Semalam Al Jazeera mendedahkan Israel menggunakan bom dan senjata Thermobarik yang membakar rakyat Gaza sehingga 3,500 Darjah Celsius menyebabkan ramai mayat mangsa hilang tidak wujud
Pasukan Pertahanan Awam Gaza mendedahkan 2,842 orang disahkan terkena bom ini sejak Oktober 2023
Ini berdasarkan laporan forensik di lapangan. Mereka dipercayai guna bom MK-84 dan GBU-39
Dekat mana nak simpan duit short term tapi dapat pulangan, selain ASB dan Tabung Haji?
AEON Bank - 3% pa (sampai 28/2/26)
ATLAS - Dividen 3.88% pa, dapat daily (untuk max simpanan 8k, sampai 31/1/26)
KAF Bank - 5% pa (untuk max simpanan 2k)
Semua ni syariah compliant ✨
2025 sudah sampai ke penghujungnya. Inilah achievement terbesar saya tahun ini, alhamdulillah.
Panjang sikit saya tulis 😅.
“You can have 1,000 problems in your life. Until you have a health problem… Then you only have one.”
Saya ceritakan sedikit. Tahun 2025 ini, hampir sepanjang tahun saya menderita dengan sakit belakang hingga ke kaki yang kronik. Tempoh sakit yang paling panjang yang saya pernah lalui. Lama saya terpaksa berkerusi roda.
I’m going to be honest, no sugarcoating. Jujur, ada kalanya ketika sakit kali ini, saya ada terlintas tak nak buat apa dah dengan hidup ni kalau 24 jam saya tersiksa macam ni. Bukan setakat bekerja, tidur pun saya sukar untuk lakukan.
Dalam keadaan setiap hari kita bertarung dengan sakit yang sama dengan terlalu lama, minda kita akan menjadi musuh yang terbesar kepada diri kita sendiri. Kita akan mula rasa tak berguna. Rasa semakin menyusahkan orang lain. Rasa tak boleh membantu orang sekeliling. Patah semangat.
Buat yang sedang menempuh sakit yang serupa, percayalah, saya faham apa yang kalian rasa. Ada kalanya, rasa sakit saraf kat seluruh kaki buatkan kita rasa nak potong kaki sendiri. Sakit belakang sampai kita rasa nak sentap belakang kita sendiri. Apa nak jadi, jadilah. Akan rasa macam segala impian malah harapan untuk sembuh sudah berakhir.
Tidaklah pelik untuk lintasan-lintasan negatif itu bermain dalam minda kita. Cuma, kita harap Allah bantu kita untuk mendepaninya dengan cara yang betul. Dunia ni ujian untuk kita.
Buat mereka yang masih bertarung, jangan give up! You’re not alone! Teruskan berikhtiar! Saya akan kongsikan pengalaman saya.
Sakit yang saya alami kali ini lebih lama daripada sebelumnya.
Ada doktor pakar yang cadangkan saya untuk ambil risiko jalani pembedahan. Ada juga doktor pakar yang sarankan untuk saya lalui kaedah konservatif dahulu dan cuba elakkan risiko yang lebih besar kerana umur saya masih muda. (YE SAYA TAHU SAYA DAH 30 TAPI DOKTOR YANG KATA UMUR SAYA MUDA LAGIII 😭😂)
Tiap kali jumpa doktor, saya akan ulang soalan yang sama, “Betul ke saya akan makin okay? Tak berubah pun sakit ni?”
Jujur, kadang-kadang terlintas nak tanya, “Boleh tak bagi saya ubat tahan sakit yang kuat, biar saya tidur je terus 24 jam?”
Saya tak tahan dah, sakit sangat hari-hari. Saya nak berdiri 30 saat pun tak boleh. Nak duduk pun tak boleh. Baring pun tak boleh. Dalam posisi sujud je saya paling kurang sakit. Itu sahaja lah posisi saya untuk tidur. Tidur pun 15 minit je lena. Kemudian terjaga sebab sakit, sebab darah dah turun ke kepala akibat sujud terlalu lama. Jadi, motivasi saya memang sangat rendah.
ا��لَّهُمَّ أَحْيِنِى مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِى وَتَوَفَّنِى إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِى
Maksudnya: “Ya Allah teruskanlah kehidupanku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku dan cabutlah nyawaku sekiranya kematian lebih baik buatku.” Riwayat Muslim (6990)
Doa itu sudah mula kerap berlegar-legar di minda dan bisikan-bisikan saya. Saya tak mahu terus menyusahkan orang lain.
