Tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 atas pencapaian sembilan pingat emas, sekali gus menyamai pencapaian terbaik negara di pentas Sukan Asia seperti yang dicatatkan di Guangzhou 2010.
Terima kasih kerana telah memberikan yang terbaik dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Teruskan melangkah dengan keyakinan dan semangat juang tinggi. Semoga lebih banyak kejayaan menanti di pentas-pentas seterusnya.
#MalaysiaMADANI
#KitaSemuaTeamMAS
Mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menyaksikan perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 bersama-sama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa.
Saya turut berkesempatan beramah mesra dengan tetamu diraja yang berangkat menyaksikan perlumbaan hari ini, antaranya Sultan Brunei, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muβizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar βAli Saifuddien Saβadul Khairi Waddien, serta tetamu kehormat yang lain.
Saya menjunjung kasih atas kepimpinan dan kebijaksanaan Tuanku Agong serta hubungan akrab baginda dengan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa, yang memungkinkan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026.
Pemilihan ini mencerminkan kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara kita sebagai rakan yang dihormati dan diyakini di persada dunia.
Semoga kerjasama ini terus memperkukuh persahabatan Malaysia dan Bahrain, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih luas yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Daulat Tuanku!
π²πΎπ€π§π
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
#F1
Bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, menyampaikan trofi kepada para pelumba dan pasukan yang mengungguli Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang.
Tahniah kepada Max Verstappen, Kimi Antonelli dan Lewis Hamilton serta pasukan Red Bull Racing atas kejayaan yang diraih dalam perlumbaan yang penuh debaran dan persaingan sengit.
Terima kasih kepada seluruh pelumba dan pasukan atas aksi hebat yang disajikan buat peminat dari seluruh dunia, sekali gus menjadikan perlumbaan di Sepang kali ini kenangan yang cukup bermakna.
π²πΎπ§ππ
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#F1
Kredit: Bernama, EPA
Selamat maju jaya buat skuad Harimau Malaya dalam perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Vietnam.
Berjuang dengan penuh semangat dan berikan yang terbaik demi lencana di dada. Rakyat Malaysia bersama kalian. π²πΎπ―
Semoga perlawanan ini tidak perlukan bantuan masa tambahan yang terlalu panjang. π
#YakinMADANI
#HarimauMalaya
Kredit: FB Malaysia National Football Team
Saya merakamkan penghargaan kepada Bahrain atas kepercayaan kepada Malaysia dan Litar Antarabangsa Sepang untuk menjayakan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026, sekali gus mempererat persahabatan kedua-dua negara.
Kerjasama erat Sepang International Circuit (SIC) dan Bahrain International Circuit (BIC), disertai komitmen seluruh pasukan penganjur, telah memungkinkan perlumbaan ini berlangsung dengan jayanya.
Salut kepada semua yang bertungkus-lumus, daripada pemandu bas, anggota keselamatan dan sukarelawan hingga peniaga serta petugas kebersihan, kerana di sebalik kemeriahan ini ada keringat dan kesungguhan mereka yang wajar kita hargai.
Terima kasih kepada peminat F1 dari seluruh dunia yang hadir, dan terutamanya rakyat Malaysia yang memeriahkan perlumbaan serta menyambut para tetamu dengan penuh kemesraan dan budi bahasa. Kalian telah memperlihatkan wajah Malaysia yang mesra, terbuka dan kaya dengan semangat muhibah.
Semoga kita ketemu lagi di Sepang. Insya-Allah!
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#F1
Dalam dunia yang dipengaruhi teknologi, geopolitik dan ekonomi, kuasa perlu sentiasa dipandu oleh prinsip, dibatasi oleh institusi dan digunakan demi kepentingan rakyat.
Krisis Kewangan Asia 1997 mengajar kita bahawa apabila sistem gagal, rakyat yang paling terkesan. Hari ini, cabarannya berubah daripada kecerdasan buatan dan gangguan rantaian bekalan kepada persaingan kuasa besar.
Malaysia akan terus berhubung dengan semua pihak, mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara selain terus memperkukuh institusi, tatakelola dan integriti.
Itu antara intipati ucaptama saya di Khazanah Megatrends Forum 2026 dan harapan saya agar kita bersama-sama terus membina Malaysia yang lebih kukuh, adil dan berdaya tahan, serta memberi masa depan yang lebih baik kepada rakyat dan generasi akan datang.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#EkonomiMADANI
Today, on the sidelines of the Khazanah Megatrends Forum 2026, I discussed the current global state of play with distinguished figures from the worlds of technology and academia.
With Dato' Fong Swee Kiang, a Bukit Mertajam native, and a leading player in the semiconductor industry, we were on the same page about the need for Malaysia to move beyond traditional manufacturing and strengthen our capabilities in high-end technology, particularly AI super-cycle.
