⛽🇲🇾 Harga petrol dan diesel di Malaysia kekal antara yang terendah di rantau ini walaupun berdepan tekanan kenaikan harga akibat konflik di Asia Barat.
Komitmen kerajaan memastikan bekalan dan harga kekal mampan memberi manfaat kepada pengguna serta ekonomi negara. 🇲🇾🤝
Alhamdulillah, hari pertama di Jepun semalam dimanfaatkan sepenuhnya, bermula dengan pertemuan bersama Tan Sri Yohei Sasakawa untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan dunia serta usaha memperkukuh keamanan.
Saya kemudiannya ke Universiti Tokyo untuk menyampaikan syarahan khas mengenai teknologi baharu terutama kecerdasan buatan dan kesannya terhadap peradaban manusia.
Hari pertama diakhiri dengan pertemuan dengan konglomerat dan pemimpin industri Jepun bagi meneroka peluang pelaburan berkualiti yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi serta memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI