Syukur Alhamdulillah, sebanyak RM30 juta peruntukan tambahan akan disalurkan bagi memperkasa inisiatif Jualan Kasih Johor, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bagi tahun 2026 sebanyak RM45.4 juta dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 750 ribu keluarga Bangsa Johor.
Kerajaan Negeri turut meneruskan pelaksanaan Jualan Kombo Kasih pada harga RM15 sahaja, merangkumi ayam seekor, telur sepapan dan minyak masak 2 liter. Inisiatif bersasar ini dilaksanakan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga yang lebih berpatutan, sekali gus mengurangkan tekanan perbelanjaan harian.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2023, Jualan Kasih Johor telah menerima sambutan yang amat menggalakkan, dengan lebih RM26 juta diperuntukkan bagi menjayakan pelaksanaannya, sebagai langkah berterusan Kerajaan Negeri dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Bagi tahun 2026, pelaksanaannya akan diperluaskan kepada 336 lokasi di seluruh negeri Johor bagi memastikan capaian yang lebih menyeluruh dan inklusif, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat menikmati manfaat yang ditawarkan.
Kerajaan Negeri komited memastikan kebajikan rakyat terus diutamakan, di samping memperkukuh kesejahteraan ekonomi Bangsa Johor secara menyeluruh. Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan terus memberi manfaat kepada seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan SultanโจAllah Berkati JohorโจKepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
๐๏ธ ๐๐๐๐ ๐ค๐๐ฅ๐ข ๐ง๐ขโฆ ๐ฅ๐๐ข๐ง ๐ฆ๐๐๐๐ฆ ๐ฌ๐ข๐ค๐ข๐ญ ๐๐ฅ
Tetamu kita?
Bukan calang-calang orang.
Berpengalaman. Berpengaruh. Berkelas.
Agak-agakโฆ siapa? ๐คซ
๐ ON atau TAK ON?
#ONTakON#Podcast#Johor#fyp#politik
Syukur Alhamdulillah. Taman Merdeka kini berwajah baharu!
Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menaik taraf Taman Merdeka dengan peruntukan sebanyak RM3.34 juta, melibatkan kawasan seluas kira-kira 30 ekar. Usaha ini memberi nafas baharu kepada taman rekreasi ikonik ini, selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa kemudahan awam di Johor.
Saya berkesempatan meninjau sendiri tahap kesiapsiagaan kemudahan di sini. Antara kemudahan baharu yang disediakan termasuklah zipline (flying fox), rope course serta gymnasium terbuka yang bukan sahaja menambah elemen rekreasi aktif, malah memberi pilihan riadah yang lebih pelbagai kepada pengunjung daripada pelbagai peringkat umur.
Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengingatkan agar kita dapat bersama-sama memelihara kebersihan dan menjaga harta awam dengan penuh rasa tanggungjawab. Kebersihan, keselamatan dan keselesaannya bergantung kepada sikap kita semua dalam menggunakannya dengan berhemah.
Semoga dengan penambahbaikan ini, Taman Merdeka dijangka menjadi destinasi rekreasi bandar yang lebih inklusif, selamat dan sesuai untuk seisi keluarga.
Ayuh Bangsa Johor, manfaatkan kemudahan ini bersama keluarga dan rakan-rakan. Semoga Taman Merdeka terus menjadi destinasi riadah pilihan dan kebanggaan kita semua. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026
Saya telah turun padang meninjau sendiri keadaan semasa Jambatan Sungai Pulai, laluan penting yang bukan sahaja memudahkan perjalanan pengguna antara Kukup dan beberapa lokasi lain, tetapi juga dapat menaikkan taraf sosioekonomi kawasan setempat di Pontian dan Johor Bahru.
Jambatan ini telah siap dan dibuka kepada pengguna pada 18 Januari 2023. Namun, audit teknikal oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati berlaku mendapan serius melebihi 300mm dalam tempoh kurang enam bulan, sekali gus menjejaskan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
Untuk makluman, punca utama isu ini adalah ketidakstabilan struktur tanah serta kaedah pembinaan asal menggunakan sistem ringan EPS (Expanded Polystyrene System) yang kurang sesuai dengan keadaan sebenar tapak.
Oleh itu, Kerajaan Negeri telah meminta pihak JKR dan pemaju untuk melaksanakan kaedah pembaikan yang lebih kukuh bagi memastikan laluan ini benar-benar selamat dan stabil untuk jangka masa panjang dan insya-Allah, kerja pembaikan dijangka akan bermula pada Jun 2026, dengan sasaran siap sepenuhnya pada 2027.