I also had a stimulating exchange with Professor Charles O'Reilly and Professor Stephen Kotkin. We examined transformative change, and the imperative for institutions to move up their technological value chain. Our broader conversation also considered the evolving geopolitical and economic landscape, including great power rivalry, and what these shifts mean for Malaysia.
I stressed that technological advancement and economic progress must go hand in hand with good governance and strong institutions. There can be no compromise in our fight against corruption and abuse of power.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-83, saya tegaskan bahawa amalan tatakelola yang baik perlu terus dipertahankan dan sebarang bentuk pencerobohan tanah tanpa kebenaran tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menjejaskan perancangan negara serta kepentingan rakyat.
Justeru, aspek penguatkuasaan perlu terus diperkukuh, manakala sebarang isu berkaitan yang dibangkitkan oleh pihak berkepentingan, termasuk badan bukan kerajaan (NGO), perlu ditangani dengan segera agar maklumat yang tepat dan telus dapat disampaikan secara menyeluruh dan berkesan.
Tatkala kita mendepani kesan perubahan iklim, urus tadbir tanah tidak boleh lagi hanya tertumpu kepada keuntungan ekonomi atau pembangunan fizikal semata-mata.
Pengurusan tanah mesti dilaksanakan secara berhemah dan terancang bagi meminimumkan risiko terhadap kelestarian alam sekitar. Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap inisiatif pengurusan tanah dilaksanakan secara bertanggungjawab demi manfaat rakyat terbanyak.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Syabas dan tahniah kepada Harimau Malaya atas kejayaan menewaskan Vietnam, sekali gus meraih tempat ketiga serta menamatkan saingan FIFA ASEAN Cup tanpa kalah dan tanpa bolos!
Terima kasih kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan atas kesungguhan dan semangat juang demi lencana di dada.
Terus melangkah, terus berjuang dan harumkan nama negara! π²πΎβ½π₯
Nota kaki: Tiada cuti umum ya, termasuk buat warga luar yang bekerja di Malaysia. Esok kerja seperti biasa. π
#YakinMADANI
#HarimauMalaya
Kredit: FB Malaysia National Football Team
π²πΎ ππππππππ πππππππ πππππ πππππ ππππ πππππ-ππππππ ππππ ππππππ ππ ππππππ!
Tahniah diucapkan kepada kontinjen Malaysia yang berjaya menamatkan saingan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di kedudukan ke-11 dengan kutipan 32 pingat keseluruhan.
π₯ 9 emas
π₯ 7 perak
π₯ 16 gangsa
Pencapaian ini dilakar hasil semangat juang, disiplin, ketekunan dan pengorbanan para atlet yang membawa nama Malaysia ke pentas Asia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh kontinjen Malaysia, termasuk para atlet, jurulatih, pegawai dan semua pihak yang memberikan sokongan sepanjang temasya berlangsung.
Terima kasih, wira dan wirawati negara. Anda semua kebanggaan Malaysia!
#JabatanPerdanaMenteri
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
@MalaysiaPMO@shamsulazribakr
πππππππ ππππππ ππππ ππππ | πππππππ, ππππ
IPOH, 4 Oktober 2026 β Program MADANI Kita 2026 menyantuni komuniti Buntong melalui interaksi secara langsung, mendengar aspirasi rakyat dan mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus bersama rakyat membina komuniti yang sejahtera, inklusif dan berdaya tahan.
#JabatanPerdanaMenteri
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
@MalaysiaPMO@shamsulazribakr
Sempat mengadakan tinjauan di G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang yang menempatkan sebahagian besar pemegang tiket MADANI, sambil menyantuni peminat Formula 1 (F1) yang hadir.
Meriah suasana di sini, dengan pemandangan litar yang menarik serta Karnival Litar Rasa MADANI yang menghimpunkan kira-kira 40 peniaga tempatan menawarkan pelbagai makanan dan minuman, termasuk snek dan makanan ringan.
Sambil menikmati perlumbaan di litar, bolehlah menjamu selera dan menyokong peniaga kita!
Penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua agensi yang terlibat dalam menjayakan karnival ini, sekali gus memastikan kemeriahan F1 turut membawa limpahan rezeki buat peniaga tempatan.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#EkonomiMADANI
#F1
Berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali, sebelum perlumbaan bermula di Litar Antarabangsa Sepang.
Kami membincangkan prospek mengembalikan Grand Prix Malaysia dalam kalendar Formula 1 secara tetap, sekali gus menyambut hasrat peminat yang sekian lama menantikan kepulangannya ke Sepang.
Namun, usaha ini memerlukan masa kerana penyusunan kalendar perlumbaan perlu mengambil kira jadual yang padat serta komitmen kontrak dengan negara penganjur sedia ada.
