Tugas sbg wakil rakyat, tak performsβ¦ lepaih tu dok pasang angan2 nak tebuk atap ! π€¦ββοΈ
Berat depa ni.. otak letak kat lutut !
Air lior dok meleleh bila teringat pernah jadi kerajaan 33 bulan π
Apatah lagi yg pernah jadi Menteri atau exco π€
@mahazalimreturn @anwaribrahim@NajibRazak Hg pon sama... browser hg takda google ka apa.mau kata malas nk google.guna AI alternatif sekarang ni.. apa la bebal sgt @mahazalimreturn
Kenyataan Media Ketua AMK Malaysia: Kuasa Pengampunan Bukan Modal Politik
Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh seharusnya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan. Selain rujuk terlebih dahulu fakta mudah yang boleh diakses menerusi carian Google, beliau juga perlu memahami kuasa dan proses pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Fakta asas dan penting yang perlu Akmal ketahui adalah pengampunan Datoβ Seri Anwar Ibrahim pada 2018 atas dasar pelanggaran prinsip keadilan telah pun melalui proses wajar termasuk pembentangan dan pertimbangan oleh Lembaga Pengampunan selaras Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Ini telah dilapor secara meluas oleh media ketika itu. Maka apa yang dipertikaikan oleh Akmal bukan sahaja meluru, malah memesongkan fakta yang diketahui umum.
Andai tidak cukup, Mahkamah Rayuan pada 2021 juga pernah membatalkan sebuah saman yang mempertikaikan pengampunan diraja yang dikurniakan kepada Datoβ Seri Anwar Ibrahim. Hal ini telah diputuskan secara tuntas melalui keputusan mahkamah, sewaktu Datoβ Seri Anwar dan Harapan berada di blok Pembangkang.
Pengurniaan pengampunan bukan keputusan yang dibuat sewenang-wenangnya mengikut desakan politik, tetapi dilindungi mekanisme yang telah ditetapkan undang-undang dan Perlembagaan. Kami di Harapan ketika itu menuruti proses ini dengan cermat dan hemah atas dasar memperakui keluhuran perlembagaan kita.
MADANI tidak mengamalkan politik dendam atas pertembungan lampau. Ini kerajaan gabungan yang dianggotai pelbagai parti demi kepentingan rakyat dan kestabilan negara. Sehabis baik ianya akan sentiasa dijaga.
Apakah Akmal mahu terus menutup sebelah mata terhadap pendekatan hari ini di bawah kerajaan Madani?
Datoβ Seri Najib Razak didakwa dan disabitkan kesalahan pada zaman Tun Dr. Mahathir; dijatuhkan hukuman penjara pula pada 2022 semasa zaman Datoβ Sri Ismail Sabri; semuanya melalui proses undang-undang yang tidak dipertikaikan, namun yang terus diserang adalah pentadbiran Datoβ Seri Anwar Ibrahim.
Hari ini, Datoβ Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor masih diberi peluang sewajarnya melalui proses undang-undang yang adil, tanpa sebarang campur tangan politik.
Biar ada sejarah pertembungan politik yang runcing; keadilan berlandaskan hukum akan tetap ditegakkan hari ini; walaupun ia membawa risiko besar termasuk mencederakan reputasi politik Datoβ Seri Anwar Ibrahim dan Harapan khususnya dalam kalangan pendokong dan simpatisan kami.
Semua pihak termasuk Akmal Saleh harus menjadi contoh kepada kepentingan memegang kepada prinsip perlembagaan. Bukan semuanya mengenai politik individu atau keperluan pihak tertentu. Negara akan hancur tanpa dokongan terhadap perlembagaan kita.
Saya berpandangan, wajar bagi Akmal Saleh untuk menarik semula kenyataan beliau. Jangan kita pertikaikan bidang kuasa pengampunan YDPA sehingga mencalarkan pandangan terhadap keluhuran institusi. Jika tidak berhati-hati, kenyataan tersebut bukan lagi sekadar serangan politik, tetapi juga boleh dianggap sebagai tindakan yang tidak menghormati institusi Raja dan undang-undang tertinggi negara.
