๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐! ๐ฒ๐พ
Malaysia bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN ke-17 dan Mesyuarat Berkaitan (17th ASEAN Health Ministersโ Meeting and Related Meetings).
๐ 7 โ 11 September 2026
๐ Kuala Lumpur
Bertemakan, โHealthy ASEAN: Together Towards Equitable, Future-Ready Health Systemsโ.
Mari kita bersama-sama menyokong usaha ke arah sistem kesihatan ASEAN yang lebih saksama, berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan.
#AHMM17 #HealthyASEAN #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI
(2/2) Acara perbarisan dan perarakan pada tahun ini melibatkan 76 kontinjen, 22 kumpulan pancaragam dan 11 kereta berhias (float), dengan penglibatan 10,819 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, badan beruniform, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi serta wakil masyarakat sivil.
Buat julung kalinya, sambutan turut disertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor, kontinjen Sukan SEA 2027 dan kontinjen kluster Kelestarian Ekonomi Jingga.
Sambutan dimeriahkan dengan persembahan skuadron pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Persembahan penutupan โRentak MADANI, Paluan Tradisiโ pula menghimpunkan 2,350 peserta gabungan Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), PERMATA Seni Tari, pelajar Kementerian Pendidikan (KPM), agensi dan jabatan kerajaan, syarikat seni serta badan bukan kerajaan (NGO) seni dan budaya. Turut membuat persembahan, penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir yang menyanyikan lagu tema rasmi HKHM 2026, "Aku Berjanji".
Semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara terus disemarakkan apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menyertai Perarakan Hari Kebangsaan menerusi Perbarisan Kontinjen Kesejahteraan yang disertai seramai 200 peserta. Kontinjen KKM terdiri daripada warga Ibu Pejabat KKM, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh, ILKKM Kuala Lumpur serta ProtectHealth dan diketuai oleh YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM.
Lebih istimewa, kontinjen KKM tampil membawa mesej โJom Saring Kesihatanโ dan โSihat Itu Sayaโ, diserikan dengan kehadiran dua maskot โMalaysia Sihat, Sihat Itu Sayaโ yang mencuri perhatian sepanjang perarakan. Penyertaan ini bukan sekadar menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, malah menjadi platform untuk menyampaikan mesej bahawa rakyat yang sihat merupakan asas kepada sebuah negara yang kuat, produktif dan sejahtera.
Turut hadir YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, KKM; YBhg. Datuk Dr Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengurusan Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia.
(1/2) KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini.
Sambutan ini turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri dan isteri; Timbalan-Timbalan Perdana Menteri; barisan Menteri Kabinet termasuk YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan; Duta dan Konsul Asing di Malaysia.
Lebih 100,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini sekali gus menzahirkan semangat patriotik dan cinta akan negara. Bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, โMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ, sambutan tahun ini menekankan komitmen berterusan kerajaan dalam membina sebuah negara maju, harmoni dan sejahtera, tanpa mengira latar belakang.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan baru-baru ini.
Antara ikhtiar penting yang diumumkan ialah usaha mempercepat rawatan dan menurunkan tempoh menunggu di klinik serta hospital kerajaan. Ini akan dilaksanakan melalui peruntukan RM1 bilion bagi sistem Rekod Kesihatan Elektronik (EMR) dan ketersambungan WiFi di fasiliti kesihatan awam, melibatkan 150 hospital dan 2,000 klinik kesihatan.
Inisiatif ini selaras dengan usaha KKM ke arah perkhidmatan kesihatan awam yang lebih cekap, mesra pesakit dan berasaskan data. Kami komited untuk melaksanakan peruntukan ini dengan telus, berkesan dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Semoga setiap langkah ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakyat dan memberi makna yang nyata kepada sambutan kemerdekaan tahun ini
KKM akan terus bekerja keras bersama Kerajaan MADANI demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia ๐ฒ๐พ.
