DOA YANG MERANGKUMI SEGALA KEBAIKAN 🌿
Amalkan doa ini selepas solat, ketika sujud dan pada waktu-waktu mustajab.
Semoga Allah mengurniakan kepada kita syurga-Nya tanpa hisab dan menjauhkan kita daripada api neraka.
#SampaikanWalauSatuAyat#DoaHarian#SyurgaDanKebaikan #DoaMustajab #AmalanHarian #UstazWadiAnnuar #HayyDeen #MediaUWA
Panduan Niat Puasa Enam Syawal & Puasa Qada
Rebutlah ganjaran besar yang dijanjikan bagi mereka yang berpuasa enam hari di bulan Syawal, sebagai kesinambungan ibadah selepas Ramadan.
Semoga perkongsian ini membantu dan memudahkan urusan ibadah kita semua.
#ustazwadiannuar #uwakongsi
Marilah kita menyambut hari raya Aidilfitri dengan meneladani sunnah Nabi ﷺ dan mengekalkan amalan tradisi murni masyarakat kita seperti bermaaf-maafan serta menjamu tetamu.
Semoga amalan kita diterima dan ukhuwah sesama kita semakin erat.
Ramadan berbaki beberapa malam sahaja.
Malam ini sudah masuk malam ke-23.
Jangan lepaskan doa ini agar Allah merezekikan kita bertemu lailatulqadar dan menerima segala amalan kita.
#ustazwadiannuar#uwakongsi
HIKMAH KEDUDUKAN NABI DI SETIAP LANGIT
1. Nabi Adam a.s. (Langit Pertama): Beliau dikhususkan di langit pertama kerana beliau adalah nabi dan manusia yang pertama bagi umat manusia. Maka, selayaknyalah beliau menjadi yang pertama di langit pertama. Selain itu, tujuannya adalah untuk memberikan rasa tenang kepada Nabi Muhammad ﷺ melalui hubungan bapa dan anak.
2. Nabi Isa a.s. (Langit Kedua): Beliau di langit kedua kerana beliau merupakan nabi yang paling dekat masanya dengan Nabi Muhammad ﷺ.
3. Nabi Yusuf a.s. (Langit Ketiga): Kedudukan beliau menyusul kerana umat Nabi Muhammad ﷺ akan masuk ke dalam syurga mengikut rupa ketampanan Nabi Yusuf.
4. Nabi Idris a.s. (Langit Keempat): Beliau berada di langit keempat berdasarkan firman Allah: "Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi" (Surah Maryam: 57). Kedudukan langit keempat daripada tujuh lapisan langit itu merupakan kedudukan tengah yang paling seimbang.
5. Nabi Harun a.s. (Langit Kelima): Beliau berada di langit kelima kerana kedudukannya yang hampir dengan saudaranya, Nabi Musa (yang berada di langit atasnya).
6. Nabi Musa a.s. (Langit Keenam): Beliau berada pada kedudukan yang lebih tinggi daripada Nabi Harun kerana kelebihan beliau yang dapat berkata-kata dengan Allah (Kalimullah).
7. Nabi Ibrahim a.s. (Langit Ketujuh): Beliau adalah nabi yang paling utama (paling afdal) selepas Nabi Muhammad ﷺ dan bapa bagi para Anbiya. Maka sesuai bagi Nabi ﷺ mendapat ketenangan dengan bertemu bapa terakhir sebelum menuju ke alam yang lain. Selain itu, darjat seorang Khalil (Kekasih Allah) menuntut kedudukan yang tinggi, namun darjat seorang Habib (Kekasih yang dicintai - Nabi Muhammad) adalah yang paling tinggi; sebab itulah Nabi ﷺ naik melampauinya sehingga ke tahap Qaba Qausain (jarak dua hujung busur panah) atau lebih dekat lagi.
Sumber: Kitab al-Israk wa al-Mikraj, Imam al-Suyuti