MBTI has evolved!
From 16 to 64 types.
Ever wondered why you and your fellow INFJ are so different?
Discover the hidden sides of yourself with MBTI-64:
Detailed analysis of behavior patterns, situation-specific traits & rare personality types
Are you a rare type? Check now!
1 keluarga bakar 2 hektar. Kalau dah 10 keluarga bakar total berapa hektar?
Macam hidup zaman Paleolitik pulak nak bakar hutan. Cuba belajar untuk sustainable farming/agriculture. Dah tahun 2026 dah bingai. 😅
📍🟡 “Saya amat bersyukur dilahirkan sebagai seorang perempuan sebab saya tahu apa misi saya apabila saya jadi seorang doktor."
Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dilahirkan di Klang, Selangor pada 12 Julai 1926 dan merupakan anak keenam daripada sepuluh orang adik-beradik.
Selepas berpindah ke Kuala Lumpur, beliau mula zaman persekolahannya di Methodist Girls’ School dan St Mary’s Girls’ School. Walaupun beliau pernah bercita-cita menjadi wartawan, kesihatan ibunya telah merosot semasa zaman pemerintahan Jepan. Ia mendorongnya untuk menceburi bidang kesihatan awam sebagai seorang doktor.
Selepas Perang Dunia Kedua, beliau mendapat biasiswa untuk belajar perubatan di King Edward VII College of Medicine, menjadikannya antara wanita Melayu pertama yang mendaftar di institusi tersebut. Selepas graduasi, beliau menabur baktinya di pedalaman Kedah, sehinggalah tahun 1974 di mana beliau menjadi pegawai perubatan wanita pertama di Jabatan Kesihatan Ibu dan Anak Kedah. Melalui inisiatif beliau, kadar kematian bayi di negeri itu menurun daripada 75 ke enam bagi setiap 1,000 kelahiran hidup.
Selain peranannya sebagai isteri Perdana Menteri dari tahun 1981 ke 2003 dan 2018 ke 2020, beliau juga banyak berjasa dalam bidang kesihatan ibu, pembanterasan dadah serta khidmat awam. Beliau juga komited terhadap peranan kepimpinan bersama Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia dan Orkestra Filharmonik Malaysia.
Pada usia 86 tahun, beliau kembali bermain biola setelah 70 tahun tidak menggunakan instrumen muzik tersebut. Beliau sering mempersembahkan bakatnya dan mengumpul dana bagi tujuan kebajikan.
Hadir bersama Azizah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Kak Hasmah, sosok ibu yang kelembutan dan kasihnya akan sentiasa kami kenang, selain juga sebagai seorang sahabat dan rakan karib di tahun-tahun lampau.
Tentunya sukar untuk kami berdua menghadam hakikat ini bahawa beliau kini telah pergi, lebih-lebih lagi apabila setiap babak indah yang dikongsi bersama kembali terpancar di depan mata hati yang terdalam.
Justeru, negara akan terus mengenang jasa dan curah bakti Kak Hasmah. Dalam ingatan ramai, beliau adalah seorang ibu yang menyantuni sesiapa sahaja dengan penuh kasih, malah berupaya membuatkan setiap mereka berasa dekat dan dihargai.
Saya dan Azizah mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad terus kuat dengan ujian-Nya, terus dikurniakan kesihatan dan sentiasa dipayungi kasih sayang keluarga.
Semoga Allah SWT mengampuni Almarhumah, menerima segala amal bakti dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Terima kasih juga Kak Hasmah atas setiap budimu kepada kami, dan pastinya doa serta ingatan kami mengiringi pemergianmu.
Al-Fatihah.
Terima kasih Tun M ❤️ Bagi saya, Tun antara PM yang paling layak dikenang dan dihargai. Saya membesar di bawah kepimpinan Tun dan memang bangga dengan segala jasa serta pencapaian yang telah dicurahkan untuk negara. 🥰
.
tt: Madir
.
#HariMerdeka#JalurGemilang#SemangatMerdeka #BanggaMalaysia #CintaMalaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu yang diketengahkan mengenai aktiviti penjualan dan promosi alat/peranti yang digelar “hydrogen inhaler” atau mesin hidrogen serta dakwaan berkaitan.
KKM ingin menegaskan bahawa sebarang peranti perubatan yang dijual atau diguna di Malaysia mesti berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737). Penjualan, pengedaran atau pengiklanan peranti yang tidak berdaftar adalah suatu kesalahan di bawah undang-undang dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.
Orang ramai, khususnya warga emas, dinasihatkan agar:
1. Tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang menjanjikan kesan rawatan atau manfaat kesihatan yang belum dibuktikan secara saintifik dan belum diluluskan oleh pihak berkuasa.
2. Menyemak status pendaftaran mana-mana peranti perubatan melalui laman sesawang rasmi MDA sebelum membuat pembelian.
3. Berwaspada terhadap aktiviti jualan yang menyasarkan golongan berumur dan melibatkan tekanan atau rayuan emosi.
Sebarang aduan mengenai penjualan produk atau peranti tidak berdaftar, atau iklan yang mengelirukan, boleh dikemukakan kepada KKM atau MDA untuk siasatan lanjut.
KKM menggesa orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan berdaftar bagi sebarang isu kesihatan.
Baru dapat jawapan bertulis dari Menteri berkenaan 7 Pelaburan Tabung Haji yang rugi 100%.
Paling teruk pelaburan Al Rawda.
Kalau baca, memang naik darah.
Lebih RM1.5 bilion dibayar secara upfront kepada Al-Rawda sebagai orang tengah.
Tiada jaminan bank. Due diligence hancur.
Perlindungan TH cuma nota janji yang dijamin secara peribadi.
Manfaat penginapan untuk jemaah pula tidak diterima seperti dirancang. Kutipan sewa terhenti bertahun tahun.
Billions paid yet nothing to show for it