Sebab tu bila nak bagi sedekah, sumbangan cari yang paling terhampir dengan kita, dahulukan keluarga, jiran terdekat dan rakyat negara sendiri dulu, sebelum ke tempat lain.
Insya Allah sampai dan tepat pada yang memerlukan.
Hidup kena banyakkan bersyukur 🤲
Kurangkan merungut dan mengeluh.
Insya Allah, dengan positifnya kita memandang sesuatu perkara
Maka baiklah apa yang bakal kita dapat nanti.
Lepas ni dah boleh pertimbang untuk ambik extra cuti selepas balik beraya, sebab kalau sehari ja cuti dan esok terus kerja memang banyak yang lesu sebab menghadap jem yang sangat lama.
“Puasa adalah alat yang utama untuk memerdekakan jiwa daripada kebiasaannya setiap hari, yang kelak menjadi tangga untuk melawan kebiasaan-kebiasaan yang besar…”
— Buya Hamka,
Dari Lembah Cita-Cita.
If you are Israel & you kill 23,000 Palestinians in 3 months, the US will fund you, provide you diplomatic cover & unconditional military aid.
If you are Yemen & kill 0 people & block a shipping route to try to stop this mass murder, the US will drop 100 bombs on you.
Unreal.
TERKINI
ALHAMDULILLAH
KEPUTUSAN ICJ MEMIHAK PALESTIN
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) menolak permohonan Israel untuk menolak kes pembunuhan beramai ramai di Gaza yang difailkan oleh Afrika Selatan
Pihak ICJ juga menyatakan bahawa tindakan Israel yang membuat sekatan air, elektrik, bahan api dan makanan serta kepungan penuh di Gaza sangat tidak adil
Semua syarat menepati kehendak untuk keputusan melaksanakan semua tindakan provisional (Tindakan itu ialah menangguhkan semua operasi Israel di Gaza, IDF tidak akan meningkatkan operasi ketenteraan di Gaza, Israel membenarkan kemasukan air, makanan dan bahan api dan bahan sanitasi dengan kuantiti sepatutnya di Gaza, Israel tidak akan memusnahkan bukti bukti berkaitan tuduhan pembunuhan beramai ramai Israel oleh Afrika Selatan dan tidak menghalang mana mana organisasi antarabangsa untuk akses ke Gaza untuk membantu melindungi bukti bukti itu)
ICJ juga mengarahkan Israel mengambil tindakan sepatutnya berdasarkan Konvensyen Geneva berkaitan Pembunuhan Beramai-ramai
Orang yang menderita di alam ini amatlah banyak. Tetapi yang lebih sengsara ialah orang-orang yang berdukacita tetapi sabar. Yang peri kehidupannya, walau bagaimana pahit dan sakitnya, harus dikuburkan saja di dalam perbendaharaan sukmanya, lalu dikunci pintunya.
~ Margaretta ~
Perempuan itu telah bersemayam di dalam hati sanubariku, sebagaimana bersemayamnya jiwa di dalam tubuh. Hanya maut yang memisahkan, ataupun anakanda sengsara seumpama sengsaranya bumi yang subur ditinggalkan oleh air hujan.
~ Margaretta Gauthier ~
- Hamka -
1. Persatuan Malaysia yang ramai Muslim ANJURKAN parti kelab malam. Patut ke ditegur? Patut. Nak dengar atau tak, terpulang. Sebab memang bukan budaya kita kot.
2. Kalau yang anjurkan parti itu masyarakat sana, tak apalah sebab budaya mereka. Kalau mereka jemput pun, kita boleh tolak. Mungkin mereka tak ada kesedaran tentang budaya & ajaran agama kita.
Yang ini mungkin kita tak perlulah buat teruk sangat kalau dijemput pun.
3. Dia tegur tak sensitif sebab dahlah hang (terutamanya Muslim) anjurkan, lepas itu hang jemput Muslim pula.
4. Teguran ini tak mengundang ancaman kot (harmless). Tang mana boleh timbulkan pertelagahan agama.
Tegur macam ini pun kena label terpaling agama/terpaling Islam. Tak perlu agama pun tahu dah arak itu memudaratkan.
KEMASKINI
KENYATAAN PENUH JURUCAKAP BRIGED AL QASSAM, ABU UBAIDA 17 NOVEMBER 2023
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
42 Hari sejak permulaan Pertempuran Tufan Al Aqsa yang bermula pada 7 Oktober 2023. Para pejuang kami meneruskan operasi bertahan dan Konfrontasi ke atas pasukan IDF yang cuba menjajah Gaza dari beberapa kawasan dan meneruskan pencerobohan mereka di Barat Beit Lahia dan Beit Hanoun, Utara Gaza
DALAM 4 HARI TERAKHIR. PARA PEJUANG KAMI MEMUSNAHKAN ATAU MEROSAKKAN 62 KENDERAAN IDF MENYEBABKAN IA TIDAK DAPAT DIGUNAKAN. IA TERMASUK MERKAVA, KENDERAAN PERISAI DAN JENTOLAK. MEREKA DISERANG DENGAN MISIL ANTI KERETA KEBAL AL YASSIN 105, BAHAN LETUPAN SHUATH DAN PERANTI AKSI GERILA
Para pejuang kami turut menyasarkan kumpulan atau individu dari Pasukan Infantri Musuh atau musuh yang sedang berkubu di dalam bangunan dengan bahan letupan, senjata sederhana dan Rifel Penembak Hendap(Sniper Rifle)
Pejuang kami melancarkan 2 operasi berbeza 3 hari lalu MEMBUNUH 9 ORANG TENTERA ZIONIS. Pejuang kami turut MEMUSNAHKAN 2 KENDERAAN MUSUH DI BEIT LAHIA PAGI SEMALAM
SEMALAM. PARA PEJUANG KAMI TURUT MEMUSNAHKAN SEBUAH APARTMEN YANG DIGUNAKAN PASUKAN KHAS MUSUH UNTUK BERLINDUNG DI BEIT HANOUN DENGAN DISASARKAN OLEH MISIL ANTI KUBU DAN ANTI INFANTRI MEMBUNUH ATAU MENCEDERAKAN SEMUA YANG BERLINDUNG DI DALAMNYA
Pasukan Artileri terus mengebom musuh di kawasan yang mereka masuk dan sekitar Gaza dengan mortar dan misil jarak pendek Rajoom.