Saya ingin menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika melalui laluan ini selain mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan. Semoga usaha pembaikan ini dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan demi keselamatan dan keselesaan semua pengguna. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan singgah bersarapan di Kopi Tenggek, Tanjung Piai yang terletak berhampiran Taman Negara Tanjung Piai. Ia semakin mendapat perhatian sebagai antara tarikan tempatan di kawasan ini sejak mula dikenali sekitar tahun 2017.
Kopi Tenggek mempunyai keunikan tersendiri, khususnya melalui kaedah penyediaan kopi menggunakan penapis khas yang โditenggekโ, menghasilkan rasa yang lebih pekat dan beraroma. Hidangan seperti keropok lekor dan roti bakar pula melengkapkan pengalaman sarapan yang ringkas tetapi cukup memuaskan.
Apa yang menarik, tempat seperti ini mencerminkan kekuatan sebenar komuniti setempat dimana ia berkonsepkan sederhana, asli dan dekat dengan identiti Johor. Ia bukan sahaja menjadi tempat makan, tetapi ruang yang menghidupkan suasana kampung dan budaya setempat.
Sempena Tahun Melawat Johor 2026, lokasi seperti ini wajar diketengahkan sebagai sebahagian daripada pengalaman pelancongan negeri. Semoga usaha ini dapat terus menarik kehadiran pengunjung dan menyokong ekonomi tempatan. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026
YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Datoโ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Hadir sama, YB Datuk Abd Aziz Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
Pada sesi mengadap, YAB Menteri Besar mempersembahkan perkembangan semasa pentadbiran serta kemajuan projek-projek pembangunan Negeri Johor, termasuk inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan bagi memperkukuh ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini (8 April).
#YDPAgong
#AllahPeliharakanSultan
#IstanaNegara
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, bahawa perkhidmatan kesihatan merupakan hak asas rakyat yang wajib disampaikan secara cepat, berkesan dan berkualiti.
Syukur Alhamdulillah, susulan maklum balas positif rakyat serta keberkesanan pelaksanaan decanting di Klinik Kesihatan Gelang Patah dan Klinik Kesihatan Sultan Ismail sebelum ini, Kerajaan Negeri terus memperkukuh pendekatan ini sebagai model penyelesaian kesesakan fasiliti kesihatan awam, seterusnya memperluaskan inisiatif ini dengan memindahkan unit di dua lagi klinik iaitu Klinik Kesihatan Kulai dan Majidee, melibatkan kos sekitar RM2.59 juta sebagai langkah proaktif mengurangkan kesesakan serta mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
Menerusi lawatan ke Klinik Kesihatan Sultan Ismail, saya telah meninjau pelaksanaan pemindahan perkhidmatan Unit Ibu dan Anak serta Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS) ke lokasi baharu yang terletak hanya 3.2 kilometer dari klinik asal, melibatkan 33 petugas kesihatan bagi memastikan kesinambungan rawatan berjalan lancar tanpa gangguan.
Pendekatan ini dilaksanakan bagi menangani kesesakan serius sebelum ini, termasuk di bahagian klinik dan perkhidmatan pandu lalu, dengan pemisahan perkhidmatan membolehkan aliran pesakit diurus dengan lebih teratur dan efisien. Kini, Unit Ibu dan Anak menerima sekitar 200 pesakit sehari, manakala PPUSS mengendalikan antara 200 hingga 250 pesakit sehari, sekali gus mengurangkan beban di fasiliti utama.
Kejayaan ini turut dibuktikan di Klinik Kesihatan Gelang Patah yang kini mengendalikan sehingga 1,200 pesakit sehari, sekali gus menjadi asas kukuh kepada peluasan model ini ke Kulai dan Majidee. Kedua-dua fasiliti ini akan menampung permintaan tinggi perkhidmatan kesihatan, termasuk rawatan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan darah tinggi yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.
Semoga setiap usaha ini terus memudahkan urusan rakyat, mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan awam serta memastikan perkhidmatan yang lebih cekap, selesa dan berkualiti dapat dinikmati oleh seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Assalamualaikum WBT dan Selamat Pagi Semua ๐
Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dirahmati Allah SWT. โค๏ธ๐
#semaraksubuhjohor#MajuJohor
Kepada Allah Kita Berserah
ูุง ุญูู ููุง ููุฉ ุฅูุง ุจุงููู
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Syukur Alhamdulillah, Program Semarak Subuh Johor terus menjadi medan untuk mengimarahkan rumah Allah SWT serta menggalakkan umat Islam menunaikan solat berjemaah. Setelah melalui Ramadan, kedatangan Syawal mengingatkan kita agar terus mengekalkan amalan baik dan menjadikan bulan ini sebagai bulan barakah untuk memperkukuh keimanan.
