Malam tadi saya berkesempatan menghadiri tayangan global perdana filem epik "Taj Mahal… An Eternal Love Story", satu detik bermakna yang mengangkat seni sebagai jambatan persahabatan, kefahaman dan nilai kemanusiaan sejagat.
Selepas lebih dua dekad, filem ini kembali ditayangkan dalam versi yang dipertingkat dengan teknologi terkini namun masih mengekalkan keindahan asalnya sambil memberi pengalaman tontonan yang lebih segar dan mendalam kepada penonton.
Saya menghargai usaha sahabat saya yang juga pengarah filem ini, Akbar Khan, serta kehadiran barisan pelakon asal yang memaknakan malam bersejarah ini.
Kisah cinta Shah Jahan dan Mumtaz Mahal terus hidup sebagai lambang pengorbanan, kesetiaan dan keindahan ciptaan insan yang merentas zaman dan peradaban.
Terima kasih kerana memilih Malaysia sebagai pentas pelancaran global sekali gus menegaskan peranan negara kita sebagai hab budaya dan diplomasi serantau, tempat seni diraikan, dialog diperkukuh dan nilai kemanusiaan dipertaut.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Wow! Meledak sungguh @akbarsaharie demi membawakan segala yang terbaik dalam Nadi Arena malam ini!
Semestinya tajuk utama meliputi :
1. Sukan SEA medan kebangkitan sebenar skuad sepak takraw!
2. Ada pihak cuba jatuhkan revolusi Harimau Malaya?
Semestinya jam 7.30 malam ini!
'Saya ingin bantu kontinjen raih JUARA KESELURUHAN kali ke-16 dalam sejarah'
Itu hasrat kapten Skuad Merentas Desa Lelaki B18 MSS Selangor, Muhammad Yamin Sharimi dalam penampilan terakhirnya di Kejohanan Merentas Desa MSSM 2025
Berita lanjut di @ASTROARENA
Bakat anda semua mungkin sedang duduk di bangku penonton! Jom serlahkan bakat anda dalam Teqball!🔥💪🏻⚽
Jangan lupa saksikan Nadi Arena pada 25 April, jam 7.30 malam untuk ketahui lebih lanjut bersama tulang belakang sukan Teqball Malaysia!🙌🏻
#NadiArena#AstroArena
✨Sedekah sedikit tak jadi rugi,
Malah berbuah pahala besar.
Memberi rezeki hati berseri,
Semoga hidup semakin lancar ✨
PROJEK RAMADAN musim ke-3 bakal temui anda di Nadi Arena sepanjang ramadan ini!
Ikuti kisah bekas atlit negara yang cukup meruntun jiwa di saluran 801💕
Ramadan bulan kemuliaan, bulan terbaik untuk membantu individu yang memerlukan.
Jom bersama Pengerusi YAKEB dalam membincangkan secara terperinci penganjuran PROJEK RAMADAN musim ketiga.
Semestinya di Nadi Arena edisi khamis jam 7.30 malam eksklusif di Astro Arena 801.
NSL 2025
Misi besar Johor Jewels pertahankan GELARAN JUARA 🔥
Kami akan bawakan secara eksklusif di studio Nadi Arena, Ketua Jurulatih Johor Jewels, Tracey Robinson bersama GS utama, An Najwa menjelang musim 2025 🔥
Langsung hanya di saluran 801, 7:30 malam
#NadiArena
Menjelang musim baru NSL 2025, adakah KL Wildcats sudah punyai resipi untuk rampas kejuaraan dari Johor Jewels?
Nantikan tetamu khas di Nadi Weekend, 7:30 malam di Astro Arena
#nadiweekend#klwildcats#nsl2025
Hari ini kita menerima perkhabaran yang amat mendukacitakan dengan pemergian bekas legenda bola sepak negara, Robert Choe Kim Chwee.
Mendiang adalah wira yang pernah mengangkat nama negara, beraksi di Sukan SEAP Bangkok 1959 dan Sukan Asia 1962, serta menjadi rakan sepasukan kepada Allahyarham Tan Sri Datuk Abdul Ghani Minhat, 'Raja Bola'.
Pada tahun 2023, saya bersama YAKEB berkesempatan menziarahi beliau di kediamannya di Ujung Pasir untuk bertanya khabar dan menyampaikan sedikit sumbangan.
Pemergian ini adalah satu kehilangan besar buat dunia sukan tanah air. Semoga keluarga mendiang diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.
Suasana Tahun Baru Cina sudah tiba di kampungku Bukit Mertajam.
新年气息到了我家乡。
♥️🇲🇾
Bersama rakan2 wakil rakyat di BM, SDR @dgooizs Sdr @leekhailoon & Sdri Lee Lee.
Segambut : Bumbung kantin, meja dan kerusi BAHARU untuk SK Sultan Hishamuddin Alam Shah bagi menampung jumlah murid sebanyak 830 orang semasa waktu rehat. Kini mereka dapat makan/minum dalam keadaan selesa/kondusif serta mendapat ruang bagi aktiviti tambahan. #MADANI
"All political parties be instruments in embracing Malaysia’s rich and diverse culture while respecting every citizen’s right to practice their own faiths and beliefs."
#ASEAN2025@hannahyeoh@MalaysiaPMO@kpkt_gov
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. I extend my heartfelt condolences to His Eminence the Grand Imam of Al-Azhar Dr Ahmed Al-Tayeb on the passing of his beloved sister. I had just met Dr Ahmed during my visit to Egypt. May Allah grant her Jannatul Firdaus and bestow upon Dr Ahmed’s family patience and strength during this time of loss. My thoughts and prayers are with him. Al-Fatihah.
Mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyaksikan MotoGP yang penuh debaran di Litar Antarabangsa Sepang.
Penghargaan buat pelumba Moto2 negara, Helmi Azman yang telah bertungkus-lumus berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Tidak lupa didoakan kesembuhan buat Khairul Idham Pawi yang kemalangan semalam.
Tahun ini juga, kita kekalkan inisiatif tiket RAHMAH berharga RM49.90—usaha untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang menonton aksi sukan permotoran di litar kita sendiri.
Sukan ini untuk semua!
#MalaysiaMADANI