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI
Ketika konflik di Asia Barat mencetuskan krisis bekalan global pada April lalu, Kerajaan terpaksa mengambil langkah sukar dengan menurunkan sementara had kelayakan asas BUDI MADANI kepada 200 liter sebulan. Alhamdulillah apabila keadaan kini semakin pulih, Kerajaan MADANI mengembalikan had asal tersebut berkuat kuasa 1 September ini.
Ini bermakna lebih 16 juta rakyat Malaysia akan kembali menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan, manakala lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak akan menikmati BUDI Diesel sehingga 400 liter sebulan.
Semoga langkah ini memberikan sedikit kelegaan serta membantu rakyat mengharungi tekanan kos sara hidup.
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#YakinMADANI
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Kemerdekaan sebenar bukan sekadar laungan yang berulang, tetapi apabila kesihatan dan kesejahteraan dapat dinikmati secara saksama oleh seluruh rakyat. Di wad hospital, kepelbagaian kita dizahirkan dalam bentuk yang paling murniโtiada pesakit yang bertanya apa bangsa petugas yang sedang merawat mereka.
Sempena Hari Kebangsaan ke-69 ini, penghargaan khusus ini ditujukan buat ribuan petugas kesihatan yang sedang berkorban masa dan terus menabur bakti di zon kecemasan, bilik bersalin, di dalam ambulans, serta di klinik-klinik yang jauh dari kemeriahan sambutan.
Terima kasih atas pengorbanan anda semua. Andalah pelaksana reformasi kesihatan yang sebenar, yang memastikan nikmat kemerdekaan dan nyawa pesakit terus terpelihara pada setiap masa.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia. Kesihatan Untuk Semua, Merdeka!
#MalaysiaMADANI #HKHM2026
#KKMPrihatin #YakinMADANI
Sorotan Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan Tahun 2026 yang disempurnakan oleh YAB Datoโ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.
#KKMPrihatin#SihatBersama#MalaysiaSihat#MADANIBekerja
2/ -
๐Tbt.. this is a fantastic investment in Malaysia's public healthcare system!
๐ This is not just about an overall.. improving the quality of care while smoothening the patient journeyโฆ..but also specifically..
๐Reducing waiting times,
๐ lmproving the patient's experience,
๐lmproving working conditions,
๐lmproving productivity of healthcare workers, and
๐Reducing congestion!
Salam ๐ฒ๐พ MADANIโค๏ธ
โSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB PMX @anwaribrahim atas pengumuman peruntukan RM1 bilion untuk tingkatkan kecekapan sektor kesihatan dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 beliau sebentar tadi di PICC. ๐
โPelaksanaan kemudahan ini akan melibatkan skala yang besar, iaitu 150 buah hospital seluruh negara & 2,000 buah klinik kesihatan.
โKKM komited untuk pastikan amanah ini digerakkan SEGERA untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap, pantas (cth pendekkan masa menunggu) moden & selesa buat seluruh rakyat Malaysia. ๐คโ๐คฒ
Sekali lagi, Jutaan terima kasih YAB PMX! ๐ฅฐ
โ#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati #KKMPrihatin #HariKebangsaan2026 #EMRSResultJariKaro
MEMAKNAI #JIWAMERDEKA
โKemerdekaan sebenar bukan sekadar laungan merdeka atau kibaran bendera, tetapi tentang ketahanan jiwa dalam mengharungi setiap ujian dan perit jerih kehidupan dengan sabar dan semangat yang tidak pernah luntur.
Sempena Hari Kebangsaan 2026, pesanan khusus ini ditujukan buat anak-anak muda, ibu bapa, penjaga (caregivers), wira-wira komuniti Penyakit Jarang Jumpa (Rare Disease), serta rakan penggerak NGO dan advokasi di seluruh Malaysia.
โTeruslah teguh dan berdaya maju. Kecekalan anda adalah cerminan sebenar #JiwaMerdeka yang memberi inspirasi kepada kita semua!
