Qatar mengancam sekiranya serangan ke atas Gaza tidak dihentikan, mereka akan bertindak menggantung aktiviti eksport gas ke seluruh dunia.
https://t.co/Ceaph8r8Eg
Datuk Seri Mohamad Hassan (kanan) ketika berucap pada Program Ceramah dan Ramah Mesra Pengundi Kuang di Bro Misai Food Court, Kuang, malam tadi.
Jangan silap pilih lagi
Oleh RAJMAH HASAN
Silap buat keputusan lagi, natijahnya bukan terpalit kepada penduduk Selangor sahaja, bahkan seluruh rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Mohamad Hassan.
Peringatan itu dinyatakan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kerana Selangor adalah nadi ekonomi negara memandangkan ia adalah negeri terkaya di Malaysia.
"Jangan ingat ini (pilihan raya negeri) nak pilih macam Akademi Fantasia. Jangan silap pilih lagi, sebab kita nak pilih parti berpengalaman yang akan bersama-sama Kerajaan Pusat untuk mentadbir negara!".
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kesilapan dibuat semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRN14) lalu telah menyebabkan negara terjerumus dalam keadaan tidak menentu yang menyebabkan ekonomi negara merudum jatuh.
"Dalam satu penggal itu sahaja, kita bertukar tiga kerajaan dan tiga Perdana Menteri.
"Ketidakstabilan politik negara ketika itu menakutkan pelabur untuk membuat pelaburan di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Ceramah dan Ramah Mesra Pengundi Kuang Bersama Datuk Seri Mohamad Hassan di Bro Misai Food Court, Kampung Kuang, malam tadi.
Mohamad hadir memberi sokongan kepada Datuk Hasnal Rezua Merican, calon BN yang bersaing dengan Mohd. Rafiq Abdullah dari PN dan Sallehudin Amiruddin (Bebas) bagi merebut kerusi DUN N.13 Kuang pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan, berkata, sebelum 2018, ekonomi Malaysia kedua terkuat di rantau Asia Tenggara selepas Singapura, namun Malaysia kini berada di tangga kelima di belakang Vietnam.
"Bayangkan Vietnam, dulunya negara yang lama berperang selama 20 tahun kini ekonominya menjadi keempat terkuat di rantau ini dan berada di depan Malaysia," katanya sambil memaklumkan Singapura masih mengekalkan ranking pertama, diikuti Indonesia dan Thailand.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, Kerajaan Persekutuan yang dibentuk dengan gabungan BN-PH ketika ini telah ditubuhkan dengan majoriti dua pertiga iaitu sebanyak 148 kerusi.
Malah katanya, kedudukan Kerajaan Pusat juga semakin kukuh apabila Parlimen meluluskan Undang-Undang Antilompat Parti yang dilaksanakan di tujuh negeri, berkuat kuasa 5 Oktober tahun lalu.
Tujuh negeri tersebut ialah Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak.
"Undang-undang inilah yang akan melindungi mandat rakyat dalam pemilihan wakil rakyat," katanya.
Beliau mengingatkan rakyat di enam negeri khususnya Selangor yang terlibat PRN agar tidak lagi terpedaya dengan politik kebencian dan bersifat hasutan.
Katanya, dakwaan mengatakan keputusan PRN ini dapat menggugat pentadbiran Kerajaan Pusat sama sekali tidak betul.
"Itu semua tohmahan yang direka untuk mengganggu konsentrasi dan memikat hati rakyat untuk buat silap lagi.
"Jangan buat silap berasaskan emosi...berasaskan sentimen...berasaskan fitnah...berasaskan tohmahan yang akhirnya terpedaya sehingga melantik pihak yang tidak ada kepakaran mengurus Selangor.
"Empat tahun setengah kita sudah bazirkan masa dengan pertelagahan politik, jadi jangan bazirkan masa lagi.
"Jangan hancurkan negara. Lepas PRN, kita fokus bangunkan negara pula," katanya.
Sementara itu, beliau yang juga calon BN di DUN Rantau yakin Hasnal Rezua adalah calon terbaik untuk diangkat menjadi wakil rakyat di DUN N.13 Kuang.
"Bagilah kepercayaan kepada rakan-rakan kita termasuk Hasnal Rezua sebagai sebahagian untuk urus kerajaan Selangor bersama-sama," katanya.
Mohamad berharap agar pemilihan kerajaan negeri baru diberikan kepada mereka yang telah terbukti ada rekod baik serta mempunyai kepakaran dalam mengurus negeri.
BN katanya parti yang berpengalaman luas dalam mengurus negara, manakala PH pula sudah tiga penggal mentadbir negeri Selangor.
Perpaduan bkn sahaja di bibir,pemimpin & akar umbi di dlm #KerajaanPerpaduan menunjukkan kematangan
Kpd Warga Kuang Beri sokongan kpd calon BN,Calon No 1 Dato @HasnalRezuaM Seorg Anak Tempatan Mempunyai Latar Belakang Yg Baik
Pilih Perpaduan Demi Kestabilan& Kemakmuran Selangor
Tahukah anda masih ingat lagi iklan Sunsilk ni?
Heroin dia org kenal, tapi hero dia ramai tak kenal.
Kalau nak tau hero dia baru kelmarin kena berkas dgn SPRM disyaki sapu komisyen 3-5% dari RM92.5 billion projek kerajaan.
Kira tengok 4%.
Lebih RM3 billion komisyen saja.
@nofaa64933754 @BuletinTV3 So? Kalau budak boleh kawin kat Siam?? Statement xde otak. Ko paham maksud redho? Cuba kalau ko…sibuk nak samakan dgn org lain..rubbish!
"This is the second resounding defeat for UMNO. If we keep doing the same thing over again, we'll end up with the same result. We've got to figure out how to do thing differently" @melisa_idris speaks to UMNO Information Chief @isham_jalil on #ConsiderThis https://t.co/6oMihR9aWx
Tahniah kepada YAB Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri @anwaribrahim
Ikuti secara langsung Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri jam 5 petang hari ini di Istana Negara.
#PM10
Dulukala sebelum PRU15 - BN perompak, sakau duit rakyat, perasuah. Sekarang dah jadi lain - Marilah BN sayang kita bergabung demi rakyat. Korang2 yg undi PN and PH tu tak rasa kena tipu ke? Tanya jerrrr…
Masa berkempen bukan main berapi kata2 kesat, menghina, menggelar dan melabel dengan nama2 yang keji. Sekarang semua kena jilat ludah mereka semula kerana terpaksa mencari kawan untuk bekerjasama. Mereka sedang diajar oleh Allah SWT.
Petang semalam saya di dalam sesi Townhall Bersama Belia dan Mahasiswa di Seksyen 13 Shah Alam.
Banyak perkara yang saya sempat kongsi dengan belia dan mahasiswa tentang isu pekerjaan dan masalah anak muda.
#PolitikPositif#ishamjalil4shahalam#shahalam
Tengah hari semalam saya melawat PDM Taman Batu Tiga berjumpa dengan Ketua PDM Sdr Mohamad Zaidin dan jentera-jentera.
Terima kasih kepada semua jentera di PDM Taman Batu Tiga. Mari kita berkerja keras dan memenangi PRU15 ini.
#PolitikPositif#ishamjalil4shahalam#shahalam