Dalam motivasi yang sangat rendah itu, ada satu perkara sahaja yang kuatkan saya untuk terus buat rawatan walaupun tidak nampak perubahan.
Iaitu…
Badan ni bukan milik kita. Allah yang pinjamkan kepada kita. Jadi apa-apa pun, secara tertib dan adab dalam meminjam sesuatu, kita tetap perlu pulangkan barang yang kita pinjam dengan baik. Atau sekurang-kurangnya, kita sudah berusaha sedaya upaya untuk jaga dan baik.
Hakikat itu sahajalah yang buatkan saya tetap kuatkan diri untuk jalani rawatan physiotherapy. Dua tiga tempat saya bergilir-gilir buat rawatan. Saya sambung buat di rumah juga setiap gerakan yang doktor sarankan.
Mungkin, orang nampak saya macam bersemangat untuk sembuh. Walhal, yang menggerakkan saya hanyalah semangat untuk pulangkan tubuh ini kepada Dia dengan keadaan baik, dalam keadaan yang beradab.
Hari demi hari, saya paksa diri untuk lalui rawatan. Tak rasa ada penambahbaikan pun, tetapi saya tetap lakukan juga.
Tiba-tiba, selepas 9 bulan, sakit tu berkurang secara mendadak. Boleh saya katakan, hampir semalaman sahaja ia berlaku.
Tiba-tiba saja saya bangun subuh dengan keadaan kurang sakit. Saya pun pelik ketika ia terjadi. Lagipun, saya tidak makan banyak ubat tahan sakit pun pada malam sebelumnya.
Saya tiba-tiba boleh bangun berwuduk macam dulu semula.
I cried like a baby bila saya tiba-tiba boleh solat dengan sempurna semula. Punyalah saya tak hargai nikmat yang diberikan percuma sebelum ini. Saya tidak pernah sedar yang saya sangat rindu untuk solat dengan sempurna. Saya tidak pernah sangka orang yang banyak dosa macam saya ini layak untuk ada perasaan itu pun.
Petang itu juga, saya terus berjalan 3km untuk ‘test’ HAHAHAHA
Dipendekkan cerita lagi, saya dah tak perlukan kerusi roda dah sekarang!
Alhamdulillah, daripada berjalan 3km, beberapa hari kemudian saya boleh berjalan 5km, kemudian meningkat jadi 10km. Alhamdulillah, saya dah boleh berjalan lama. Cuma, saya masih sakit bila duduk lama.
Semua itu berlaku selepas hampir setahun. Ketika saya sudah putus harapan untuk sembuh semula.
Alhamdulillah, sekarang saya dah kembali boleh membantu mama papa saya, terutamanya untuk meringankan urusan perubatan mama saya.
Alhamdulillah, saya dah beransur aktif semula dengan tugas harian dan hakiki saya setelah cuti yang lama.
Alhamdulillah, saya juga sudah mula menulis semula.
Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik! Mungkin, ada doa orang soleh dalam kalangan kalian yang Allah makbulkan.
Buat yang mengalami sakit berpanjangan yang serupa, saya tahu, kesakitan yang saya alami mungkin tidak sebesar sakit kalian. Tapi percayalah, tiada yang mustahil bagi Allah. Dan ingatlah, yang berlaku ini semua perancangan Allah. Semua ini ujian untuk kita, untuk kebaikan kita.
Allah tidak zalim dengan kita. Setiap ujian, adalah peluang untuk kita raih redhaNya. Lagipun, itu lah tujuan kita hidup.
There will be days when you feel like giving up.
Weeks that feel like nothing’s changing.
Even months where it seems like you’ll be stuck forever.
And that’s okay!
Progress isn’t always visible.
One day, maybe when you least expect it, everything will turn out kinder than you ever prayed. InsyaAllah.
Selamat berjuang dalam tahun yang baru pula! Take careee! 🌹
TERKINI DAN RASMI
Selain Abu Ubaida iaitu Hudhaifa Al Kahlut.