Adam Adli
Ketua Angkatan Muda KEADILAN
Sokongan penuh buat Barisan Peneraju Reformasi. Walaupun abang bukan student, abang yakin pasukan ini mampu bawa @SiswaKeadilan kedepan!
Sokong #UmairHandsome from Perlis with love π
@farahariana#umair
Masak la korang,aku pun ada suarakan di grop watsap aku taq nama Menteri di FB.
Suara kami di dgr.Cukup sokongan utk jatuhkan kerajaan, tetapi tak ada asas yang benar. Sebab dah melampau, berkali-kali claim kerajaan nak jatuh (walau dah diberi ruang utk buktikan).
Akhirnya kerajaan penuhi amaran tersebut.
IGP sampai hafal nama nama ko org cytro PN yang hari2 kacau keamanan negara.
Masak ko!!
Tq #KerajaanPerpaduan
β€οΈπ
Berkesempatan bertemu dengan rakan sejawat Srettha Thavisin di Phuket, Thailand semalam.
Dalam pertemuan secara santai ini, perbualan kami sempat menyinggung beberapa perkara penting, antaranya terkait soal pelancongan Malaysia-Thailand.
PM Srettha menyatakan kesediaan Thailand untuk mempromosikan pelancongan di Phuket, Langkawi dan kawasan lain di utara Semenanjung negara secara bersama memandangkan peningkatan mendadak pelancong Malaysia ke Thailand.
Selain itu, kami berdua turut bersetuju untuk menyegerakan Projek Jalan Sadao-Bukit Kayu Hitam serta Projek Jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang.
Saya dan PM Srettha juga sepakat untuk bersama-sama membangunkan wilayah selatan Thailand dan utara Semenanjung secara lebih pesat, sekali gus menjamin limpahan ekonomi dan kemakmuran buat rakyat di kedua-dua wilayah ini.
Jawatankuasa khas peringkat tertinggi antara kedua-dua negara perlu melaporkan kemajuan projek dan perkara-perkara yang telah dipersetujui pada pertengahan bulan depan.
Kami juga sempat bicara terkait situasi banjir yang berlaku ketika ini dan Insya-Allah esok saya akan turun ke Kelantan bagi meninjau sendiri situasi yang semakin membimbangkan di sana. Semoga Allah segera mengangkat bencana ini.
#MalaysiaMADANI
Foto: Arkib
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil perhatian serius terhadap suatu hantaran facebook yang mendakwa kementerian ini telah pun menandatangani "perjanjian vaksin", yang kononnya memaksa rakyat di negara ini untuk mengambil vaksin.
KKM ingin menegaskan bahawa tangkap layar ini merupakan kandungan yang memberi persepsi negatif kepada kementerian, yang mana dakwaan tersebut adalah tidak benar.
Sebenarnya foto tersebut memaparkan, YB Dr. Zaliha Mustafa yang mewakili negara dalam pembaharuan WHO Global Service Centre (GSC), Host Country Agreement (HCA) pada 31 Januari 2023, menerusi hubungan kerjasama negara dalam sektor kesihatan demi pembangunan modal insan dan meningkatkan daya saing agar lebih kompetitif dalam kalangan ahli anggota WHO, bukan seperti yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam posting berkenaan.
Sehubungan itu, KKM menyeru kepada orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan sesetengah pihak yang ingin menimbulkan kegusaran awam berkaitan KKM.
Malaysia menyuarakan bantahan tegas terhadap sikap Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menolak gencatan senjata kemanusiaan segera antara rejim ganas Israel dan Palestin.
