Pemandu Myvi Maut Dirempuh Pemandu Lori Mabuk
Oleh Mynewshub
PORT DICKSON – Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita dan kanak-kanak perempuan cedera selepas Perodua Myvi dinaiki mereka dirempuh sebuah lori yang dipercayai memasuki laluan bertentangan di Kilometer 13.5, Jalan Lukut–Sepang.
Menurut kenyataan polis bertarikh 2 Oktober 2026, kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 petang pada 1 Oktober.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, siasatan awal mendapati lori jenis Hino yang dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun itu sedang bergerak dari arah Lukut menuju ke Sepang.
Lori berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Myvi yang datang dari arah hadapan.
Akibat kemalangan itu, pemandu Myvi berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua penumpangnya, seorang wanita berusia 32 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Pemandu lori pula dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
Ujian Pernafasan Kesan Alkohol Melebihi Had
Ahmad Afiq berkata, saringan awal air kencing terhadap pemandu lori menunjukkan keputusan negatif dadah.
Bagaimanapun, ujian pernafasan mengesan bacaan alkohol melebihi had yang dibenarkan.
Susulan itu, pemandu lori berkenaan ditangkap dan polis memaklumkan permohonan reman akan dibuat bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes, Insp Mohd Zulhelmi Azman, di talian 016-9984806 atau melalui mana-mana balai polis berhampiran. -MYNEWSHUB
Sumber: Kenyataan Polis Daerah Port Dickson, 2 Oktober 2026.
Bila kita tidak memenjara seumur hidup pembunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain, kita memberi mesej yang jelas kepada pembuli di luar sana. Mesej yang mereka fahami sebagai "Alah, yang seterika orang sampai mati pun akhirnya lepas, apa aku nak takut?"
Bukan kat luar negara ye TAPI KAT MALAYSIA.
Sampai bila kita nak normalise benda macam ni. Pandai pulak tu, bila orang rakam terus hilang.
@saifnasution@imigresenmy
Caruman 0.75 peratus daripada gaji pekerja bagi LINDUNG 24 Jam di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak lagi bersifat mandatori, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta.
Bahaya juga ni kalau US boleh guna airspace Indonesia sesuka hati. Maksudnya mereka boleh terbang di Laut China Selatan di atas Kepulauan Natuna (Riau) untuk memantau/menceroboh perairan kita juga. Bila ada dua kuasa besar di situ, ketegangan akan berlipat ganda.
🗨️ Pencuri Suami Isteri India Mencuri Dua Kedai Dalam Masa Sehari
1. Dia Curi 12 Botol Minyak Kedai Dekat Maslee Pulai Perdana 2 Johor
2. Lepas Itu Dia Pergi Speedmart Taman Teratai Dia Curi Lagi 12 Botol Minyak Dan 1 Carton Beer Carlsberg Dengan 1 Kotak Rokok Dunhill Merah