Saya bersama para jemaah telah bersama-sama mengimarahkan Masjid Bandar Baru Permas Jaya dengan menunaikan solat Subuh dalam suasana penuh tenang dan kebersamaan. Program ini turut diisi dengan tazkirah bertajuk โSyawal Bulan Barakahโ yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Zaini bin Mohd Salleh, Kadi Daerah Johor Bahru, sebagai peringatan agar umat Islam terus istiqamah dalam ibadah walaupun Ramadan telah berlalu.
Dalam tazkirah tersebut turut dikongsikan bahawa antara amalan yang boleh diteruskan selepas Ramadan ialah berpuasa enam hari di bulan Syawal serta memperbanyakkan membaca dan menghafaz al-Quran. Selain itu, dikongsikan juga pesanan Saidina Uthman RA bahawa terdapat tiga amalan yang membawa kepada tiga bentuk cinta iaitu cinta Allah, cinta para malaikat dan cinta manusia.
1. Pertama, letakkan dunia di tangan, bukan di hati agar kita meraih cinta Allah SWT.
2. Kedua, tinggalkan dosa dan kembali bertaubat agar mendapat cinta para malaikat.
3. Ketiga, kikislah sifat tamak agar kita dicintai manusia.
Semoga kita semua terus istiqamah dalam beribadah, memperbanyakkan amalan kebaikan serta menghidupkan masjid sebagai medan penyatuan ummah. Mudah-mudahan setiap amal yang dilakukan menjadi asbab kepada keberkatan hidup dan membawa kita lebih dekat kepada keredaan Allah SWT. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #SemarakSubuhJohor #Syawal2026 #RapatkanSaf
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada hari ini, 7 April 2026.
Dalam pertemuan ini, pelbagai isu-isu terkini telah disampaikan dan dibincangkan. Hadir sama adalah Khairy Jamaluddin, Penasihat Belia Johor. Allah Peliharakan Sultan.
โโโ
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor received in audience the Chief Minister of Johor YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi today, 7 April 2026.
During the meeting, various current issues were presented and discussed. Also present was Johor Youth Advisor Khairy Jamaluddin. Allah Peliharakan Sultan.
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor Atas Kelahiran Anakanda Puteri Yang Baharu Pada 5 April 2026.
Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan kesihatan dan rahmatNya untuk Kerabat DiRaja Johor.
Sembah takzim daripada Patik dan seluruh Bangsa Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Syukur Alhamdulillah, lebih 30 syarikat pelabur antarabangsa merentasi sembilan sektor utama termasuk teknologi, tenaga dan pembuatan maju telah bertemu dalam sesi libat urus strategik bersama United Overseas Bank (UOB) dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Shanghai, China.
Melalui rangkaian luas UOB, sesi ini mempertemukan Johor dengan pelabur yang serius untuk berkembang di rantau ini, sekali gus memastikan setiap perbincangan tertumpu kepada peluang yang boleh membuka lebih banyak pekerjaan berkualiti, meningkatkan pendapatan rakyat dan merancakkan ekonomi negeri, dengan setiap pelaburan diselaraskan agar manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh Bangsa Johor.
Perbincangan turut menumpukan sektor berimpak tinggi seperti pemindahan teknologi, pembangunan industri bernilai tinggi dan pengukuhan rantaian bekalan di Johor. Seiring itu, Johor terus menegaskan peranannya sebagai platform strategik untuk pelabur menembusi pasaran ASEAN melalui Zon Ekonomi Khas JohorโSingapura (JS-SEZ).
Dalam sesi ini juga, Kerajaan Negeri berkongsi peranan Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J) sebagai pemudah cara utama, serta penglibatan Johor Talent Development Council (JTDC) dalam memastikan ketersediaan bakat dan tenaga kerja berkemahiran tinggi selari dengan keperluan pelabur.
Semoga segala usaha ini bukan sekadar membuka ruang perbincangan tetapi menjadi langkah konkrit ke arah pelaburan yang memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri dan masa depan Bangsa Johor, seterusnya mengangkat Johor sebagai kuasa ekonomi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JSSEZ #JTDC #IMFCJ