Tak ramai cerita bab subsidi ayam dan telur akan dihapuskan bulan depan ni. Maksudnya harga akan float. Takde dah harga siling.
Ini berita penting sebab majoriti kita makan ayam sama ada kat kedai ataupun masak.
Kerajaan dapat jimat RM1.28 billion.
Harga ayam akan meningkat?
Bagaimana kita ingin tahu nilai diri kita di sisi Allah ﷻ?
Kata para ulama, lihatlah bagaimana kita mengagungkan dan mengingati Allah ﷻ.
- Ustaz Wadi Annuar -
Antara golongan yang didoakan oleh Rasulullah ialah seseorang yang mendirikan solat malam dan mengejutkan pasangannya untuk solat malam.
Moga Allah merahmati kita semua.
Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Gila ah, punya la loving husband dia, hensem, fit, dengan anak2 pun very fatherly, selalu holiday overseas bawak anak bini satu family, tapi
bini dia tetap curang ngan office mate, kantoi check in, tipu laki ckp kena outstation.
Takleh brain aku.
Nilai dunia disisi Allah. Kata Nabi ﷺ:
ما الدنيا في الآخرة إلا مثل ما يجعل أحدكم أصبعه في اليم، فلينظر بم يرجع
Dunia dibanding akhirat, tidak lebih seperti engkau celupkan jari dalam lautan lalu kau angkat jari & lihat sebanyak mana air masih ada dijarimu itu. [Riwayat Muslim]
Tepat ramalan Nabi ﷺ.
"Kalian nanti akan mengikut kehidupan umat terdahulu. Sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hinggakan jika mereka masuk lubang biawak pun kamu akan ikut."
Sahabat tanya: "Adakah gaya hidup Yahudi dan Nasrani?"
Nabi jawab: "Siapa lagi?"
Mengapa golongan muda hari ini fikir perasaan mereka unik dan perlu difahami secara berbeza?
Apakah mereka tidak fikir semasa si tua itu muda dahulu, mereka tidak ada gelora yang sama?
Si tua itu semasa mudanya juga membara gejolak jiwa, tidak puas hati, marah dan kecewa.
Semua itu adalah emosi yang purba sejak awal kejadian manusia semasa beralih menuju dewasa.
Tetapi si muda silam tahu batas mereka.
Sebesar mana pun amarah menyabung rasa, tangan yang menyuap nasi ke mulut itu tetap mulia.
Carilah apa pun cara untuk bahagia dan berjaya, segalanya debu dan menuju binasa andai jalannya adalah pada menderhakai ibu bapa.
Tidak ada gembira.
Tidak akan berjaya.
Tidak mencapai bahagia.
Kerana ia pilihan yang Tuhan murka.
Jalan menuju Neraka.
https://t.co/5BhkMOsrxO
Memang tiada satu pun yang sempurna.. diri kita, ibu bapa, pasangan, anak, rumah, kenderaan, kerjaya, kehidupan, kawan, dll.. yang ada ialah hati yang bersyukur, lalu rasa cukup dan rasa sempurna hadir.
Hanya Allah Yang Maha Sempurna.
Perihal ganti puasa pada hari Jumaat
1- Ulama' menyatakan bahawa hukum berpuasa pada hari jumaat semata-mata adalah makruh
2- Ini berdasarkan hadith Nabi ﷺ :
لا يَصُومَنَّ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِلا يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ
"Janganlah kamu berpuasa pada
Bahagia. Ramai nak bahagia. Naik bukit, naik gunung, duduk tepi pantai, termenung, nak “healing” kalau bahasa anak muda sekarang.
Kata Ibn Khaldun, bahagia adalah tunduk dan patuh kepada garis-garis yang ditetapkan Allah SWT dan garis-garis perikemanusiaan.
Hiburan adalah fitrah dan keperluan, namun jika berlebihan ia jadi mudharat. Ambillah ia seperti garam untuk masakan, sekadarnya sahaja.
Normaliasasi ‘lalai tu biasa’ cukuplah untuk sendiri, jangan disebarkan, ia boleh mempengaruhi.✋
Kita semua ada banyak dosa, silap dan aib yang usaha disembunyikan, bimbang manusia tahu salah satu tanda hati masih hidup.
Jangan sampai tiada rasa malu hingga kelalaian diri, sendiri sebarkan, bahkan mempengaruhi orang lain.
ada orang kalau marah or terasa jaranglah nak bagitahu melalui mulut. Tapi melalui action. Kalau dia dah tak mesra dengan kau, dah malas nak jumpa, dah malas nak layan or reply tu faham2 jela. Sebab dia pernah bagitahu melalui mulut, tapi yang kau buat adalah? Menangkan diri.
“Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri” (Al-Isra’ 7)
Tak apa tidak dihargai atau dilupakan, terus ikhlaskan diri, Allah pasti lihat, catat & balas berganda di Dunia & di Syurga.
Mencium jenazah suami, isteri atau ahli keluarga dibolehkan, tidak ada masalah. Begitu juga teman-temannya yang sama jantina boleh mencium jenazah temannya berdasarkan perbuatan Nabi ﷺ mencium sahabatnya yang meninggal dunia. [Raudhah al-Tolibin 2/98; Subul as-Salam 3/257]
Kawan aku cerita,
“Wife aku kan, ex dia contact balik cakap dia makin cantik. Wife aku pun cakap la;
‘Bro, kalau perempuan in the right relationship, treated right, memang akan nampak glow. Now you know you’re not the one for me kan? That’s why you left’
Aku happy pulak dia cakap camtu.”
Betul ke guys? Perempuan kalau treated right memang nampak glowy ke? Patut wife aku makin lawa 🤣
Di era media sosial hari ini, memang agak ‘too much’ untuk mengharapkan kita mempamerkan kemahiran berdiskusi. Semasa jumpa pendapat yang setuju, bagaimana mengawal diri agar berfikir sejenak setuju tahap mana dan mungkinkah tidak bersetuju lebih wajar. Jika jumpa pendapat yang tidak setuju, bagaimanakah caranya untuk sabar sejenak dan berfikir kenapa tidak setuju. Mungkinkah kita salah memahami lantas tidak setuju.
Hargailah perkataan-perkataan cermat yang dibekalkan oleh penulis untuk hal seperti:
1. Menurut pemahaman saya
2. Setakat kefahaman saya semasa ini
3. Berkemungkinan
4. Pengalaman peribadi saya menunjukkan
5. Saya suka mendengar maklum balas kalian
Jika ada sifat-sifat ini, Tuhan janjikan petunjuk dan peluang jadi manusia yang berakal sempurna (ulul albab)