Over time, the Sanskrit Bhujanga (serpent) was localized into the Malay word Bujang (which means "bachelor"). Scholars suggest this reflects the historical presence of early "bachelor scholars" (monks) who pursued spiritual studies in the region. https://t.co/jscPNeVdCh
رجل مهاجر ومشرد يقترب من بائع تاكو في الاكوادور ويمد له يده لكن البائع رفض اخذ المبلغ وحضر له الاكل واعطاه، واكتشف ان الرجل كان بحاجة الى حضن اكثر من الطعام
A mentally challenged man attended a wedding ceremony uninvited in Assam.
He quietly joined the guests for food, and nobody questioned him.
Before leaving, he took out ₹10 from his torn pocket and placed it in the bride’s hand as shagun 🥹❤️
Masyarakat sekarang, demi generasi akan datang, GenZ, GenAlpha, GenBeta, memerlukan pilihan. Kita mahu memilih yang baik, bukannya memilih secara terpaksa dari kalangan yang kita tak suka, dipaksa memilih 𝘵𝘩𝘦 𝘣𝘦𝘴𝘵 𝘢𝘮𝘰𝘯𝘨 𝘵𝘩𝘦 𝘣𝘢𝘥.
Kami tahu tidak ada jaminan kami berjaya. Mungkin kami hilang deposit semua kerusi dan ditertawakan. Mungkin kami bersara dari politik sebagai orang-orang yang gagal.
Tetapi negara dan generasi muda memerlukan lonjakan visi ini.
Setiap generasi sebelum kita, bila ada orang yang bercita-cita luar biasa untuk melonjakkan masyarakat, saya pasti mereka ditertawakan.
Bila kumpulan pemikir yang mengimpikan kemerdekaan, seperti Zaaba bercita-cita melihat sebuah masyarakat merdeka, saya pasti ada yang kata dia nyet nyet nyet masa itu.
Bila Dato’ Onn berani mengambil langkah mewujudkan parti berbilang bangsa sebab beliau yakin masa depan Malaysia ditentukan bersama oleh orang Melayu, Cina dan India, perkara itu hanya berlaku 60 tahun kemudian.
Tetapi lonjakan idea yang mereka bawa yang mendahului zaman mereka, memungkinkan kita berada di sini hari ini.
Sebab Malaysia memerlukan lonjakan idea yang besar untuk kita kekal makmur.
Konteksnya begini:
Secara rasmi, campur tangan British bermula di Tanah Melayu melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Dalam tempoh 70 tahun, orang Melayu, Cina dan India sudah melonjak jauh hingga berjuang mencapai kemerdekaan khususnya bermula 1940an.
Dari tak de sekolah, tak de sistem ekonomi, kepada mahu merdeka dalam tempoh 70 tahun.
Tahun depan, kita akan merayakan ulang tahun ke-70 kemerdekaan. Kita masih bergaduh perkara yang sama, bercakap perkara yang sama, malah masih dipimpin oleh orang-orang yang berumur 70 tahun ke atas, yang idea mereka dibangunkan dalam tahun 1970an dan 1980an.
Jadi kalau pun ia kamikaze, bagi kami ia kamikaze yang berbaloi.
Oleh kerana kami tahu ia kamikaze, ia bukan mengenai menang pilihanraya atau menjadi menteri, kami tahu platform itu mestilah platform yang baru dan menampilkan semua idea dan wawasan ini tanpa kompromi.
Ia tidak boleh dari kalangan parti-parti sedia ada, yang ada percaturan politik masing-masing dan sudah diwarnai oleh pandangan rakyat mengenai mereka.
Kami juga tahu bahawa mendaftarkan parti baru tidak akan diluluskan. Jadi yang kami buat sejak setahun lalu adalah begini:
Kami daftarkan beberapa parti baru sebagai 𝘥𝘦𝘤𝘰𝘺, supaya yang berkuasa di Putrajaya gelakkan kami kerana mereka ingat langkah kami tidak akan ke mana kerana mereka tidak luluskan.
Pada masa yang sama, kami teliti parti-parti kecil yang sedia ada dan mula berbincang jika ada kesepadanan niat dan idea.
Alhamdulillah, saya sangat-sangat berterima kasih kepada Mr Tan, salah seorang pengasas dan mantan presiden Parti Bersama Malaysia yang faham dengan niat kami dan benar-benar menyokong hasrat kami.
Saya pun ingat ini semua ketentuan Allah.
Hasrat kami ialah menawarkan satu platform politik kepada rakyat yang berfikiran seperti kami, yang yakin bahawa kuasa politik itu adalah milik rakyat, bukan milik ahli politik.
