Kalau Kerajaan, NGO Atau individu boleh tak saman Kerajaan Indonesia Kerana telah menyebabkan Jerebu. Aku dah Tak Tahan Tiap2 Tahun Hidu Asap Mereka...
Akmal Sindir Kerajaan MADANI Isu Kuota BUDI RON95
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyindir Kerajaan MADANI susulan keputusan menaikkan semula kelayakan asas penggunaan petrol bersubsidi BUDI RON95 daripada 200 kepada 300 liter sebulan.
Menerusi hantaran di Facebook, Akmal mempersoalkan perubahan tersebut selepas kerajaan sebelum ini dilaporkan mendakwa kurang satu peratus pengguna RON95 menggunakan lebih 200 liter petrol sebulan.
“Dia yang mewujudkan kuota. Dia juga yang menurunkan kuota. Dia juga yang menaikkan semula kuota.
“Dan dia jugalah yang mengangkat diri sendiri sebagai hero,” katanya.
Akmal turut mempersoalkan sama ada dapatan kajian mengenai penggunaan petrol rakyat yang diketengahkan sebelum ini masih terpakai atau keputusan terbaharu itu dibuat susulan perkembangan politik semasa.
“Nak tanya, kajian yang menyatakan hanya satu peratus sahaja guna minyak melebihi 200 liter sebulan itu tidak terpakai ke apa? Atau dah berubah akibat PRN?
“Apa pun, terima kasih hero!” katanya secara sinis.
Terdahulu, Kerajaan MADANI mengumumkan kelayakan asas BUDI RON95 dikembalikan kepada 300 liter sebulan berbanding 200 liter sebelum ini.
Perubahan tersebut mencetuskan persoalan mengenai asas kerajaan menetapkan had penggunaan petrol bersubsidi itu, terutama selepas kuota 200 liter sebelum ini dipertahankan dengan alasan hanya sebahagian kecil pengguna memerlukan jumlah lebih tinggi.-MYNEWSHUB
Ketika Amerika Syarikat membelanjakan wang tanpa had untuk peperangan terutama dalam mempertahankan Israel, China terus melabur dalam pendidikan.
Inilah papan hitam sekolah generasi baharu di China 🇨🇳.
Pilihan yang berbeza menentukan masa depan yang berbeza!
Adakah Agama Yang Mengajar 'Kebas' Tanah Orang Untuk Buat Rumah Ibadat? - Mufti Perlis
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyelar Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Jelutong, RSN Rayer kerana mengecam tindakan kerajaan Perlis berhubung perobohan Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi, Kangar.
Beliau berkata, Rayer sebagai seorang Ahli Parlimen sepatutnya mengajar rakyat untuk mengikut undang-undang, bukan membina bangunan sesuka hati tanpa peraturan dan hak.
"Kita berada di negara yang ada undang-undang, bukan di hutan rimba yang tanah tiada pemilik. Rumah persendirian pun tidak boleh kita bina dengan menceroboh tanah orang lain atau tanah awam.
"Apatah lagi membina rumah ibadat agama. Adakah dalam dunia ini agama yang mengajar 'kebas' tanah orang untuk buat rumah ibadat? Jika tiada, jangan buat," katanya dalam satu kenyataan di muat naik di media sosial hari ini.
Rayer yang juga Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang hari ini mengecam tindakan kerajaan Perlis berhubung perobohan Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi, Kangar, yang disifatkannya sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Beliau yang juga pemimpin DAP dipetik berkata, Perlembagaan Persekutuan menjamin dan melindungi hak rakyat untuk menganuti agama lain selain Islam yang merupakan agama Persekutuan.
“Rakyat perlu sedar bahawa perkara seperti ini tidak akan berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan Persekutuan,” katanya.
Terdahulu, Mohd Asri dalam kenyataan sama mendakwa sia-sia Rayer menjadi Ahli Parlimen jika begitu mentaliti beliau dan orang seperti itu yang menambahkan kebimbangan masyarakat Melayu-Muslim yang menjadi majoriti rakyat negara ini kepada sikap dan tindak tanduk mereka.
"Jika beliau rasa kurang 'bahagia' dan seolah-olah tidak dilayan, beliau boleh lihat bagaimana masjid-masjid di negara India yang berusia ratusan tahun bahkan ada yang lebih 1,000 tahun dirobohkan atas alasan majoriti rakyat India tidak suka. Itu sahaja.
"Di Malaysia ini tidak demikian. Semua rakyat hidup aman. Betapa banyak kuil yang sah wujud. Tidak disentuh pun oleh majoriti rakyat negara ini. Islam itu harmoni dan menghormati hak, walaupun tidak bersetuju," katanya.
Bagaimanapun, katanya, Islam juga tidak membenarkan manusia merampas atau mengambil tanah pihak lain tanpa alasan yang sah.
Justeru, katanya, jangan sampai keharmonian dan penghormatan hak yang diberi menjadi peluang untuk pihak lain melanggar peraturan, memijak tengkok pihak yang jujur dan memperlekehkan undang-undang.
"Apa yang berlaku di Perlis bagi saya tiada kaitan parti politik. Apa yang berlaku ialah perlaksanaan peraturan dan kedaulatan undang-undang.
"YB Jangan bakar sentimen perkauman atau ketegangan agama. Buruk akibatnya nanti bagi negara ini," katanya. - MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Media Team Dr MAZA