YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Simposium Kemahiran ILKBS 2025 (SKIL’25).
Program ini menghimpunkan lebih 500 pengajar TVET dari seluruh negara dengan objektif memperkukuh integriti, sahsiah dan kepimpinan dalam kalangan
“Anak muda adalah ‘enjin’ kepada ekonomi dan pembangunan negara. Namun dalam usaha membentuk mereka sebagai penggerak utama, kita mesti menyemai nilai dan budi pekerti yang tinggi agar mereka bukan sekadar memacu kemajuan, tetapi memacu dengan penuh integriti.”
sistem latihan kemahiran yang berteraskan nilai dan budi yang tinggi.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Puan Chan Hong Jin, Pengarah Kemahiran KBS, Puan Dalila Sharingat dan Penolong Setiausaha Majlis Perbandaran Kajang, Puan Zalinda Zainudin.
dari seluruh negara bagi memperkukuh integriti, sahsiah dan kepimpinan tenaga pengajar, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Bertemakan “TVET Berintegriti Menjulang Nilai MADANI” program ini menekankan peranan pengajar sebagai figura utama dalam pembentukan belia menerusi
— Sebahagian ucapan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli di Majlis Perasmian SKIL’25 di Dewan Seri Cempaka, MPKj @ Saujana Impian, Selangor.
Kajang, 5 Ogos 2025–Simposium Kemahiran ILKBS 2025 (SKIL’25) menghimpunkan lebih 500 pengajar TVET
Lebih 500 pengajar ILKBS serta wakil institusi TVET dari seluruh negara hari ini akan berhimpun dalam Simposium Kemahiran ILKBS 2025 (SKIL’25) – satu lapangan ilmu yang mengangkat nilai integriti dan sahsiah sebagai teras TVET masa hadapan.
📅 5 Ogos 2025 (Selasa)
⏰ 9.00 pagi
📍 Dewan Seri Cempaka, MPKj @ Saujana Impian, Kajang
🎙️ Dirasmikan oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan
🛜 FB ILKBS https://t.co/7v6LY0xwPj
Bertemakan “TVET Berintegriti Menjulang Nilai MADANI”, SKIL’25 menekankan nilai Daya Cipta dan Keyakinan untuk membina ekosistem TVET yang holistik berpaksikan nilai manusiawi dan sekali gus mampu melahirkan belia MADANI yang berdaya saing dan berjati diri.
Sirih junjung tersusun rapi,
Disiram air kasih sejati.
Jasa tuan kami sanjungi,
Setulus hati, sepenuh erti.
Tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada penjawat awam yang telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang di Majlis Anugerah Kecemerlangan & Apresiasi 2025
Bersama Malaysiaku,
setiap keringat jadi cahaya,
setiap tugas adalah bakti,
setiap rakyat ialah wira
yang membina tanah air dengan setia.
Dari sawah ke menara,
dari bilik darjah ke pentas dunia,
setiap insan memainkan peranan
demi negara yang makmur dan sejahtera.
Terima kasih atas dedikasi tanpa henti. Malaysia berdiri megah kerana semangat ini.
Ayuh kita terus melangkah bersama, sejiwa, sebangsa.
Layari pautan https://t.co/HExpw008rx untuk maklumat lanjut.
#MalaysiaMADANI
#BersamaMalaysiaku
#MADANIbekerja
Majlis indah penuh bererti,
Menghitung hari berdebar hati,
29 Julai hari dinanti,
Menghargai kecemerlangan,jasa dan bakti.
Bertatih langkah ke laman desa,
Langit cerah awam berarak,
Budi disemai, bakti berjasa,
Dikenang zaman, disebut orang.
Sirih junjung tersusun rapi,
Disiram air kasih sejati,
Jasa tuan kami sanjungi,
Bertemu kita di sana nanti.
Nantikan Majlis Anugerah Kecemerlangan & Apresiasi 2025 Kementerian Belia dan Sukan, yg bakal berlangsung pada 29 Julai 2025 di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.🫶🏼
Malaysia terbina atas usaha dan pengorbanan rakyatnya. Dari generasi ke generasi, negara ini terus maju hasil tangan insan-insan biasa yang melakukan perkara luar biasa dalam diam, dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.
Dengan rasa syukur dan berteraskan nilai ihsan, Kerajaan MADANI mengangkat kisah rakyat, dari petani desa, guru pedalaman, penggiat seni, barisan hadapan, hinggalah profesional dan usahawan kota, yang sabar menabur bakti tanpa mengira latar belakang.
#BersamaMalaysiaku memberi ruang kepada suara rakyat yang sering terpinggir daripada naratif nasional untuk diraikan, disyukuri dan dihargai, hatta kisah mereka, walau kecil, membentuk mozek kebangsaan yang penuh makna.
Menjadi nadi gerakan ini dan seluruh usaha Kerajaan MADANI, akan diterjemahkan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada 31 Julai ini meliputi nilai ihsan yang mengutamakan belas, adil dan cakna berasaskan keperluan sebenar rakyat, hasil kerjasama erat seluruh kementerian.
Inilah tekad Malaysia MADANI yang menyusun semula keutamaan negara, memacu pembangunan dengan kasih sayang, dan meletakkan rakyat sebagai nadi serta pemegang taruh utama negara!
Ayuh, Bersama Malaysiaku!
#BersamaMalaysiaku
#MalaysiaMADANI
Pegawai KBS Peroleh Ilmu Asas Baiki Perkakas Elektrik
Chembong, 22 Julai 2025 – Seramai 21 pegawai dan kakitangan daripada pelbagai skim perkhidmatan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyertai Kursus Jangka Pendek Modul Asas Pembaikan Perkakas Elektrik Rumah
dipelajari dan dibaiki secara praktikal bersama tenaga pengajar bertauliah.
Ilmu yang diperoleh bukan sahaja berguna malah berpotensi untuk mengurangkan kos sara hidup melalui pembaikan kendiri serta membuka peluang menambah pendapatan sampingan.