Sekarang kita tahu harga petrol dan diesel sangat terdedah kepada geopolitik dunia yang tidak menentu, jadi apa penyelesaiannya?
Dunia dah berubah. Malaysia hari ini bukan Malaysia 20 tahun lalu. Hari ini, realitinya berbeza. Kos pengeluaran semakin tinggi, margin semakin mengecil. Malah, PETRONAS sendiri pun berdepan tekanan yang sama.
Ini bukan soal suka atau tak suka. Ini soal makro. Soal ekonomi global yang kita tak boleh kawal sepenuhnya.
Sebab itu, National Energy Transition Roadmap (NETR) diperkenalkan. Fokusnya jelas, kurangkan kebergantungan kepada minyak dan gas, dan bina sumber tenaga yang lebih pelbagai dan mampan untuk jangka panjang.
Masalahnya bila isu harga minyak terus dipolitikkan, seolah-olah semuanya boleh diselesaikan dengan janji dan slogan. Sedangkan hakikatnya, ruang kita makin sempit.
Kita kena jujur dengan rakyat. Zaman Malaysia “kaya” hasil minyak sudah berlalu. Generasi hari ini perlu memahami dan bersedia menghadapi realiti baharu.
Ahli politik juga kena berhenti guna isu ini untuk gula-gulakan rakyat. Kalau terus bermain dengan sentimen lama, kita hanya menangguhkan masalah, bukan menyelesaikannya.
Realitinya pahit, tapi itu yang perlu kita hadapi untuk bergerak ke depan.
Tonton kupasan penuh isu harga minyak dan cabaran yang dihadapi di Podcast YBM 43 di saluran YouTube saya:
https://t.co/Mt1YWfZx0G
✴️GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut.
Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Breakups hurt. You know what really hurts? Trying to make it work with someone who has proven, time and time again, that they do not care about your feelings. That hurts.