUDAH 4 HARIโฆ AGC, JANGAN TERUS BERLENGAH!
Isu titah YDPA berhubung tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak mesti diselesaikan segera!
AGC wajib memberikan penjelasan yang telus. Jangan biarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu diheret dalam kemelut politik!
Kami rakyat tidak akan berdiam diri apabila institusi Raja diperlekehkan!
HENTIKAN KELEWATAN! HORMATI TITAH TUANKU! JUNJUNG PERLEMBAGAAN!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU! JUTAAN TERIMA KASIH, YDPA!
Kami menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan, ketegasan dan pendirian Baginda dalam memastikan titah pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Najib Razak dihormati dan dilaksanakan.
Ini membuktikan bahawa Baginda membuat keputusan berdasarkan kebijaksanaan dan pertimbangan Baginda sendiri, tanpa sebarang campur tangan atau tekanan politik.
Keputusan ini juga merupakan satu tamparan hebat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang sebelum ini dilihat terlalu banyak berdolak-dalik sehingga menimbulkan kekeliruan terhadap pelaksanaan titah diraja.
Cukuplah bermain dengan tafsiran. Titah Diraja wajib dihormati!
Kepada Datuk Seri Najib Razak, selamat kembali ke pangkuan keluarga. Semoga terus diberikan kekuatan, kesihatan dan ketabahan.
Kepada pihak yang cuba menghalang, hari ini anda telah tewas dalam perjuangan melawan kebijaksanaan dan ketegasan undang-undang.
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
โ Parti Makkal Sakti Malaysia
Peguam Dr Shamsher Singh Thind Kongsi Ayat Al-Quran Mengenai Perbuatan Kaum Nabi Lut
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Peguam, Dr Shamsher Singh Thind menarik perhatian menerusi satu hantaran di media sosial apabila berkongsi petikan ayat al-Quran yang menyentuh mengenai perbuatan hubungan sejenis dalam kalangan lelaki.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau memetik ayat 55 daripada Surah An-Naml yang merujuk kepada perbuatan kaum Nabi Lut.
"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)" - Surah An-Naml (27) Ayat 55," menurut petikan ayat berkenaan.
Ayat berkenaan merupakan sebahagian daripada kisah Nabi Lut yang menegur perbuatan kaumnya sebagaimana disebut dalam al-Quran.
Bagaimanapun, berdasarkan teks hantaran yang dikongsikan, Shamsher tidak menyatakan secara khusus individu atau pihak yang menjadi sasaran petikan tersebut.
Hantaran itu juga tidak disertakan dengan sebarang penjelasan lanjut mengenai tujuan beliau berkongsi ayat berkenaan. - MYNEWSHUB
Sumber Info: Akaun Media Sosial DR. SHAMSHER SINGH THIND