Selamat Hari Kemerdekaan 2026! ๐ฒ๐พโจ
โ#JiwaMerdeka #RareRealAndHere #RareDiseaseMalaysia #KesihatanMilikSemua #MalaysiaMADANI #KKMPrihatin
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐ ) ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan hari ini telah merasmikan Majlis Peluncuran Program Community Feeding (PCF) Bandar Bersama Pemimpin Parlimen Seputeh di Kompleks Kesihatan Muhibbah, Kuala Lumpur. Inisiatif intervensi pemakanan yang dirintis Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak tahun 2013 ini kini diperluaskan ke kawasan bandar menerusi penglibatan langsung pemimpin setempat.
Bagi Parlimen Seputeh, pelaksanaannya dijayakan dengan kerjasama YB Puan Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Sepiteh.
Kerjasama strategik antara KKM dan pemimpin setempat ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menangani isu kesihatan awam melalui pendekatan seluruh masyarakat (whole-of-society approach).
Langkah ini amat penting berikutan situasi malpemakanan kanak-kanak bawah lima (5) tahun di Kuala Lumpur yang membimbangkan. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, sebanyak 12.4 peratus kanakkanak direkodkan kurang berat badan, 23.4 peratus bantut, 8.1 peratus susut, dan 7.5 peratus berat badan berlebihan. Realiti Beban Berganda Malpemakanan (Double Burden of Malnutrition) ini menuntut KKM bertindak lebih proaktif dengan turun terus ke komuniti, khususnya di kawasan berpendapatan rendah.
Inisiatif asal PCF Bandar telah digerakkan menerusi peruntukan khas KKM melibatkan pemberian sajian harian kepada 70 orang kanak-kanak di PPR Desa Tun Razak, Kuala Lumpur dan Apartment Fasa II Putrajaya. Menyedari keperluan untuk menjangkau lebih ramai kanak-kanak berisiko yang tidak hadir ke fasiliti kesihatan, model intervensi ini telah dikembangkan menerusi kerjasama strategik bersama Ahli Parlimen (PCF Bandar Bersama Pemimpin).
KKM berhasrat menjadikan inisiatif ini sebagai model yang boleh diperluas ke kawasan lain mengikut keperluan setempat.
KKM kekal komited untuk terus memperkukuh intervensi pemakanan di peringkat komuniti bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak menerima sokongan sewajarnya. Inisiatif ini mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI bagi memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang membesar dengan sihat dan mencapai potensi optimum sebagai pelaburan berharga demi masa depan negara.
Turut hadir YBhg. Datin Dr. Haliza binti Haji Abdul Manaf, Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dan YBrs. Encik Nazli Suhardi bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Pemakanan KKM.
Sorotan Majlis Peluncuran Program Community Feeding (PCF) Bandar Bersama Pemimpin Parlimen Seputeh yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan.
#KKMPrihatin#SihatBersama#MalaysiaSihat#MADANIBekerja
Kanak-kanak adalah antara golongan yang rentan dan mudah terjejas akibat keadaan cuaca jerebu. Ibu bapa dinasihatkan untuk memantau tahap kesihatan anak-anak dari semasa ke semasa dan mengambil langkah pencegahan yang proaktif.
Amalkan tindakan berikut untuk melindungi keluarga anda daripada kesan buruk jerebu:
- Kekal di dalam bangunan: Pastikan anak-anak tidak melakukan aktiviti di luar rumah.
- Jaga kebersihan diri: Kerap membasuh muka dan tangan selepas terdedah kepada udara luar.
- Pakai pelitup muka: Gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai sekiranya terpaksa berada di luar bangunan.
- Banyakkan minum air: Tingkatkan pengambilan air kosong bagi mengelakkan dehidrasi.
- Sediakan ubat-ubatan: Pastikan bekalan ubat anak-anak sentiasa mencukupi, terutamanya jika mereka mempunyai sejarah penyakit asma atau alahan.
Persekitaran yang berjerebu boleh memburukkan kesihatan pernafasan. Segera bawa anak anda ke klinik atau hospital berhampiran jika mereka menunjukkan sebarang gejala batuk berterusan, selesema, atau kesukaran bernafas.
