Alhamdulillah, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.
Saya melawat lokasi tragedi aliran puing di Kampung Iboi, Baling, Kedah dan melihat sendiri keadaan pasca banjir, yang telah menjejaskan 40 buah kampung disekitarnya dan…
Tahniah Azeem Fahmi sekali lagi berjaya pecahkan rekod kebangsaan bagi acara 200M bawah-20, dengan catatan masa 20.83 saat walaupun bermula di lorong kelapan.
Semoga berjaya di separuh akhir dan terus ke final!
Keluarga Malaysia bersama @_azeemf !
Syabas dan tahniah Super Bonnie sumbang emas keempat Malaysia 🇲🇾
Atlet powerlifting kebanggaan negara Bonnie Bunyau Gustin membanggakan negara setelah memenangi pingat emas setelah melakukan angkatan seberat 210kg bagi kategori Lelaki Lightweight Akhir semasa #SukanKomanwel2022.
Dirgahayu Tuanku.
Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-62 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Tahniah dan syabas kepada pesilat-pesilat yang menyertai Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19 Tahun 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka.
Tahniah dan syabas kepada pesilat-pesilat yang menyertai Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19 Tahun 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka.
Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluknya…