Pekerja lelaki yang terjatuh dari ketinggian 63 sentimeter (cm) ketika melakukan kerja penyelenggaraan di menara telekomunikasi di Kampung Juru, Simpang Ampat, di sini pada 11 Julai lalu, bertarung nyawa selama 37 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Berita penuh: https://t.co/rvPsWSY1fb
REFORMIS & POPULIS
🟦 Bila dia buat Reformasi hilangkan monopoli Touch n Go & Puspakom, baik untuk Rakyat. Ada pilihan lain dan tambah murah pula. Tetapi Kroni Kapitalis mula membenci dia.
🟦 Bila dia buat reformasi pencen penjawat awam. Bukan melenyapkan terus pencen tetapi mengganti nya dengan KWSP, baik untuk kantung negara. Tetapi orang Kerajaan tak puas hati.
🟦 Bila dia tarik subsidi pukal dan buat subsidi tersasar, baik untuk fiskal negara. Rakyat marah, kalau boleh kita nak subsidi selamanya.
🟦 Bila dia nak buat 2 penggal Perdana Menteri, Asingkan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, orang politik marahkan dia dan cuba mencantas juga.
Semua benda yang dibuat punya satu persamaan.
Ia memberi manfaat jangka panjang kepada negara, tetapi kos politiknya dibayar hari ini.
Satu perkara yang wajib juga diketahui, dia berjaya buat semua ini, tanpa menang pilihanraya dengan majoriti mudah atau 2/3 di Parlimen.
***********
Dalam podcast JPO saya pernah suarakan seorang Reformis kena bersedia untuk berkhidmat sepenggal sahaja. Kerana Reformasi2 yang hendak dibuat ini tidak popular, bukan untuk kita senang sekarang. Tetapi untuk negara dan anak2 kita di masa depan.
Makanya, bila dia berjaya buat semua ini, yang PM terdahulu susah nak commit, dia nescaya takkan dapat kredit.
Politikus lain takkan memuji. Rakyat pun tak paham apa impaknya pada mereka.
Yang kita tahu, itu kerja PM lah.
Siapa suruh nak jadi PM?
Nak reformasi sgt, sekarang hadap la.
**************
Dia pulak cuba jadi Reformis yang populis. Dia turunkan harga petrol subsidi ke RM1.99, tiada yang benar2 kisah.
♦️Yang Melayu marahkan dia isu lambakan kuil dan ladang khinzir. Bila dia cuba menjaga sensitiviti Melayu Islam, Bukan Melayu akan kata dia serupa Taliban.
♦️Yang Bukan Islam marah dia nak batalkan konsert tengah bandar, kata mereka “ini hak kita”. Bila dia benarkan, Melayu pula maki dia kata Liberal.
Politik jongkang jungkit ini yang semua PM kena hadap.
****************
Makanya kita mula lalui lagi saat ini.
Love & Hate dengan Perdana Menteri. Tambah di saat akhir penggal. Perasaan kita meluap2 nak mencantas.
Itu sebab di zaman digital dan cybertroopers. Susah mana2 PM nak bertahan lama. Kecuali anda control media berpuluh tahun jua.
Kita lihat sejarah:
Tun Abdullah- sepenggal
DS Najib- 2 penggal
Tun M- 22 bulan
TS Muhy- 18 bulan
DSIS- 13 bulan
DSAI ni sudah 44 bulan memerintah. Sikit lagi nak habis penggal. Tak tahu apa nasibnya penggal depan.
Kalau layak saya yang marhein ini berikan pandangan.
Just go back to the basic.
Be the reformist you are.
Deliver the promise.
Susah REFORMIS nak jadi POPULIS pada masa yang sama.
Tambah yang orang nampak. Sakau hanya di sana, di sini macam tertutup mata.
******************
Sebelum yang nak naik penggal depan, tak tahu insaf ke tidak, masukkanlah reformasi yang ada. Sekat pemusatan kuasa.
Kalau boleh, PMX buat reformasi politik sekarang.
Dengan gubal Akta Dana Politik & Akta Keharmonian Kaum. Ini sgt crucial. Supaya orang politik tak salah guna dana negara. Atau terlampau mainkan isu kaum dan agama.
Dah alang-alang semua parti membenci anda. Buatlah mana baik untuk negara. Kalau pun mereka cuba gagalkan, sejarah akan mencatit anda mencuba.
Saya rasa kalau pun memerintah sepenggal dan orang membenci anda, generasi masa depan akan berterima kasih jua.
Institusi yang baik melindungi negara walaupun pemimpinnya bertukar.
Contohnya, Mandela pemerintahannya sepenggal sahaja, tetapi sampai sekarang legasinya diketahui seluruh dunia.
Kalau sekiranya tiada rezeki dia untuk sambung penggal kedua, doakan siapapun penggantinya adalah the lesser evil pada negara.
Kalau tak sekali lagi, love and hate relationship kita wujud dengan Perdana Menteri baru. Dan akhirnya kita rasa haru biru.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
The soonest Anwar and PH acknowledge that he is stupid, the better.
Just here to collect titles. Now a Datuk Seri.
Sementara penduduk di Lembah Pantai tengah kira kira Budi cukup tak bulan ni.
Terjemahan:
"Mata air ajaib" di Kudus rupanya berpunca daripada paip air bocor
Pada awal Julai, penduduk di Dawe, Kudus, Indonesia, dikejutkan apabila air mengalir tanpa henti dari bawah anjung sebuah rumah.
Ramai penduduk tempatan mengambil air tersebut kerana percaya ia merupakan mata air yang diberkati dan mempunyai khasiat untuk kesihatan.
Bagaimanapun, misteri itu akhirnya terungkai selepas pihak berkuasa mendapati air tersebut sebenarnya berpunca daripada kebocoran paip bekalan air milik pihak berkuasa tempatan.
😅
Man took a RM450 million from Bank Pembangunan (Malaysians) during era of Rosmah Mansor and never paid back. I suppose that money we can only demand in next world.
@karmenlunarxisc There is the concept of "The Strength of Weak Ties"
Kajian menunjukkan kita sebenarnya lebih berpeluang dapat kerja melalui kenalan biasa (weak ties) berbanding kawan rapat sendiri
Network of our network
1/n
Ofis kata mileage claim 80 sen/km.
Bunyi macam sedap.
Macam syarikat sudah jaga kebajikan.
Tapi bila ditanya,
dengan harga minyak tanpa subsidi, cukup ke?
dia diam.
Teringat aku:
tahun 2006 dulu,
masa kerja MNC,
mileage claim dah RM1/km.
Tahun 2006.
Bukan 2026.
Dua puluh tahun lepas
syarikat besar sudah bayar lebih.
Hari ini
harga minyak naik,
harga tayar naik,
kos servis naik,
harga kereta naik.
Tetapi bila pekerja
guna kereta sendiri
untuk urusan syarikat,
masih ada ofis
yang rasa 80 sen/km
itu sudah memadai.
Di situlah letaknya penghinaan halus itu.
Bukan pada slip claim.
Tetapi pada cara syarikat
masih mengira keringat orang bawahan
dengan kadar
yang gagal mengejar zaman.
Banyak elaun memang nampak cantik atas kertas.
Tetapi di jalan raya,
yang tetap menanggung baki kos sebenar
masih pekerja.