Saya sampaikan mesej tersebut apakala disapa media sewaktu meninjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Adalah menjadi pelik dan di luar kewarasan kemanusiaan apabila ada pihak yang mendukung dan bungkam terkait pembantaian ke atas kanak-kanak dan wanita tidak bersalah serta warga awam.
Sayugia, ini mesti dihentikan serta-merta dan sangat dikesali kerana ia jelas tidak mempedulikan hak kemanusian dan terus menerus membenarkan Israel membuat pembunuhan secara zalim terhadap rakyat Palestin di Gaza.
#MalaysiaMADANI
MENOPANG MINDA PRESIDEN PAS
Nabi SAW bersabda seperti mana yang diriwayatkan oleh Abdullah R.A:β
ΩΩΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΩ ΩΨͺΩΩΩΨ·ΩΩΨΉΩΩΩΩβ. ΩΩΨ§ΩΩΩΩΨ§ Ψ«ΩΩΨ§ΩΨ«ΩΨ§ β
Maksudnya: βCelakalah golongan-golongan pelampau. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kaliβ [Riwayat Muslim (2670)]
Inilah yang dikatakan Rasulullah, yakni penyebar fitnah dan golongan pelampau itu ada dalam kalangan kita. Malah golongan pelampau yang disebut dalam hadis Nabi ini adalah golongan melampaui batas dalam pengucapan mereka.
PAS kini semakin terdesak. Makin ramai ahli parlimen pembangkang mempaculkan dukungan. Kekuatan PN semakin melemah. Menyerang Kerajaan secara dasar adalah sukar kerana angka dan petunjuk ekonomi dilihat semakin baik dan pelaburan semakin bertambah. Malah, tahap keyakinan dunia luar terhadap Malaysia semakin mengukuh di bawah YAB PMX.
Bagi mereka, ini tidak boleh dibiarkan. Jika tidak sokongan mereka akan terus merosot. Justeru menggelar PH sebagai munafik, musuh Islam yang mengamalkan demokrasi ala Israel, ianya membenarkan pandangan bahawa PAS sebuah parti yang berfikrah ekstrem.
Jalan tuntas bagi PAS untuk mempengaruhi minda khususnya masyarakat Melayu Islam adalah dengan menunggang dan memanipulasi nas dan dalil agama mengikut tembolok para petinggi di dalam PAS.
Menghalakan apa saja seruan Tuhan di dalam Al Quran ke arah manusia dan pihak lain yang tidak berada di jalur politik yang sama. Inilah contoh gejala pelampau dan radikal dalam beragama yang ditegah dan dilarang dalam Islam. Jangan terkejut jika ada ugutan dan seruan untuk membunuh YAB PMX berulang yang telah pun kita saksikan sepanjang setahun ini.
Menyamakan pendekatan pemerintahan Kerajaan Perpaduan-MADANI seperti pendekatan golongan munafiq pada zaman Rasulullah jelas berniat jahat dan jauh menyimpang daripada fakta dan kebenaran. Mengulangi skrip agama yang penuh hikmah dan ihsan dan dibalut dengan sentimen agama yang melalulu menjadi panduan PAS mendakyahkan ekstremisme. Adakah untuk menjadi lebih gah daripada syaitan bisu, PAS memilih untuk menjadi syaitan yang bercakap? Astaghfirullah.
Menyentuh hal berkaitan peruntukan; sejak bila Kerajaan Persekutuan melakukan sekatan ekonomi bagi negeri-negeri yang ditadbir PAS? Ini adalah satu fitnah yang maha dahsyat. Dalam hal royalti, Presiden PAS sendiri gagal selama 33 bulan untuk menyelesaikan ketika berada di pundak kuasa. Ini fakta yang sesiapapun di dalam PAS tidak mampu menyangkal.
Peruntukan negeri-negeri juga bertambah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Peruntukan Pemberian/Bantuan Negeri
Negeri Kedah (512.1 juta tahun 2023 ketimbang 458.1 juta tahun 2022 ),
Negeri Kelantan ( 351.5 juta tahun 2023 ketimbang 331.2 juta tahun 2022 ),
Negeri Terengganu (411.1 juta tahun 2023 ketimbang 393.6 juta tahun 2022 ),
Negeri Perlis (154 juta tahun 2023 ketimbang 138.1 juta tahun 2022 ) β
lalu bagaimana ulamaβ boleh meghamburkan fitnah sedemikian rupa?
Kemudian menyamakan acuan demokrasi PH dengan Israel β apa yang cuba diselewengkan oleh Presiden PAS sebenarnya? Apakah beliau lupa bahawa PH merupakan blok terbesar yang menang dalam PRU 15 yang lalu?
Berwalikan orang-orang bukan Islam yang bermusuh terhadap Islam demi mendapat kuasa; presiden PAS perlu jelas dalam hal ini, siapakah dirujuk sebagai musuh Islam tersebut? Jika dimaksudkan DAP, apakah beliau lupa bahawa PAS pernah menjalinkan kerjasama bersama DAP di Perak yang menyaksikan MB dilantik dari PAS? Kerjasama di Selangor? Pulau Pinang? Lupakah beliau tentang seruan litaβarafu yang dilaungkan dahulu? Apakah kini darah mereka halal untuk diteguk?
Iblis dilaknat bukan kerana tidak mengakui kewujudan Tuhan yang satu, tetapi kerana merasakan dirinya lebih mulia daripada Adam, penuh dengan hasad, sombong dan takabur.
Berpolitiklah secara matang dan sejahtera, seperti yang sering dilaungkan.
Saya dan rakan-rakan menteri yang ikut serta turut dijamu makan tengah hari oleh Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di The Vista Hotel, Dannok. Semoga persahabatan kedua-dua negara terus utuh dan erat.
#MalaysiaMADANI
Tiba di Alor Setar pagi ini untuk lawatan satu hari ke sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam dan Sadao di mana saya dijadualkan akan ketemu Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin bagi mendepani beberapa isu mendesak yang menjadi kepentingan kepada kedua-dua negara tetangga dan sahabat.
#MalaysiaMADANI
@Tenaga_Nasional@arunaraj9684 Well done TNB for fast response.U should share the action on the media platform once the work done. It shows that tnb are really concerned on all issueβs that been highlighted. Feel free to tag me once done.happy to share your good work π«‘
Di belakang PMX diletak bendera Israel, disebelahnya pula bendera Palestin; kaedah propaganda yang digunakan untuk menggambarkan PMX mewakili Israel dan disebelahnya seorang pejuang sebenar bumi Palestin.
Saya tidak hairan dengan cara propaganda murahan ini memandangkan sebelum ini kita juga digelar dengan pelbagai gelaran; kafir, musuh Islam, gurkha, liberal, agen Yahudi dan sebagainya kerana politiknya di asuh dengan cara yang sedemikian. Menjengkelkan.
Isu Palestin yang sepatutnya didukung bersama, terus menerus digunakan sebagai alat politik untuk mencipta persepsi negatif. Semakin kuat PMX bersuara dan bertindak, semakin kuat beliau ditekan kerana sukar bagi mereka menerima bahawa barangkali apa yang sedang diusahakan dalam isu ini gagal dilaksanakan oleh mantan duta khas timur tengah. Langsung tenggelam.
Paksinya adalah kebencian; mana mungkin seorang "kafir" menurut kaca mata politik sebahagian mereka dilihat kehadapan dalam hal ini.
Entah di mana yang apologetiknya. Yang pasti jangan sehingga rakyat getik melihat sikap dan gelagat orang agama yang berpolitiknya hanya kosmetik tanpa etika.
Moga Tuhan merahmati dan mengasihi kita.
@zack_rockstar Contact number ada situ.abg zack cuba bg nasihat mcm mna cara org biadap ni kena nk ajar dia.?boleh kita refer pda dr.s untuk tidurkan dia x π