Syukur, saya dapat jumpa Adik Lukman hari ini. Dia telah mengajar saya maksud kesabaran, kecekalan dan kesyukuran. Sungguh2 saya bertuah dipertemukan dengan anak muda ini.
Semoga Adik Lukman sentiasa bahagia dan dipermudahkan segala urusan.
May we be accounted worthy of the blessings we receive. 🙏🏽
Saya telah menerima laporan bahawa video yang tular sejak pagi tadi disahkan berlaku di salah sebuah MRSM di utara tanah air.
MARA memandang serius insiden ini. Kita tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan buli, tidak kira siapa pelakunya.
Carian image guna google lens, dapat banyak tempat lain, kata kunci paling dekat ialah 'gothic'.
Tapi sebab nak masukkan naratif kristian bagi orang bergaduh, PN letak lah gereja.
@SanjeevanSS tolong la nasihat sikit Bard ni. Jangan sebab politik habis bergaduh.
Kenyataan daripada HQ Kopi Saigon berkenaan dengan kaitan MP Kepala Batas yang kalah fitnah kerana membuat tuduhan fitnah. Semoga pihak Kopi Saigon lebih berhati hati selepas ini agar tidak terkait dengan kaki fitnah yang bakap merosakkan perniagaan
Adakah kedai ini penyokong kaki fitnah macam mp kepala batas ni. Kalau benar kedai ini adalah penyokong kaki fitnah ianya adalah sesuatu yang sangat ......
Petang tadi saya telah berdiskusi bersama Paetongtarn Shinawatra menerusi panggilan telefon bagi merakamkan ucapan tahniah susulan upacara mengangkat sumpah beliau sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada 6 September 2024 yang lalu.
Malaysia dan Thailand berkongsi banyak kepentingan bersama mencakupi pelbagai bidang kerjasama.
Justeru, saya menzahirkan keyakinan saya bahawa hubungan erat Malaysia-Thailand akan terus berkembang dan utuh di bawah kepimpinan Perdana Menteri Paetongtarn.
Saya juga menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri Paetongtarn bagi melaksanakan usaha-usaha memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand demi kemajuan dan kemakmuran kedua-dua negara serta rantau ini secara keseluruhannya.
-
This afternoon, I spoke to Her Excellency Paetongtarn Shinawatra via a phone call to personally congratulate her after being sworn in as the 31st Prime Minister of Thailand on 6 September 2024.
Malaysia and Thailand share numerous commonalities that are founded on a wide range of cooperation. I am confident that Malaysia-Thailand bilateral ties will continue to elevate to greater heights under Prime Minister Paetongtarn’s able stewardship.
I also reiterated my commitment to working closely with Prime Minister Paetongtarn for the progress and prosperity of our countries and the region as a whole.
#MalaysiaMADANI
Habsah Hassan puji pendekatan politik berbudi Steven Sim
Mungkin kita kurang mendengar suara-suara nurani yang mahu melihat kepada politik yang kasar, biadap dan tidak berbudi bahasa. Suara itu sebenarnya ada di dalam sanubari setiap insan
Hadir ke Ipoh pada malam ini untuk bersama-sama dengan ribuan belia dan anak muda dalam Majlis Perasmian Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Malaysia.
Terima sambutan luar biasa dan penuh bersemangat oleh anak-anak muda pelbagai bangsa yang hadir pada malam ini bagi meraikan gerakan yang memperjuangkan perpaduan dan membela ummah.
Dalam ucapan, saya gesa anak-anak muda dan gerakan belia untuk renungi maksud hijrah serta perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam mempertahankan hak dan keadilan serta menolak kezaliman dan rasuah dalam masyarakat.
Saya percaya kudrat serta semangat anak-anak muda dan gerakan-gerakan seperti PLG berupaya menyumbang dalam usaha mengangkat martabat bangsa dan negara ke tingkat tertinggi.
Syaratnya perlu ada pimpinan sama ada dalam kalangan generasi muda, politik dan negara yang menolak kezaliman, serta menghentikan amalan menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri dan kerabat.
#MalaysiaMADANI
Hari ini, Dewan Rakyat telah meluluskan 2 RUU @PERKESOofficial menaikkan had gaji caruman PERKESO daripada RM5,000 kepada RM6,000.
Langkah ini akan meningkatkan faedah sebanyak 20.2% untuk 1.5 juta pekerja.
Demi kepentingan rakyat, RUU diluluskan secara sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen. Saya ucapkan terima kasih yang amat sangat.
Tahniah warga PERKESO dan @mykesuma atas usaha murni!
Jalan teruih.
Hari yang amat bersejarah, saya mewakili Malaysia meratifikasikan Konvensyen 155 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1981 sempena Persidangan Buruh Antarabangsa ke-112 di Geneva, Switzerland.
Instrumen ratifikasi dimeterai bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (@ILO) TYT @GilbertFHoungbo.
Turut bersama menyaksikan acara bersejarah tersebut ialah Presiden Malaysian Trade Union Congress (MTUC) dan Presiden Malaysian Employers Federation (MEF) atas dasar semangat tripartite di Malaysia.
Langkah ini akan memperkasakan lagi dasar serta amalan di Malaysia berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja agar sejajar dengan piawaian antarabangsa.
Pekerja kesuma bangsa.
@mykesuma
Saya menerima khabar duka pagi ini apabila dimaklumkan pemergian Sdr. Mohamad Shahhanaz Nazarudin (Anas) yang telah kembali kerahmahtullah disebabkan kemalangan di Sg. Bakap.
Beliau merupakan aktivis Keadilan yang selalu bersama menggerakkan parti, setia mendokong perjuangan ini.
Saya turut dimaklumkan, beliau berada di Sg. Bakap bagi tujuan persediaan gerak kerja menghadapi PRK nanti. Allahyarham sempat memberikan perkongsian bersama Angkatan Muda KEADILAN pada ahad lepas sebelum dapatan tersebut kemudian dibentangkan oleh AMK kepada saya keesokkannya sewaktu pertemuan bersama pimpinan KEADILAN Pulau Pinang.
Tentunya pemergian ini cukup dirasai, KEADILAN kehilangan sosok yang rajin, istikhomah dan ikhlas.
Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan dosa, diterima amalan dan ditempatkan di syurga bersama-sama orang beriman serta beramal soleh, insya-Allah.
Takziah buat keluarga Allahyarham, moga tabah menerima ujian hebat ini.
Al-Fatihah.
PANAS ISU AJARAN SESAT, pengakuan Ibu Yati mendedahkan bahawa pada tahun 2000 dia direkrut oleh Pas dan Jemaah Islamiyah dibawah Dr. Azhari dan Nordin Mat Top sebagai pengebom berani mati.
Pihak berkuasa wajib menyiasat Ibu Yati tentang pengakuan dan pendedahan ini.