TERKINI
Antara serangan Israel ke atas Palestin dalam 12 Jam terakhir
- Israel melancarkan tembakan dan meletupkan beberapa kawasan di Kem Al Bureij dan Tenggara Kem Al Menghazi
- Seorang wanita cedera parah dan kanak kanak Cedera apabila terkena tembakan rambang di Jalan Salah Ad Din antara Ken Al Bureij dan Kem Al Menghazi Tengah Gaza
- 3 orang Cedera dan seorang wanita kritikal diserang artileri Israel di Rumah Atef Abu Al Rous berhampiran Masjid Musaab Umair di Kem Al Bureij
- Israel merosakkan beberapa rumah dan perkhemahan OKU di Jalan Salah Ad Din
- Bot tempur Israel melepaskan tembakan dan mengejar beberapa nelayan yang cuba menangkap ikan di Laut Gaza
- Seorang kanak kanak Palestin Ismail Al Bardawil mati ditembak di Al Mawasi Khan Younis
- Seorang wanita Palestin Raem Aadi cedera kerana melecur selepas penduduk haram Israel membakar 5 buah kereta di Beit Ummar Hebron Tebing Barat
- Seorang rakyat Palestin Cedera ditembak di Al Sinaa Utara Khan Younis
- 20 ekor kambing biri biri dirompak penduduk haram Israel di Bandar Beita Nablus
- Adik beradik Islambouli dan Qassam diculik dari Tulkarm Utara Tebing Barat
- Beberapa rakyat Palestin Cedera ditembak meriam bot tempur Tentera Laut Israel di Kem Pelarian Al Shati Barat Bandar Gaza
Seorang wanita berusia 31 Tahun mati ditembak di kepala di Gaza.
- Seorang rakyat Palestin melecur apabila Israel meletakkan bom pegun di Biddu, Baitul Maqdis
- Israel menutup pintu masuk ke Perkampungan Arranah Jenin Tebing Barat.