SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Setinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya Malaysia yang berkuat kuasa pada 8 Jun 2026.
#IamJKR#KitaJKR#JKRSynergy#JasaKepadaRakyat#TangkasBertindak
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Pengurusan Aset Tak Alih (JPPATA) Bil. 1 /2026
Tempat : Bilik Mesyuarat Bunga Raya, MYSA
Tarikh : 27 Februari 2026
Pengerusi : Ir. Dr. Ahmad Firdauz bin Abdul Mutalib
@IPJKR_Official@JkrMaria@MdDarus@IrDrAFirdauz@JKRCPAB@bppacpab
Objektif utama adalah memperluaskan pengetahuan berkenaan pengurusan aset dan fasiliti di JKR Malaysia dan mendapatkan pandangan untuk memperkukuhkan organisasi JKR Sarawak dalam bidang ase& fasiliti.
@IPJKR_Official@JkrMaria@bppacpab@csfbjkr@jkrsarawak#MalaysiaMADANI
Ir. Ts. Mohd Zamri bin Mohamud, 44 tahun, merupakan insan yang bertanggungjawab di peringkat lapangan dalam merancang, menyelaras, melaksanakan dan memantau kerja-kerja kejuruteraan serta penyenggaraan infrastruktur di Daerah Hulu Langat. Beliau memastikan setiap kemudahan awam berfungsi dengan baik dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Beliau mula bertugas sebagai Jurutera Daerah Hulu Langat pada Februari 2023 dan bertanggungjawab mentadbir keseluruhan operasi di JKR Daerah Hulu Langat merangkumi pengurusan projek, sumber manusia, kewangan, pengurusan kontrak & perolehan. Beliau juga merupakan nadi penting dalam penyelarasan operasi kontraktor & konsesi, di samping memastikan setiap aduan awam ditangani dengan berkesan.
Sepanjang menerajui JKR Daerah Hulu Langat, pelbagai kemudahan awam berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual khususnya projek fasiliti pendidikan seperti sekolah daif dan sekolah berkepadatan tinggi. Kredibiliti beliau dalam memimpin JKR Daerah Hulu Langat ke tahap yang lebih tinggi adalah bukti jelas keupayaan dan sinergi kebersamaan warga JKR Malaysia sentiasa menjadi teras utama dalam menterjemah penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Inilah semangat #IamJKR di mana nilai Integrity, Commitment & Excellence (ICE) serta budaya Innovation, Collaboration & Customer-centric (I2C) dizahirkan dalam setiap tugasan demi kepentingan rakyat dan negara.
Kami sentiasa berbangga menjadi sebahagian daripada JKR Malaysia.
#IamJKR adalah tentang kita semua. Apakah kenangan atau pengalaman anda yang membuatkan anda bangga dengan hasil kerja JKR?
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
#MalaysiaMADANI
Syukur dan setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada isteri tercinta, Dato Angelina Celestine Ujang, yang dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.) yang membawa gelaran Dato, di Kuching petang ini.
Penganugerahan ini disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Besar Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching.
Sesungguhnya, pengurniaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan kami sekeluarga, tetapi juga kepada saudara-mara serta seluruh masyarakat di Bahagian Kapit dan kalangan wanita terutama dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sentiasa memberikan sokongan dan doa.
Semoga penganugerahan ini menjadi penyuntik semangat untuk terus berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat serta negeri tercinta, Sarawak.
Sementara itu saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri Dato Sri @fadillahyusof_ yang dikurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A) yang membawa gelaran Datuk Amar.
Tahniah sekali lagi, Dato Angelina Celestine Ujang serta semua 42 penerima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang lain.
#SarawakkuSayang
3 Oktober 2025 | Lawatan Turun Padang PK CPAB ke Pembinaan Ruang Tambah, Pemasangan Landasan & Stesen Platform di UnikL MFI Bangi bg meninjau pelaksanaan projek rintis JKR berkaitan Certificate of Completion and Compliance (CCC).
@IPJKR_Official@JkrMaria#MalaysiaMADANI#IamJKR
3 Oktober 2025 | Libat Urus Pengarah Kanan CPAB Bersama JKR Daerah Hulu Langat bagi memahami pentadbiran dan pengurusan di JKR Daerah Hulu Langat serta pelaksanaan Sistem Pendaftaran & Pelupusan Rekod (SPPR)
@JkrMaria@IPJKR_Official#MalaysiaMADANI#IamJKR#KitaJKR#JKRsynergy
BENGKEL PELAPORAN TADBIR URUS PENGURUSAN ASET TAK ALIH KERAJAAN BILANGAN 1 TAHUN 2025
Tempat : Dewan Serbaguna Podium B, Menara KBS, Putrajaya
Tarikh : 2 September 2025 - 4 September 2025
Merafak sembah menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di atas limpah perkenan menerima mengadap YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya diiringi oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya bertempat di Shahzan House, Kuala Lumpur pada 3 September 2025 bersamaan 11 Rabiulawal 1447H.
Antara initipati pekenan mengadap adalah untuk menzahir beberapa status berkenaan pelaksanaan projek infrastruktur di negeri Pahang. Antara yang dipersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang adalah:-
i. Status pelaksanaan dan perancangan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU);
ii. Status pelaksanaan projek yang sedang dalam pelaksanaan oleh JKR;
iii. Projek Pembangunan Baharu Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-13.