Seluruh keluarganya turut gugur sewaktu serangan udara Israel di Gaza pada Ogos 2025
1) Isterinya Israa Ghassan Jabr “Umm Ibrahim
2) Layan Al-Kahlout
3) Minnatullah Al-Kahlout
4) Yaman Al-Kahlout
Hanya tinggal Ebrahim Kahlut sahaja yang masih hidup. Ebrahim menceritakan yang dia sempat memangku Yaman yang menahan sakit sebelum dia menghembuskan nafas terakhir
Satu lagi berita politik menggemparkan Malaysia hari ini iaitu peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional dan Saharudin Jamal sebagai Pengerusi PN Johor
Malaysiakini melaporkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan disebabkan PAS mahu tinggalkan PN kerana rampasan kuasa di Perlis dan
Berapa hakim telah mendapati Najib bersalah selepas tujuh tahun proses mahkamah? 10. Not even one judge finds him innocent. Wake up, UMNO.
Kes SRC
High Court: 1 judge
CoA: 3
FC: 5
Campur satu lagi kes hari ni: 10-0
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun serta denda berjumlah RM11.38 bilion selepas didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau disabitkan kesalahan terhadap empat pertuduhan menyalahgunakan kuasa bagi menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.
Ikuti berita terkini di https://t.co/54tbq5BmA6
#AWANInews
Shafee cakap ni first time dalam 50 tahun career dia sebagai peguambela dia kalah dalam setiap isu di mahkamah. Semua isu dia ketengahkan dalam kes 1MDB ditepis hakim. Tapi apa pun Isnin ni team Najib failkan rayuan.
Cheat code perempuan wangi 24/7 💐💖✨ (below RM50!)
1. Ginvera shower gel — wangi melekat lekat, lps mandi rasa fresh all day
2. Edp perfume — harga RM15 jee wangi tahan 4-5 jam
3. Body hair mist — level wangi saing saing bbw & vs
4. Body oil — skin glowing, wangi halus mulus
Mengapa Bermaz Auto Bergelut?
Bermaz Auto Berhad, syarikat yang memegang francais pengedaran jenama Mazda dan XPeng bergelut dengan prestasi kewangan yang semakin merudum.
Pada suku pertama 2024, syarikat ini merekodkan hasil sebanyak RM1.1 bilion, namun pada suku pertama 2026, hanya RM491 juta hasil dicatatkan.
Keuntungan selepas cukai juga susut dari RM107 juta kepada RM11 juta.
Faktor utama yang menyebabkan Bermaz Auto bergelut adalah kerana bilangan jualan kereta-kereta Mazda semakin perlahan.
Mazda menjual 19,000 unit kenderaan pada tahun 2023, sebelum jatuh kepada 14,500 unit pada tahun 2024. Sehingga Oktober tahun ini, jualan kenderaan Mazda hanya mencecah 7,100 unit.
Strategi agresif jenama-jenama China seperti Chery, Jaecoo, MG dan BYD dikatakan antara punca utama mengapa Mazda menghadapi tekanan dalam jualan kenderaan mereka. Jenama-jenama China masuk ke dalam pasaran tempatan dengan menawarkan pelbagai ciri-ciri premium pada harga mampu milik, sekaligus memberi tentangan hebat buat jenama-jenama premium lain seperti Honda dan Toyota dan termasuklah Mazda.
Ikuti Ekonomi Rakyat untuk lebih banyak analisis menarik pasaran perniagaan di Malaysia
Kita kerap underestimate kesan yang dibawa oleh orang bodoh.
Maka, wajarlah kalau kita tengok yang pesen bodo ni kena maki.
Jenis makan jadi tahi, tak jadi pikiran.
DOA GAIS DOA
Dianggarkan seramai 10,000 anggota Pasukan Pertahanan Palestin mempertahankan Bandar Gaza iaitu Ibu Negara Gaza
10,000 orang yang mewakili Umat Islam. 10,000 orang yang mewakili 2 Juta rakyat Gaza dan Masjidil Al-Aqsa
Menentang 130,000 anggota IDF
1 orang menentang 13 orang
Tiada yang Mustahil.
Semoga Allah memberikan kemenangan kepada para pejuang
Korang dah tengok belum slip gaji menteri/ahli parlimen yang Rafizi kantoikan? Haaaaa while rakyat kita bergaduh sesama sendiri untuk gaji minima RM 1700, dorang di sana dapat gaji lebih 10 kali ganda dari gaji minima rakyat. Fikir fikirkan lah.