Malam tadi di Batu Pahat bersama rakan-rakan pimpinan Pakatan Harapan dan ribuan rakyat Johor yang hadir menyaksikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Johor.
Alhamdulillah, kehadiran luar biasa ini meskipun pelancaran digerakkan dalam tempoh yang singkat membuktikan semangat dan harapan rakyat Johor untuk melihat politik yang lebih matang, bersih dan berpaksikan masa depan terus menyala.
Johor adalah negeri yang kaya dengan potensi dan peluang. Atas usaha berterusan Kerajaan MADANI, pelaburan mengalir masuk dan projek strategik berkembang pesat. Namun ekonomi negeri ini masih mempunyai ruang yang besar untuk melonjak lebih jauh.
Pakatan Harapan berpegang pada prinsip yang jelas. Setiap projek yang dilaksanakan mesti membawa manfaat langsung kepada rakyat. Setiap dasar harus mengangkat martabat dan memperbaiki kehidupan rakyat. Setiap wang negara mesti diurus dengan amanah dan tanggungjawab.
Benar, dalam tempoh tiga tahun setengah ini, tidak semua masalah dapat diselesaikan. Namun satu perkara yang tidak akan kita kompromi ialah integriti. Negara ini terlalu kaya untuk rakyatnya terus terbeban akibat ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa oleh pemimpin yang tamak haloba dan hanya mahu memperkaya diri dan keluarga.
Pilihan raya negeri ini juga adalah medan untuk rakyat menolak politik kebencian, prasangka serta perpecahan kaum dan agama. Rakyat mahukan pemimpin yang bicara soal pekerjaan, rumah mampu milik, pendidikan yang berkualiti dan kehidupan yang lebih terjamin untuk rakyat, bukannya politik yang tandus idea lalu menjadikan sentimen kaum dan agama sebagai modal kempen setiap hari.
Apa yang saya lihat malam tadi memberi keyakinan yang besar. Orang Melayu, Cina, India berhimpun dengan satu harapan yang sama. Mereka tidak disatukan oleh kebencian atau prasangka, sebaliknya dipertemukan dengan cita-cita yang sama untuk membina negeri dan negara yang lebih adil, maju dan bermaruah.
Dalam beberapa minggu lagi, rakyat Johor akan membuat pilihan. Gunakanlah kuasa itu dengan bijaksana. Tolak politik yang memecah-belahkan rakyat. Pilih politik yang menyatukan, membela dan membawa harapan. Pilih masa depan Johor yang lebih adil, maju dan bermaruah. Pilih Pakatan Harapan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Usai ziarah, saya ke Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat untuk solat Maghrib berjemaah bersama penduduk setempat. Selepas solat, saya sempat bicara dan bertukar pandangan dengan pengurusan masjid.
Alhamdulillah.
#BatuPahat : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Negeri Johor di Kim’s Park Business Center, malam ini.
📹 fotoBERNAMA
#PRNJohor#BernamaNews#VideoBernama@anwaribrahim
Dalam tempoh tiga tahun sahaja, ini antara lima projek yang Putrajaya sudah curahkan ke negeri Johor.
Dan, untuk orang-orang yang masih waris…
#Johor#pmx
Mengambil kesempatan cuti Aidiladha untuk membelek beberapa buku kegemaran daripada pelbagai bidang termasuk sastera, sambil mencari ruang untuk terus belajar dan merenung perjalanan zaman yang semakin mencabar.
Buku mengajar kita untuk lebih sabar berfikir, lebih matang menilai dan tidak mudah tenggelam dalam budaya menghukum atau sensasi yang singkat usianya.
Insya-Allah, esok saya akan meluncurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 sebagai tanda dukungan berterusan terhadap budaya ilmu dan pembacaan dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Ngeteh sambil nonton akhir Piala Malaysia dengan anak muda dan penduduk sekitar Banang Jaya, Batu Pahat. Gurau-senda menyambut kemenangan pasukan sepak bola JDT.