Pasukan Artileri menyasarkan lokasi di bandar yang dijajah terutama Tel Aviv dan Ashkelon dengan roket
Sementara kami sibuk menghadapi pencerobohan dan memberikan kerugian besar kepada nyawa tentera penjajah, pegawai dan kenderaan. Musuh melakukan jenayah dengan membunuh orang awam termasuk kanak kanak, wanita, dan warga emas di dalam rumah atau tempat perlindungan mereka
Musuh terus melanggar segala sekatan dan membuat jenayah perang. Termasuk menyerbu Hospital, pusat perubatan dan institusi orang awam demi mencari bukti untuk menyokong penipuan dan imaginasi mereka mengenai pusat pemerintahan kami di sana .
Askar musuh di bawah perlindungan kereta kebal, kereta perisai, skuadron pesawat tempur dan dron terus menyerang jenazah yang gugur, pesakit, org yang cedera, staf Perubatan, bayi pramatang dan orang awam yang kehilangan tempat tinggal
Pejuang kami terus mengejar musuh dan kenderaan mereka dari jalan ke jalan dan menyerang hendap mereka. Memberikan kesan yang membunuh kepada mereka dan memaksa mereka berundur dan sentiasa mengubah laluan pergerakan mereka
Kami sudah bersedia untuk pertahanan yang berterusan dan panjang di setiap arah. Setiap detik musuh berada di Gaza akan menyebabkan kerugian berterusan dengan Kuasa Allah SWT
Kami sudah mendokumenkan dan menunjukkan banyak operasi memusnahkan kenderaan musuh dan anggota mereka dan kami akan terus menunjukkan lebih lagi . InsyaAllah
Apa yang penjenayah korup Netanyahu dan pemimpin perangnya yang pengecut cari di Kompleks Perubatan Al Shifa dan Hospital di Gaza ialah mengarut. Mereka sedang mencari ilusi yang menunjukkan mereka tidak kompeten dan kesombongan yang dalam
Kereta Kebal Musuh Nazi ini yang memasuki kompleks perubatan menunjukkan kekuatan demi kawalan dan kuasa adalah bukti nyata kekalahan dan kegagalan mereka. Termasuk skandal ke atas seluruh sistem global yang kononnya mempertahankan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa
Kami menghormati rakyat kami yang mengangkat senjata di Tebing Barat dan Para Pejuang (Negara Islam dan Arab) yang menyertai Perang Tufan Al Aqsa dalam aksi yang semakin meningkat dan berterusan
PART AKHIR KAT BAWAH
Apa jadi kat Gaza semalam (waktu kita)?
1. Dua pegawai tinggi US bagitau NY Times Israel bertanggungjawab atas blackout di Gaza.
Mereka taknak dinamakan. Bagus. Keep sharing the truth!
Masa blackout tu, orang tak tahu apa-apa. Nak cari info tak dapat. Nak tahu Israel tengah bom kat mana pun tak boleh. Saya kongsi kisah Ahmed Yousef: "aku sangka putus bekalan elektrik dan air dah teruk rupanya teruk lagi bila putus hubungan."
Sebab apa teruk?
Bayangkan ramai tercedera. Nak pergi dapat bantuan tu dah risiko sebab keluar rumah waktu airstrike anytime jer.
Jadi bantuan tak sempat sampai.
Ashraf al-Qidra cakap ambulans jumpa ratusan orang - hidup dan syahid - di jalanan dan dibawah sisa runtuhan.
2. Aik? Ambulans? Minyak ada ka kat situ?
Ada. Tapi dah nak habis. Gaza tengah utamakan mana yang wajib. Dah utamakan yang wajib tu pun mereka utamakan terpaling wajib.
Dan ya, ada ambulans dah tak boleh refuel dah. Jadi pihak perubatan buat apa? Tambat flatbed kat keldai. Usung mangsa tercedera.
Keldai...
Keldai.
3. Details berkenaan ground operations sangat terhad. Asalnya beberapa sumber cakap Israel dah ambil kawasan sekitar Bayt Hanun dsb. Tapi banyak juga sumber menjelaskan the fight ain't over bahawasanya mereka belum ambil.
Saya amati sumber "belum ambil" tu lebih benar.
Yang diyakini sahih? Israel dah langgar Gaza, cuma mereka masih berselindung di sebalik definisi "serbuan bersasar".
Saya akan update kalau ada lagi. Korang boleh screenshot ni dan letak kat TikTok korang. Risau pula tengok isu ni makin turun hype.
This is the devastating reaction of Al Jazeera’s Wael Al-Dahdouh after learning his wife and two children were killed in Gaza. Israel says it was targeting terrorist infrastructure in the area. @pressfreedom says at least 24 journalists have been killed in Gaza since October 7.