@jasonyew Kenapa tak letak nama orang-orang macam ni tak boleh kita sorok daripada pengetahuan masyarakat. Biar masyarakat tahu makhluk makhluk celaka ini
@Solisidtor PMX bukan pengecut macam pemimpin korang. Dia pahlawan sejati, tidak pukul curi sembunyi tangan. InsyaAllah semoga Allah SWT sentiasa merahmati dia InsyaAllah Amminnn…
@harakakdailyHD Kurang Ajar punya Makhluk… Hancur Malaysia jika dpt pemimpin makhluk macam ni. Bintak jauh daripada bala ini ya Allah Amminnn Ya Mujib…
"Saya pernah hidup derita bertahun-tahun, kena terajang, kena telanjang, kena hina kerana difitnah... Masing-masing mahu bawa perubahan kebaikan tapi jangan menang kerana fitnah." - PM @anwaribrahim
Di sebalik tampuk kuasa, tersimpan sejarah kesengsaraan yang panjang. Hentikan rantaian kebencian ini; berpolitiklah dengan akal budi, bukan dengan membunuh karakter.
#PolitikMatang #TolakFitnah #MalaysiaMADANI #anwaribrahim #keadilanuntuksemua
REFORMIS & POPULIS
🟦 Bila dia buat Reformasi hilangkan monopoli Touch n Go & Puspakom, baik untuk Rakyat. Ada pilihan lain dan tambah murah pula. Tetapi Kroni Kapitalis mula membenci dia.
🟦 Bila dia buat reformasi pencen penjawat awam. Bukan melenyapkan terus pencen tetapi mengganti nya dengan KWSP, baik untuk kantung negara. Tetapi orang Kerajaan tak puas hati.
🟦 Bila dia tarik subsidi pukal dan buat subsidi tersasar, baik untuk fiskal negara. Rakyat marah, kalau boleh kita nak subsidi selamanya.
🟦 Bila dia nak buat 2 penggal Perdana Menteri, Asingkan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, orang politik marahkan dia dan cuba mencantas juga.
Semua benda yang dibuat punya satu persamaan.
Ia memberi manfaat jangka panjang kepada negara, tetapi kos politiknya dibayar hari ini.
Satu perkara yang wajib juga diketahui, dia berjaya buat semua ini, tanpa menang pilihanraya dengan majoriti mudah atau 2/3 di Parlimen.
***********
Dalam podcast JPO saya pernah suarakan seorang Reformis kena bersedia untuk berkhidmat sepenggal sahaja. Kerana Reformasi2 yang hendak dibuat ini tidak popular, bukan untuk kita senang sekarang. Tetapi untuk negara dan anak2 kita di masa depan.
Makanya, bila dia berjaya buat semua ini, yang PM terdahulu susah nak commit, dia nescaya takkan dapat kredit.
Politikus lain takkan memuji. Rakyat pun tak paham apa impaknya pada mereka.
Yang kita tahu, itu kerja PM lah.
Siapa suruh nak jadi PM?
Nak reformasi sgt, sekarang hadap la.
**************
Dia pulak cuba jadi Reformis yang populis. Dia turunkan harga petrol subsidi ke RM1.99, tiada yang benar2 kisah.
♦️Yang Melayu marahkan dia isu lambakan kuil dan ladang khinzir. Bila dia cuba menjaga sensitiviti Melayu Islam, Bukan Melayu akan kata dia serupa Taliban.
♦️Yang Bukan Islam marah dia nak batalkan konsert tengah bandar, kata mereka “ini hak kita”. Bila dia benarkan, Melayu pula maki dia kata Liberal.
Politik jongkang jungkit ini yang semua PM kena hadap.
****************
Makanya kita mula lalui lagi saat ini.
Love & Hate dengan Perdana Menteri. Tambah di saat akhir penggal. Perasaan kita meluap2 nak mencantas.
Itu sebab di zaman digital dan cybertroopers. Susah mana2 PM nak bertahan lama. Kecuali anda control media berpuluh tahun jua.
Kita lihat sejarah:
Tun Abdullah- sepenggal
DS Najib- 2 penggal
Tun M- 22 bulan
TS Muhy- 18 bulan
DSIS- 13 bulan
DSAI ni sudah 44 bulan memerintah. Sikit lagi nak habis penggal. Tak tahu apa nasibnya penggal depan.
