https://t.co/bTrOcMEmXU
Apabila Timbalan MB Kelantan boleh kata “ini pekerjaan / sumber rezeki”, memang kita tepuk dahi.
Ini pengkalan HARAM. Laluan utama penyeludupan dadah, rokok, senjata, benda yang merosakkan anak muda Kelantan. Lepas tu nak dijadikan alasan rezeki halal? Apa logik macam ni?
Kalau kerajaan negeri pandai jaga ekonomi, rakyat tak perlu pun bergantung kepada aktiviti sempadan yang penuh risiko dan jenayah. Jangan salahkan operasi perobohan.
Nak simpati rakyat biarlah kena tempatnya. Jangan sampai nampak macam pertahankan pengkalan haram yang jadi pintu masuk pil kuda. Itu bukan “cari makan”, itu menggadai keselamatan negara dan maruah bangsa.
Penghargaan setingginya kepada kedua-dua Kerajaan Itali dan Sepanyol yang telah menghantar kapal perang tentera laut bagi melindungi konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini semakin menghampiri Semenanjung Gaza.
Semoga kekuatan dan kecekalan bersama kalian. Dunia mendukung terus!
KENYATAAN MEDIA
Malaysia Perlu Berhati-Hati Terhadap Deklarasi New York: Keadilan Harus Ditegakkan Secara Seimbang Berpandukan Undang-Undang Antarabangsa.
3 Ogos 2025 | Petaling Jaya
‘Deklarasi New York’ yang bawa oleh Perancis dan Saudi pada 30 Julai 2025 di PBB sekali lagi mengetengahkan cadangan pelaksanaan Two-State Solution (2SS) sebagai jalan penyelesaian konflik Israel-Palestin. Biro Antarabangsa Keadilan mengambil maklum isi deklarasi tersebut, termasuk syarat utama yang menetapkan agar “Hamas meletak senjata dan menyerahkan kuasa pentadbiran Gaza kepada Palestinian Authority (PA).”
Biro Antarabangsa Keadilan menyeru Malaysia agar kekal teguh dengan pendirian menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka, berdaulat dan diiktiraf sepenuhnya di peringkat antarabangsa, selaras dengan Resolusi PBB 242 (1967). Kami percaya bahawa penyelesaian sebenar kepada krisis ini hanya dapat dicapai sekiranya ‘Israel mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa dan menghentikan pendudukan haram di wilayah Palestin.’
Kami mengingatkan bahawa pelaksanaan 2SS telah berkali-kali gagal sebelum ini, bukan kerana penolakan dari rakyat Palestin, tetapi kerana keengganan Israel untuk tunduk kepada resolusi PBB dan prinsip asas keadilan antarabangsa. Maka, meletakkan syarat berat sebelah terhadap Hamas tanpa mengikat Israel kepada sebarang komitmen undang-undang adalah tindakan yang tidak seimbang dan tidak adil.
Biro Antarabangsa Keadilan juga menyeru agar sebarang peralihan kuasa atau pentadbiran di Gaza perlu dilaksanakan melalui ‘proses pilihan raya yang bebas dan adil di bawah pengawasan antarabangsa, bukan ditentukan oleh kuasa luar.’ Prinsip kedaulatan dan hak Self-Determination adalah hak mutlak rakyat Palestin, bukan negara lain.
Sehubungan itu, sebarang pendirian rasmi Malaysia terhadap Deklarasi New York harus mengambil kira:
1. Komitmen Malaysia terhadap undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia;
2. Keseimbangan antara keperluan diplomasi global dan sentimen rakyat Malaysia;
3. Memastikan semua pihak termasuk Israel untuk patuh dan dipertanggungjawabkan atas pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Justeru, jika terdapat klausa dalam deklarasi yang bercanggah dengan dasar luar Malaysia atau boleh menjejaskan prinsip keadilan, maka pilihan untuk berkecuali atau abstain atas mana-mana bahagian deklarasi tersebut wajar dipertimbangkan.
Biro Antarabangsa Keadilan bersama dengan pendirian negara untuk menyokong proses menghentikan krisis kemanusiaan dan proses damai, tetapi harus berasaskan kepada prinsip keadilan dan kepatuhan kepada undang-undang antarabangsa.
Dr Maszlee Malik
Pengerusi,
Biro Antarabangsa,
Parti Keadilan Rakyat
Solidarity protests with Palestinians erupt in several countries including Yemen, the UK, Australia, Canada and many others following the escalation between Israel and Palestine
BREAKING: Israel is dropping white phosphorus bombs on Gaza. Again.
White phosphorus, banned by international law, causes severe burns upon contact, even to eyes and skin.
When will the International Criminal Court issue arrest warrants against Israeli war criminals?
This is the face of a frightened, humiliated gangster who wants blood, will stop at nothing to avenge the humiliation.
To support Israel at this point is to fail the test of character.
This isn’t complicated: Freedom vs apartheid, justice vs brutality.