Dari Bagan Datuk, saya terus ke Kota Kinabalu Sabah bagi bersama-sama YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Nasional.
Seronok saya dapat menyantuni ribuan rakyat Sabah yang hadir dari pelbagai kaum dan agama, yang pastinya menterjemahkan semangat sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Tambahan itu, semasa ucapan YAB PM sebentar tadi, beliau mengumumkan berita baik buat rakyat Negeri Sabah dengan menyalurkan peruntukan RM80 juta bagi menubuhkan Pusat Jantung Negara, Sabah di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.
Ia menjadikan Sabah memiliki kemudahan rawatan pakar jantung yang kedua di negara selepas Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
Mudah-mudahan dengan tertubuhnya Pusat Jantung Negara ini ia akan memenuhi keperluan rawatan jantung di negeri ini. Insya-Allah.
#MalaysiaMadani
@chedetofficial Setiap perbuatan kita didunia ini, pasti ada balasanya, jgnlah ingat bila kita ada kuasa dunia ini kita yg punya, muhabah diri kenapa benda² ini berlaku sekarang pda keluarga tun.. Wallahualam.
Sebelum bertolak ke Labuan, saya bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah melancarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri @anwaribrahim yang sempat bersama kami pada program petang ini.
Misi bantuan ini merupakan misi yang keempat daripada Malaysia sebagai tanda solidariti kepada Palestin. Penghantaran bantuan kecemasan 100 kontena dengan anggaran 1,350 tan muatan berupa barangan asas seperti tepung gandum, bekalan perubatan dan lain-lain untuk kegunaan penduduk Gaza.
Sebelum ini, Kerajaan juga telah memberikan komitmen dengan memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.
Dalam masa yang sama, saya sebagai Presiden UMNO juga mengumumkan bantuan dana kepada MAPIM sebanyak RM1 juta untuk Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan Malaysia Ke Gaza.
Rakyat Malaysia juga diseru untuk memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin menerusi tabung-tabung sah yang diwujudkan untuk tujuan ini. Sumbangan ini amat bermakna bagi rakyat Palestin untuk meneruskan aktiviti seharian mereka.
Besar harapan kami semua agar krisis peperangan ini dapat ditamatkan dengan segera demi keamanan sejagat.
#MAPIM
#MisiBantuanPalestine
#PalestineWillBeFree
Alhamdulillah pagi tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bil.1/2024.
Banyak tindakan yang telah dilakukan Kerajaan Madani dan kami sentiasa berusaha sebaiknya untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Mesyuarat ini meneliti pelbagai isu semasa dan permasalahan melalui Kluster Perumahan, Pendidikan, Pengangkutan, Makanan, Kesihatan, Utiliti dan Sosial yang merangkumi pelbagai Kementerian serta Agensi Kerajaan.
Saya mahu segala tindakan disegerakan, dimurnikan untuk pelaksanaan. Insya-Allah penyelarasan yang dilakukan hari ini dapat membantu pengurusan kos sara hidup di pelbagai peringkat menjadi bertambah baik.
#NCCOL
#KerajaanMadani
Hari ini saya menerima kunjungan hormat rakan sejawat saya dari Thailand, Mr. Somsak Thepsutin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Strategi Pembangunan Wilayah Sempadan Selatan
Lawatan Somsak ke Malaysia sangat signifikan dalam usaha untuk meningkatkan kerjasama dua-hala dan membincangkan isu-isu terkait di antara kedua-dua negara.
Pertemuan ini juga secara tidak langsung dapat menterjemahkan keakraban dan hubungan baik Malaysia-Thailand yang telah lama terjalin, sebagai negara yang berjiran demi kestabilan dan kemakmuran bersama.
Pertemuan ini juga merupakan susulan pertemuan rasmi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin di mana Malaysia dan Thailand bersepakat untuk memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama pelancongan antara kedua-dua negara.
Saya amat berharap semoga hubungan kedua-dua negara berjiran ini akan terus kekal utuh dan harmoni serta mampu membawa kelebihan dari rakyat kedua-dua negara.
#KerajaanPerpaduan
#MalaysiaMadani
@azharbsulaiman Ayat 21 Surah Al Maidah Allah SWT sebut
Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari kebelakang (karena takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang merugi.
Dok pusing spin cerita bagai nooo puak2 PN nie.....bermula remaja lahir 2007 ke atas akan di panggil masuk PLKN...apa kata kita panggil lobai2 PAS masuk PLKN setuju tak..??? 😁😁😁
Inilah Yg Dibanggakn Oleh PAS..BERSIH & STABIL?Parti Gabungn PAS Terpalit Kluster Mahkamh SAKAU RASUAH. Tp PAS Tetap Mencintai PPBM Hngga Akhir Hayat. Msih Lg Mnjdi Boss Kpda PN?Dok Kata PHBN Kotor Tetapi x Sedar Gabungan Sendiri Bergelumang Dgn Najis💩💩💩Bak Kta Midin PODAAHHH