Saksikan siaran langsung Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 202
Siaran langsung menerusi saluran:
YouTube EduwebTV KPM: https://t.co/xpYpAcPSaG
Facebook Live KPM: https://t.co/whCMXFSCSf
Tahun Ini, Tahun Kita
#7TerasKPM#MalaysiaMADANI
📌Petronas continues to closely monitor the nation’s fuel supply to help safeguard stability nationwide amid the ongoing West Asia crisis
📌Even though Malaysia is an oil-producing nation, it is not fully insulated from the impact of the crisis
📌Nearly 40% of the country’s crude oil requirements transit through the Strait of Hormuz
#BernamaBiz @Petronas
Nampak macam biasa… tapi sebenarnya perangkap.
Pautan palsu, e-mel phishing, akaun scam, semuanya direka untuk tarik anda masuk tanpa sedar.
Sekali terjerat, kesannya bukan kecil.
Jangan klik sebarangan.
Jangan mudah percaya.
Waspada sebelum terlambat.
#MCMC
Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.
Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
📷 AWAS MAKLUMAT PALSU
Tular grafik harga minyak yang tidak sahih.
📷 Angka yang dikongsikan adalah PALSU
📷 Rujuk harga rasmi bagi tempoh 26 Mac – 1 April 2026
📷 Harga sebenar seliter:
• RON97: RM5.15
• RON95 (tanpa subsidi): RM3.87
• RON95 (BUDI95): RM1.99
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧
Selesai Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW pagi tadi, saya terus ke Perdana Putra bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil. 2/2026.
Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada beberapa agenda strategik bagi memperkukuh ekosistem TVET negara, khususnya dalam sektor pertanian dan pembinaan yang mempunyai peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negara.
Bagi sektor pertanian, perbincangan tertumpu kepada keperluan memperkukuh pembangunan bakat dan kemahiran bagi memastikan sektor agromakanan negara terus berdaya saing, produktif dan mampu menyokong agenda keterjaminan makanan negara.
Mesyuarat juga mengambil maklum Pelan Pelaksanaan TVET Pembinaan CIDB Malaysia 2026-2030 yang akan memperkukuh pembangunan tenaga kerja mahir dalam sektor pembinaan, selaras dengan keperluan industri yang semakin dipacu oleh teknologi, automasi dan inovasi.
Dalam masa yang sama, mesyuarat turut meneliti persiapan akhir Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya bermula esok hingga 7 Jun 2026 dengan tema “TVET Pilihan Utama Kerjaya”.
Saya sentiasa percaya bahawa TVET akan terus menjadi antara pemacu utama pembangunan modal insan negara. Melalui kerjasama erat antara Kerajaan, industri dan institusi latihan, kita mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang kompeten, inovatif dan bersedia mendepani cabaran ekonomi masa hadapan.
Justeru, saya ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya. Jumpa anda di sana!
#HTN2026 #HariTVETNegara2026
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#JomPilihTVET #TVETUntukSemua
Sekitar Istiadat Mengarak Panji-Panji Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pagi tadi.
Daulat Tuanku.
#MalaysiaMADANI#MADANIbekerja#YakinMADANI
#PressRelease |
#SiaranAkhbar
[061/2026]
OFFICIAL VISIT OF THE PRIME MINISTER TO JAPAN, 8 – 10 JUNE 2026
••••••••••••••••••••••••••••••
LAWATAN RASMI YAB PERDANA MENTERI KE JEPUN, 8 – 10 JUN 2026
#WismaPutra
Juara Terbuka Indonesia 2026!!🥇🏆
Alhamdulillah dan tahniah Izzuddin dan Sze Fei!
Terima kasih atas semangat juang luar biasa yang menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk kembali menjulang gelaran beregu lelaki Terbuka Indonesia, dan membanggakan negara.
Rakyat Malaysia sentiasa di belakang anda berdua 💪
Alhamdulillah, hari pertama di Jepun semalam dimanfaatkan sepenuhnya, bermula dengan pertemuan bersama Tan Sri Yohei Sasakawa untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan dunia serta usaha memperkukuh keamanan.