Kalau layak saya yang marhein ini berikan pandangan.
Just go back to the basic.
Be the reformist you are.
Deliver the promise.
Susah REFORMIS nak jadi POPULIS pada masa yang sama.
Tambah yang orang nampak. Sakau hanya di sana, di sini macam tertutup mata.
******************
Sebelum yang nak naik penggal depan, tak tahu insaf ke tidak, masukkanlah reformasi yang ada. Sekat pemusatan kuasa.
Kalau boleh, PMX buat reformasi politik sekarang.
Dengan gubal Akta Dana Politik & Akta Keharmonian Kaum. Ini sgt crucial. Supaya orang politik tak salah guna dana negara. Atau terlampau mainkan isu kaum dan agama.
Dah alang-alang semua parti membenci anda. Buatlah mana baik untuk negara. Kalau pun mereka cuba gagalkan, sejarah akan mencatit anda mencuba.
Saya rasa kalau pun memerintah sepenggal dan orang membenci anda, generasi masa depan akan berterima kasih jua.
Institusi yang baik melindungi negara walaupun pemimpinnya bertukar.
Contohnya, Mandela pemerintahannya sepenggal sahaja, tetapi sampai sekarang legasinya diketahui seluruh dunia.
Kalau sekiranya tiada rezeki dia untuk sambung penggal kedua, doakan siapapun penggantinya adalah the lesser evil pada negara.
Kalau tak sekali lagi, love and hate relationship kita wujud dengan Perdana Menteri baru. Dan akhirnya kita rasa haru biru.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
@liyana_marzuki 😭😭😭 semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan melindungi PM X. Sentiasa berdoa agar PM X diberi kesempatan lagi untuk menjaga dan memperbetulkan negara ini insya-Allah amin ya Mujib
Maaf, hari ini kita belum sempat bertemu. Insya-Allah, kita akan berjumpa nanti.
Terima kasih atas dukungan dan sokongan yang diberikan. Semoga Allah SWT mengurniakan kalian kesihatan yang baik serta mempermudah segala urusan.
EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari berkata dasar tersebut dibangunkan menerusi kajian lapangan menyeluruh melibatkan komuniti OKU, penjaga, pertubuhan bukan kerajaan, akademia dan agensi kerajaan.
Seterusnya..
https://t.co/iC1N4iDO1v
Nilai prestasi Pakatan Harapan dengan angka bukan emosi:
Gaji ditambah, kemiskinan dinoktah; pelaburan tertinggi dalam sejarah, KDNK terus naik. Tanpa peduli siapa kuasai negeri sejak 2023, bukan tunggu pilihanraya.
-PMX, Konvensyen Pakatan Harapan '26
@antiIsrael91@anwaribrahim@bernamadotcom Walaupun kurang majority tetapi dia berjaya membawa Malaysia setapak lebih ke hadapan insya-Allah PMX menerajui semula buat penggal yang kedua dan insya-Allah majority lebih banyak amin ya Rabbal alamin
Hari ini kita mengiktiraf jasa, pengorbanan dan dedikasi para guru yang menjadi tunjang pembinaan anak bangsa serta mencorakkan akhlak, nilai dan ketamadunan negara kita.
Saya sendiri pernah melalui pengalaman sebagai tenaga pengajar ketika menubuhkan Yayasan Anda Akademik pada awal 1970-an. Ketika itu, saya melihat ramai anak muda daripada keluarga susah dan tercicir daripada pendidikan, datang dengan kegelisahan tentang masa depan mereka. Pengalaman itu mengajar saya bahawa tugas seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membina keyakinan, mengangkat maruah insan dan menanam harapan serta cita-cita dalam kehidupan.
Tatkala cabaran dunia menjadi semakin kompleks, peranan guru semakin genting dalam membentuk generasi yang memiliki kekuatan akhlak dan jiwa untuk mewarnai ilmu dengan nilai kemanusiaan serta kebijaksanaan, selaras dengan citra MADANI. Tanpa nilai dan adab, pembangunan hanya akan melahirkan kemajuan yang kehilangan arah.
Moga seluruh warga pendidik terus dikurniakan kekuatan, kecekalan dan iltizam dalam mendidik anak bangsa demi Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan mampan.
Selamat Hari Guru — Guru Bitara Nadi Negara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI