4 Jun 2026, lawatan tapak projek pembaikan cerun di Laluan FT185 - lokasi Lojing, Sabo Dam dan Blue Valley. Lawatan disertai, YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman bagi meninjau kemajuan projek, memastikan pematuhan spesifikasi, keselamatan & kualiti kerja di tapak.@TKPKR_Infra
GUA MUSANG, 04.06.2026 - FT185 Simpang Pulai–Lojing–Gua Musang ialah laluan strategik. Menghubungkan P.Barat, P.Timur & Cameron Highlands.
Melawat 4 lokasi kerja pembaikan cerun di FT185. Fokus pemantauan kemajuan&penyelesaian isu di tapak.
Demi keselamatan pengguna jalan raya.
KELANTAN, 4 JUN 2026 – YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) yang menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, telah mengadakan lawatan tapak ke beberapa projek infrastruktur kritikal di sepanjang Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai – Gua Musang, Kelantan.
Lawatan kerja ini turut disertai oleh Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Pengarah JKR Negeri Kelantan, Timbalan Pengarah JKR Negeri Perak, pegawai-pegawai JKR Malaysia serta wakil perunding dan kontraktor yang terlibat.
Lawatan ini bertujuan meninjau kemajuan projek serta memastikan aspek keselamatan, kualiti dan keberkesanan pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan serta pemulihan infrastruktur sentiasa diberi keutamaan.
Antara lokasi yang dilawati ialah Projek Pembaikan Cerun Kritikal di FT185 Seksyen 107.60, Kerja-Kerja Pembaikan Pembetung RCP Rosak di FT185 Seksyen 78.6, serta Projek Pembaikan Cerun, Pembinaan Perangkap Debris Flow dan Pembinaan Saliran di FT185 Seksyen 61.
Semasa lawatan, pelbagai isu teknikal dan langkah mitigasi telah dibincangkan, termasuk pemantauan pergerakan tanah, penambahbaikan aspek keselamatan tapak, pengurusan sistem saliran serta tindakan susulan berkaitan insiden runtuhan cerun di kawasan Port Lepak Jerung. Pihak berkaitan turut diingatkan agar memastikan projek disiapkan mengikut jadual serta mematuhi piawaian kualiti yang ditetapkan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan JKR Malaysia dalam memastikan aset infrastruktur negara sentiasa berada dalam keadaan selamat, berfungsi dengan baik dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
#IamJKR #KitaJKR #JKRSynergy
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat Islam.
Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan serta memperkukuh nilai keikhlasan dan pengorbanan dalam melaksanakan amanah kepada agama, bangsa dan negara.
Ikhlas daripada kami sempena hari yang penuh bermakna ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato' Ir. Roslan bin Ismail atas jasa dan kepimpinan bersama Jabatan Kerja Raya Malaysia. Selamat bersara dan terima kasih atas segala bakti. Semoga terus sihat, sejahtera dan diberkati.
#TerimaKasihKPKR#JKRMalaysia
📍 Siasatan teknikal keruntuhan tembok penahan sepanjang ±58m di Darulaman Heights, Jitra, Kedah, menjejaskan 3 buah banglo kediaman.Siasatan CKC JKR bersama JKR Kubang Pasu & MPKP mendapati limpahan air pelepasan ke belakang tembok (backfill) meningkatkan tekanan hidrostatik
💻 Latihan memfokuskan kepada penggunaan perisian Rapid Mass Movement Simulation (RAMMS).
• Peserta mempelajari simulasi aliran puing (debris flow) secara kuantitatif & visual.
• Kolaborasi strategik bersama jurutera CKG, CKAS, CASKT & pegawai kaji bumi JMG.
🧵
PROGRAM TOT: SIMULASI ALIRAN PUING (RAMMS) DI IPOH
CKC JKR telah menganjurkan Program Transfer of Technology (TOT) pada 18-20 Mei 2026 di Makmal Komputer JMG Ipoh bagi memantapkan simulasi bencana cerun.
Ikuti bebenang ringkas ini:🧵
Tahniah & syabas kepada semua pegawai Cawangan Kejuruteraan Cerun yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 hari ini 👏
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen, dedikasi & profesionalisme dalam melaksanakan amanah dengan cemerlang.
Projek bernilai strategik ini diselia oleh Pengarah JKR Terengganu selaku Pengarah Projek. Fasa pembinaan berdurasi 36 bulan ini telah bermula pada 12 Mei 2026 dan dijangka siap sepenuhnya pada 11 Mei 2029 untuk keselamatan cerun tadahan air Kenyir.
Majlis Penyerahan SST & Pelantikan Pengarah Projek bagi Pelaksanaan Pelan Mitigasi Tanah Runtuh di Kawasan Tadahan Air Kenyir, Terengganu (Zon 2B - Reka & Bina) telah berlangsung di Menara Kerja Raya pada 18 Mei 2026. Sesi disempurnakan oleh TKPKR (Sektor Infra).
KUALA LUMPUR, 18.05.2026 - Amanah cerun bukan sekadar kerja fizikal—ia keselamatan rakyat & kelangsungan tenaga negara.
Menyerah SST Projek Mitigasi Tanah Runtuh Tadahan Air Kenyir (7 lokasi) demi kestabilan bekalan elektrik rakyat.
#Cerun#Terengganu
Sesi Libat Urus KKR, JKR & IIUM bagi Kajian Pembangunan Kaedah Penaksiran Kerosakan Akibat Bencana telah berlangsung semalam (15 Mei 2026) di Bilik Bencana 1, CKC. Sesi dihadiri wakil KKR, CKC, CSFJ & IIUM Consultancy and Innovation.
Kajian ini bertujuan mengukuh dasar taksiran bencana, mencadangkan rangka kerja & membina platform data bersepadu NADMA. Fokus utama adalah membangun metodologi taksiran menyeluruh & rekabentuk konseptual data tahap aset/infrastruktur negara.
@moworksmy@IPJKR_Official
Sesi Perbincangan & Perkongsian Amalan Terbaik Prosedur Pengurusan Pembinaan Projek di bawah Bidang Kuasa Jabatan Kerja Raya Malaysia telah berlangsung pada 14 Mei 2026 bagi memperkukuh tadbir urus serta kecekapan pelaksanaan projek kerajaan di Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur.
Selamat Hari Pekerja 2026! ✨
"Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa".
Hormat dan terima kasih atas setiap keringat dan dedikasi warga kerja Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) dan seluruh JKR. Anda adalah tulang belakang pembangunan negara. Teruslah cemerlang dan bersemangat!