Saya selaku penyokong Manchester United berkesempatan menerima kunjungan bekas bintang Arsenal, Mesut Özil, di Istanbul.
Beliau kini terlibat secara aktif dalam AK Party Republik Türkiye di samping terus komited dalam pelbagai inisiatif kemanusiaan.
Dalam pertemuan ini, saya sempat berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan dengan beliau mengenai pelbagai perkara, termasuk melibatkan kepentingan umat Islam dan situasi kemanusiaan di Gaza.
Sebagai selingan santai, perbualan kami turut menyentuh kisah cucu saya yang merupakan penyokong tegar The Gunners, satu perkara yang mengundang senyuman beliau.
Saya mengambil kesempatan menjemput beliau ke Malaysia, khususnya bagi berkongsi pengalaman terkait bola sepak, kepimpinan, nilai kemanusiaan serta peranan anak muda dalam memperjuangkan keadilan dan solidariti sejagat.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#DiplomasiMADANI
common sense
-buat salah, minta maaf
-orang dah kemas, jangan sepahkan
-tumpang orang, bagi duit minyak
-ringankan mulut cakap terima kasih
-nak pinjam, tanya dulu
-harta orang jangan buat macam harta sendiri
easy kan? tapi tak semua orang ada common sense.