Insya-Allah, perkara ini akan dibincangkan bersama Jemaah Menteri bagi meneliti ruang dan hala tuju yang bersesuaian, dengan mengambil kira kemampuan negara serta manfaatnya kepada ekonomi dan rakyat.
π²πΎπποΈ
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#F1
Saya kemudiannya menghadiri Majlis Makan Malam sempena Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia yang dihoskan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa.
Turut berkesempatan beramah mesra dengan Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1 Stefano Domenicali, Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Zak Brown, Prinsipal Pasukan Cadillac Marcin Budkowski serta pelumbanya Valtteri Bottas dan tetamu lain.
Selamat maju jaya kepada semua pasukan dan pelumba untuk perlumbaan esok, semoga ia berjalan lancar serta menyajikan aksi yang mengesankan buat peminat dari seluruh dunia.
πποΈπποΈ
π²πΎπ€π§π
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#F1
Berkesempatan mengunjungi pit pasukan Mercedes-AMG PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang petang tadi.
Saya diberi taklimat mengenai operasi pasukan serta beramah mesra dengan Prinsipal Pasukan, Toto Wolff dan anak-anak Malaysia yang turut menyumbang kepakaran dalam pasukan ini.
Beraksi di Litar Antarabangsa Sepang tentunya membawa makna istimewa buat Mercedes-AMG PETRONAS, justeru saya ucapkan selamat maju jaya kepada barisan pelumba dan seluruh krew pasukan untuk perlumbaan esok.
ποΈποΈποΈ
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#F1
Kredit Foto: Richard Pardon/Mercedes-AMG Petronas
Saya amat berdukacita menerima berita pemergian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditemui meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.
Takziah kepada keluarga dan waris Allahyarhamah, moga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.
Saya telah meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta apa yang sebenarnya berlaku. Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang.
Keselamatan anak-anak kita adalah tanggungjawab bersama. Kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.
Al-Fatihah.
πππππππ ππππππ ππππ ππππ πππππππ ππππππππ πππππππ, ππππ
IPOH, 4 Oktober 2026 β Program MADANI Kita (PMK) 2026 bersama komuniti Buntong, Ipoh berlangsung hari ini di Dewan Orang Rama, Kampung Tersusun Jalan Sungai Pari, sebagai wadah memperkukuh hubungan dan interaksi secara langsung antara kerajaan dengan masyarakat setempat.
Pelbagai pengisian disediakan bagi mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, antaranya tinjauan mesra ke reruai agensi kerajaan, penyampaian Cek Cura Sumbangan Khas YAB Perdana Menteri sempena Program MADANI Kita, Sumbangan Kotak Rahmah MADANI serta hadiah kepada para pemenang pertandingan.
Berlangsung dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang, program ini turut menghimpunkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan untuk komuniti setempat, sekali gus mencerminkan pendekatan Kerajaan MADANI yang terus hadir, mendengar dan menyantuni rakyat di lapangan.
Kerajaan bersama rakyat, rakyat bersama MADANI.
#JabatanPerdanaMenteri
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
@malaysiapmo@shamsulazribakr
ππππππ ππππ, πππππ ππππππ ππππππ
SEREMBAN, 3 Oktober 2026 β Program MADANI Kita (PMK) 2026 di Kompleks Belia dan Sukan, Seremban, Negeri Sembilan, menghimpunkan komuniti dalam suasana kebersamaan, santunan dan kemakmuran bersama.
Terus mendekati rakyat.
Terus menyantuni komuniti.
Terus menggerakkan agenda MADANI.
Kerajaan bersama rakyat, rakyat bersama MADANI.
#JabatanPerdanaMenteri
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
@shamsulazribakr@MalaysiaPMO
ππππππ ππππ, πππππ ππππππ ππππππ
SHAH ALAM, 3 Oktober 2026 β Program MADANI Kita (PMK) 2026 bersama komuniti Kota Anggerik berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan kebersamaan di Dewan Melati, Seksyen 7, Shah Alam, hari ini.
Pelbagai pengisian disediakan, termasuk persembahan silang budaya, penyampaian cek cura kepada persatuan belia dan silat, persembahan silat serta sesi ramah mesra bersama penerima Bakul Rahmah.
Turut berlangsung sesi walkabout ke reruai perkhidmatan agensi Kerajaan, membuka ruang kepada masyarakat mendapatkan maklumat dan perkhidmatan secara terus.
Bukan sekadar hadir, tetapi mendengar, mendekati dan menyantuni.
Kerajaan bersama rakyat, rakyat bersama MADANI.
#JabatanPerdanaMenteri
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
@malaysiapmo@shamsulazribakr