@akmalnasir Moga dipermudahkan urusan. Biar apa pun pancaroba yg berlaku, prinsip ini tetap utuh bersama pemimpin yg bukan kaki ampu dan tamak.. RR the best !!!!
PERANG
Beberapa jam lalu Iran lancarkan perang ke atas Israel. Ini perkara yang anda perlu tahu mengenainya:
1. Perang drone dilancarkan ke Israel untuk membalas serangan Israel ke atas Konsulat Iran di Syria awal bulan ini yang mengorbankan 8 rakyat Iran. Termasuk 2 Komander Tertinggi Tentera Iran.
2. Buat pertama kalinya, 100 butir drone dilancarkan dari Iran ke Jerusalem. Mensasarkan ke fasiliti Kerajaan dan aset ketenteraan. Dilaporkan juga drone TIDAK dilancarkan ke tempat awam atau rumah ibadat.
3. USA, UK dan France sudah menyatakan sokongan kepada Israel. USA and UK sudah mulakan operasi bantuan. Manakala, Rusia beberapa bulan lepas telah menyatakan persetujuan untuk menyokong Iran sekiranya ada ancaman.
4. Ramai menyebut akan ada prospek Perang Dunia ke-3 (WW3), tetapi Iran berpendirian, serangan balas ini memadai buat masa ini. Bergantung kepada Israel kalau hendak membuat serangan kembali.
5. Di Malaysia, minggu ini akan mula jihad menyokong Republik Syiah Iran dan mengangkat Ayatollah sebagai hero Islam. Itu kita faham lah. Dah Israel mulakan dulu.
Cuma, selepas ini pejuang termasuk penunggang agama akan jadi lebih radikal dan ekstrim. Things will be tensed.
Makanya, semua berhati2 lah. Jangan bagi bullet pada mereka. Benda kecil pun akan jadi modal untuk trigger isu agama.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
LAPORAN POLIS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP RASUAH TUN DAIM ZAINUDDIN PADA 30 JUL 99
LAPORAN POLIS TUN HS LEE 20455/99
Pada 14 April 1999 , tatkala memberikan kenyataan di mahkamah , saya telah merujuk kepada beberapa perlakuan rasuah besar oleh pemimpin-pemimpin negara. Saya juga telah merujuk kepada surat-surat dari tiga tokoh korporat ditujukan kepada Tun Daim Zainuddin , ketika itu Menteri Kewangan, yang membuktikan dengan jelas bahawa beliau menerima wang tunai dan saham berjumlah ratusan juta ringgit.
Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad bukan sekadar menghalang tindakan, bahkan terus melindungi rasuah besar yang dilakukan oleh Tun Daim sejak beliau menjadi Menteri Kewangan buat pertama kalinya dahulu.Malahan, sehingga kini, saya di fahamkan tidak ada siasatan oleh pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah dilakukan.
Dengan ini, saya sertakan dokumen sah bagi membuktikan rasuah, iaitu tiga pucuk surat yang masing-masing di tulis oleh Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tan Sri Wan Azmi Hamzah.
Tan Sri Halim, dalam surat bertarikh 30 April 1990, menyatakan beliau memegang sebagai pemegang amanah sebanyak 52,208,500 saham Faber Merlin Bhd (saham 1.00) dan 130,000,000 saham Renong Berhad (50 sen) bagi pihak Tun Daim. Beliau mengesahkan bahawa nilai saham itu di pegang menurut arahan Tun Daim atau penama beliau.
Tan Sri Tajuddin pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 24 Mei 1990 mengesahkan bahawa beliau memegang secara amanah bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 70 juta.
Tan Sri Wan Azmi pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 30 April 1990 mengaku memegang bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 150 juta.
Ini tentunya sebahagian kecil dari perolehan Tun Daim yang juga bertindak bagi pihak Dato Seri Dr. Mahathir. Saya menerima maklumat bahawa sebahagian besar wang tersebut adalah hasil pengagihan saham Resorts World, syarikat perjudian yang disenaraikan atas kelulusan Tun Daim sejurus sebelum meninggalkan Kementerian Kewangan pada tahun 1991 dahulu.
Dengan kaedah sedemikian beliau telah menggunakan kedudukannya dalam kerajaan bagi mengambil manfaat bagi dirinya. Bagaimana pula dengan puluhan syarikat lainnya? Saya yakin bahawa dengan cara sedemikian, Tun Daim dengan restu Dato Seri Dr. Mahathir telah berjaya mengumpulkan berbillion ringgit.
Saya juga telah mendapat maklumat bahawa syarikat Hati Budi yang dahulunya dikatakan dikuasai oleh UMNO telah diluputkan kepentingan oleh dua orang penama, iaitu Tan Sri Halim Saad dan Dato' Anuar Othman. Adalah difahamkan 400 juta saham yang dipegang oleh Dato' Anuar Othman yang disebut sebagai amanah untuk UMNO telah diarah oleh Tun Daim supaya dipindah kepada syarikat United Engineers dan Tan Sri Halim. Apabila saya laporkan masalah tersebut kepada Dato Seri Dr. Mahathir dalam tahun 1996, beliau menyatakan bahawa Tun Daim yang akan menguruskannya, dan mengarahkan saya supaya jangan mencampuri hal tersebut.
Hanya setelah saya mendedahkan maklumat tersebut, maka Tun Daim segera berdalih menyatakan dalam Perhimpunan Agong UMNO 1999 baru-baru ini bahawa wang dan saham dari tiga ahli korporat itu adalah untuk UMNO. Nyatalah, bila nampak tersepit, barulah di sebut harta yang dikumpulkan itu hak Parti UMNO. Setahu saya, berdasarkan bukti surat, dan dari akaun dan maklumat Majlis Tertinggi atau Perhimpunan Agong UMNO, tidak pernah timbul sama sekali kepentingan Parti.
Keduanya, selaku Menteri Kewangan menerima sumbangan peribadi beratus-ratus juta ringgit adalah rasuah besar dan pecah amanah jenayah. Sekiranya beliau sekarang mendakwa bahawa wang tersebut adalah hak Parti, beliau tetap bersalah kerana tidak pernah memberi laporan kepada Parti tentang wang tersebut. Hanya apabila saya mendedahkan mengenainya, baru beliau menyebutnya dalam Perhimpunan Agong yang lalu.
Anwar Ibrahim
12.28 t/hari (30 Julai 1999)
MEMIKAT
Ramai minta saya ulas keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan kesalahan jenayah “Memikat Isteri Orang” dalam Kanun Keseksaan, atas alasan ia melanggar Perlembagaan.
@SinarOnline masalah kotor dan jijik tu timbul bukan dari pihak berkuasa, tapi dr penduduk sendiri. Gaya nak mewah tapi hakikat pengotor dan bertahik... buang sampah merata.. mentaliti najis. bila diambil tindakan katanya kerajaan kejam la zalim la.. butoh.
Erdogan Dalam Bahaya Sekarang
Turkiye dah memilih. Tapi keputusan tak berpihak pada sesiapa. Saya nampak ramai agak keliru.
1. Erdogan tak menang? Kan leading?
2. Awat sampai dua Round?
3. Tapi kat parlimen, #Erdogan menang dah?
Tanpa buang masa, kita bincang terus. Jom!
@_AKU360@NgaKorMing@kpkt_gov@jpmgov_@anwaribrahim ini masalah sikap. Manusia jenis pengotor akan terus mcm tu sampai mati.. Jenis manusia yg tidak bertanggungjawab dan bebal. Perlu diasuh sejak dari tadika tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan kebersihan.