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI
Sorotan Majlis Penutup International Medical Device Exhibition and Conference (IMDEC 2026) yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri bersama YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan.
#IMDEC2026#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI
(1/2) ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ง๐๐ญ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐๐๐ข๐๐๐ฅ ๐๐๐ฏ๐ข๐๐ ๐๐ฑ๐ก๐ข๐๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ง๐๐๐ซ๐๐ง๐๐ (๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐)
YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri bersama YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Penutup International Medical Device Exhibition and Conference (IMDEC 2026) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).ย
Bertemakan "Revolutionizing Medical Technology: Powering Tomorrow's Era of Healthcare", IMDEC 2026 berjaya menjadi platform strategik yang menghimpunkan pemain industri, dan badan pengawal selia teknologi perubatan.
๐ซ๏ธ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
KKM mengambil maklum 17 stesen mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat setakat 8.00 pagi, 26 Ogos 2026, menurun berbanding 31 stesen pada 25 Ogos 2026. Situasi jerebu masih berterusan, khususnya di Sarawak.
Pemantauan di fasiliti kesihatan sentinel mencatatkan peningkatan kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (URTI) sebanyak 124.4% dan asma sebanyak 259%.
Orang ramai dinasihatkan supaya:
1๏ธโฃ Elakkan berada di luar bangunan, terutama golongan berisiko tinggi;
2๏ธโฃ Hadkan aktiviti luar kepada perkara yang perlu sahaja dan gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai;
3๏ธโฃ Tangguhkan aktiviti fizikal lasak dan acara luar ketika keadaan berjerebu; dan
4๏ธโฃ Pesakit penyakit respiratori kronik dan penyakit jantung hendaklah mengambil ubat seperti yang dinasihatkan serta mendapatkan rawatan segera sekiranya tidak sihat.
Maklumat lanjut: https://t.co/PUfZw0u76l
KKM akan terus memantau perkembangan situasi jerebu dan kesannya terhadap kesihatan penduduk serta menyesuaikan tahap kesiapsiagaan dan respons kesihatan berdasarkan penilaian risiko semasa.
.@KKMPutrajaya masih jalankanย kajian dan penilaian secara menyeluruh sebelum menjadikan vaksin denggi sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) - Menteri Kesihatan @DrDzul
Selanjutnya : https://t.co/zksfZFIU5J
(2/2) Fasiliti baharu ini melakar sejarah sebagai pusat kepakaran pergigian luar persekitaran hospital (non-hospital based) pertama di Malaysia. Fasiliti ini merupakan hab rujukan untuk kira-kira 11.89 juta penduduk di Zon Tengah, PPPNS membawakan impak transformasi yang besar seperti:
- Waktu Menunggu Singkat: Masa menunggu rawatan pakar berjaya dipendekkan sehingga 70% (dari 2 bulan kepada hanya 2-3 minggu).ย
- โ Kapasiti Melonjak 90%: Mampu merawat sehingga 150 pesakit sehari.ย
- โ 4 Kepakaran, 1 Bumbung: Integrasi kepakaran Pergigian Restoratif, Periodontik, Ortodontik, dan Kesihatan Awam Pergigian.
- โ Fasiliti Moden: Dilengkapi sistem imbasan canggih OPG dan CBCT untuk diagnosis pantas.ย
Inisiatif ini menterjemahkan komitmen Kerajaan MADANI dalam mengurangkan kesesakan hospital awam, menjimatkan masa rakyat dan merapatkan jurang akses perkhidmatan rawatan tertiari. KKM turut menyasarkan PPPNS akan terus berkembang sebagai Pusat Kecemerlangan (Center of Excellence) negara.ย
Turut hadir, YB Tuan Suhaimizan bin Bizar, Exco Kerajaan Negeri Sembilan; YBrs. Dr. Fauziah binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian) KKM; dan YBrs. Dr. Zuraida binti Mohamed, Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.ย
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI
(1/2) ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ซ๐๐ฌ๐ฆ๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ญ ๐๐๐ค๐๐ซ ๐๐๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan (PPPNS) di Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.