Cakna dan kewibawaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan berkenaan isu-isu fasiliti kemudahan awam dan infrastruktur rakyat amatlah dikagumi.
Pertemuan yang begitu berharga ke atas Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan amatlah bermakna buat JKR, apatah lagi YB Menteri Kerja Raya dan YBhg Datuk Wira Ketua Pengarah Kerja Raya dapat menekuni setiap hemat nasihat dan mutiara hikmah Baginda yang diketahui umum seorang yang sangat prihatin dan dekat dengan isu rakyat, bertepatan dengan motto JKR “Jasa Kepada Rakyat”. Syukur kehadrat Illahi, banyak perkara berkaitan kebajikan dan kesejahteraan rakyat juga disentuh dan dibincangkan bersama. Benarlah ungkapan “Raja dan Rakyat berpisah tiada”.
Sesungguhnya, JKR Malaysia menjunjung kasih atas limpah pekenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang untuk menerima mengadap deligasi Kementerian Kerja Raya dan JKR Malaysia dan penghormatan yang diberikan. Semoga Kebawah Duli Tuanku dikurniakan keberkatan usia, sihat walafiat, serta sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT.
MENJUNJUNG KASIH TUANKU
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
3/9/2025: Majlis Perjumpaan Pengurusan CKM Bersama Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional KADER (Mekanikal) JKR Malaysia Tahun 2025 dihadiri oleh 27 pegawai mekanikal IP dan 55 P&P KADER Mekanikal dari pelbagai Kementerian dan Agensi seluruh Malaysia #iamJKR
Secara kebetulan ketemu ketua pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un yang turut hadir menyaksikan perarakan di Dataran Tian’anmen. Sempat salam dan tegur sapa.
#MalaysiaMADANI#MADANIbekerja#RancakkanMADANI
03 September 2025 | Kami ADA. Team Road Gang kami RONDA. Kerja-kerja pembersihan saluran air (scupper drain) di B22 Jalan Batu Caves Bypass dilaksanakan bertujuan untuk memastikan kelancaran sistem saliran.
@moworksmy@IPJKR_Official@JKRSelangor@Irshukriishak
Kerja-kerja pembersihan bahu jalan dan mencantas dahan pokok dilaksanakan secara jabatan di sepanjang Jalan Batu Arang (707). - Teruskan khidmat untuk keselamatan pengguna jalanraya
@RoslanisE@TKPKR_Infra@IPJKR_Official
Lawatan Kerja Pengarah Kanan CKM @suhailimansor ke tapak Projek Pembinaan Kemudahan Infrastruktur di Pusat Latihan RELA Wilayah Timur K. Berang,Trg. Turut hadir brsama wakil CKM IPJKR, JKR Hulu Trg, Kontraktor Utama & NSC Mekanikal
@HasliJKR@Ir_faDZli@JKR_CKM@JKRTerengganu
KUANTAN,01.09.2025-Turun padang bersama Datuk Wira KPKR.Projek naik taraf Jln FT003 Jabor-Jerangau ke Sg. Ular amat penting sebagai nadi ke Pelabuhan Kuantan.
Kontraktor & perunding digesa tingkatkan prestasi.Projek ini diminta siap ikut jadual - demi rakyat & kemajuan negara.
Seterusnya, saya dan pasukan JKR Malaysia mengadakan tinjauan ke tapak Projek Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Markas Angkatan Bersama (MK AB) di Sungai Pancing, Kuantan.
Projek ini dilaksanakan untuk kementerian pelanggan - Kementerian Pertahanan di bawah seliaan Pasukan Projek Khas 1, JKR Malaysia dengan kos semasa berjumlah RM197.98 juta dan tempoh kontrak selama 232 minggu.
Projek yang dimulakan pada 27 Ogos 2021 ini pada asalnya dijadualkan siap pada 23 Januari 2025, namun kini dilanjutkan sehingga 17 Julai 2026 bagi memastikan semua skop kerja dapat disiapkan dengan sempurna. Berdasarkan laporan kemajuan sehingga 31 Ogos 2025, status kerja sebenar mencatatkan kemajuan 50.10%, sedikit mendahului jadual iaitu 50.05%
Projek ini merangkumi pelbagai jenis kediaman termasuk banglo, rumah berkembar, serta blok apartmen pelbagai kelas dengan jumlah keseluruhan lebih 280 unit kediaman.
Kemudahan sokongan turut dibangunkan seperti padang bola, taman permainan, taska, rumah bakat, tadika, pencawang TNB, menara tangki air, sistem kumbahan moden, serta kemudahan parkir yang mencukupi.
#KKR
#MYJalan
#KamiDiSini
#MadaniBekerja
#MalaysiaMadani
Mesyuarat Jawatakuasa Pentauliahan Program Pensijilan Pengurus Projek Bertauliah JKR (Competency Based Assessment System, CBAS) bagi Tahun 2025 Bil.1/2025
Tarikh : 28 Ogos 2025
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari
@JkrMaria#MalaysiaMADANI#IamJKR#KitaJKR#JKRSynergy