Saya kemudiannya ke Universiti Tokyo untuk menyampaikan syarahan khas mengenai teknologi baharu terutama kecerdasan buatan dan kesannya terhadap peradaban manusia.
Hari pertama diakhiri dengan pertemuan dengan konglomerat dan pemimpin industri Jepun bagi meneroka peluang pelaburan berkualiti yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi serta memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Mengiringi YAB Perdana Menteri menerima kunjungan hormat delegasi Ericsson yang diketuai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Börje Ekholm.
Pertemuan ini penting dalam konteks usaha Kementerian Komunikasi untuk terus memperkukuh ekosistem digital negara, termasuk peluasan penggunaan 5G, pemantapan infrastruktur telekomunikasi dan pembangunan rangkaian yang lebih mampan, selamat serta berdaya tahan.
Kerajaan MADANI juga menghargai komitmen Ericsson dalam pembangunan bakat tempatan menerusi latihan, pemindahan teknologi dan kerjasama dengan institusi pendidikan.
Insya-Allah, hubungan baik ini akan terus diperkukuh demi mendukung agenda pendigitalan negara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Setibanya di Pulau Pinang hari ini, saya terus ke Program Permukiman Media Malaysia 2.0 yang dianjurkan oleh Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.
Saya titipkan beberapa pesanan buat rakan-rakan media dalam usaha memastikan bidang kewartawanan terus kekal berintegriti, profesional dan diyakini rakyat.
Media pastinya memikul amanah besar untuk menyampaikan laporan yang tepat, sahih dan berimbang.
Kepercayaan masyarakat terhadap institusi media perlu terus dipelihara melalui pematuhan kepada etika kewartawanan serta komitmen terhadap kebenaran.
Pada kesempatan ini, saya turut umum sumbangan buat kelab-kelab media serta GKMM, bagi tujuan aktiviti membantu para wartawan dan pengamal media di negeri masing-masing.
Media Berintegriti, Teras Kredibiliti.
#HAWANA
#HAWANA2026
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
22/6/26- Hari pertama memulakan amanah sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia.
Sesi 𝘤𝘭𝘰𝘤𝘬 𝘪𝘯, pertemuan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Mesyuarat Pengurusan Penerangan (Khas) menjadi langkah awal dalam meneruskan agenda kecemerlangan jabatan
Layan wayang pacak dengan warga Rompin, Negeri Sembilan malam ni.
"Gayong 2" memang best!
Lagi meriah bila pelakon Syafie Naswip pun turun padang jumpa penonton.
Terima kasih JAPEN dan FINAS kerana bawakan tayangan ini kepada penduduk.
Menerusi program sebegini kita bukan sekadar tengok filem, tapi dapat berkumpul, bersembang dan luang masa bersama.
#SiaranAkhbar |
#PressRelease
[097/2026]
MALAYSIA CONDEMNS ISRAEL’S INCURSION AND SEIZURE OF UNRWA FACILITY
IN OCCUPIED EAST JERUSALEM
••••••••••••••••••••••••••••••
MALAYSIA MENGECAM SEKERAS-KERASNYA PENCEROBOHAN ISRAEL DAN RAMPASAN FASILITI UNRWA DI BAITULMAQDIS TIMUR
#PressRelease
[0103/2026]
WORKING VISIT OF HIS EXCELLENCY SAM HOU FAI, CHIEF EXECUTIVE OF THE MACAO SPECIAL ADMINISTRATIVE REGION OF THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA TO MALAYSIA, 2 - 5 SEPTEMBER 2026l
#PressRelease
[0102/2026]
CHEQUE PRESENTATION CEREMONY OF MALAYSIA’S CONTRIBUTION TO THE BOLIVARIAN REPUBLIC OF VENEZUELA FOR THE 2026 EARTHQUAKE RELIEF AND RECOVERY EFFORTS, 2 SEPTEMBER 2026