Ditakdirkan Parti Bersama Malaysia juga ditubuhkan oleh rakyat biasa yang tidak begitu dikenali di pentas politik nasional, maka sesuailah platform kami selepas ini ialah sebuah parti yang ditubuhkan oleh rakyat biasa.
Kita juga mahu menghidupkan budaya politik muhibbah yang menghargai setiap rakyat Malaysia dan mahu membina masa depan generasi baru secara bersama. Yang tua bersama yang muda, yang Melayu dengan yang bukan Melayu, yang kaya bersama yang miskin, maka kami sangat gembira kerana kami tidak perlu menukar nama parti yang telah wujud sejak 2016 lagi.
Saya sangat-sangat menghargai keikhlasan Mr Tan dan barisan kepimpinan BERSAMA yang memungkinkan perkara ini berlaku. Saya mohon kita sama-sama memberi tepukan gemuruh kepada Mr Tan dan barisan kepimpinan BERSAMA yang telah menyerahkan amanah menjaga dan menghidupkan parti ini kepada kami.
Insya Allah, di mana-mana yang kami rasakan ada keperluan, BERSAMA akan menawarkan diri untuk bertanding dalam siri pilihanraya yang akan datang, tidak kira kerusi itu sekarang kerusi PKR, DAP, AMANAH, UMNO, PAS, BERSATU – kami akan menawarkan calon yang baik dari generasi baru, sekiranya kami menilai ada keperluan dan peluang.
Bermula dari saat ini, BERSAMA menjemput orang ramai yang hadir, semua yang menonton dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk mendaftar menjadi ahli BERSAMA
Akibatnya, budaya politik yang dibentuk ialah budaya mempertahankan status quo. Masing-masing berceramah hentam parti saingan dengan penyokong di bawah, tetapi di dalam bilik mesyuarat jadi BFF.
Sebab mereka tahu, apa pun keputusan pilihanraya, mereka boleh jual alasan kita tidak ada pilihan kecuali bentuk kerajaan ini, kalau tidak si polan itu si polan ini tidak boleh jadi Perdana Menteri.
Strategi pilihanraya parti-parti besar yang ada, baik PH, BN atau PN ialah bergaduh di luar dan bercium mulut di dalam. Ini namanya strategi politik kekasih gelap. Masa isteri tak tahu tak pe lagi, kalau isteri dah tahu takkan la yang isteri nak redha saja dengan strategi kekasih gelap macam ni?
Dan semua dah ada pengalaman bertukar kekasih gelap.
PAS pernah ada kekasih gelap DAP. BERSATU pernah ada kekasih gelap DAP. UMNO pernah ada kekasih gelap DAP. PKR memang bercumbu dengan semua orang, tak sembunyi-sembunyi dah.
Kita mengundi macam mana pun, kebarangkaliannya masalah-masalah besar yang berangkai, yang Sum Dek Joe bentangkan tadi, tidak ada penyelesaian tuntas sebab keutamaan ialah 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘢𝘭𝘭𝘪𝘢𝘯𝘤𝘦, bukan 𝘴𝘰𝘭𝘶𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴.
Akhirnya, rakyat biasa macam kita dihidangkan dengan pilihan juadah yang semuanya tidak menyelerakan. Kita makan bukan sebab kita suka, tapi sebab yang itu je ada. Kalau tak makan, nanti lapar.
Pilihan kepada orang bukan Melayu lebih terhad. Walaupun propaganda perkauman selalu sebut yang negeri ini negeri Melayu seolah-olah orang bukan Melayu tidak ada tempat di negara ini, hakikatnya orang bukan Melayu dan Bumiputra bukan Islam melebihi 33% dari penduduk negara ini.
Negara kita tidak boleh berfungsi baik jika satu pertiga rakyatnya diketepikan. Potensi negara kita musnah kalau satu pertiga rakyatnya dilayan dengan tidak baik dan tidak adil.
Lebih teruk lagi, bagi orang bukan Melayu, persaingan politik yang ditawarkan kepada mereka terlalu terikat kepada sejarah lampau. Persaingan DAP dan MCA ini seperti persaingan UMNO dan PAS dari dulu-dulu.
DAP menyertai Barisan Alternatif tahun 1999 dan sejak itu kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu dituntut DAP. Hasrat pengundi bukan Melayu untuk melihat kerajaan yang lebih majmuk diterjemahkan kepada undi tidak berbelah bagi kepada DAP dan PH sejak 2008, yang akhirnya mengundang masalah baru – apabila DAP disamakan dengan orang bukan Melayu. Ia dijadikan senjata politik oleh pesaing politik untuk meniup api perkauman, yang kemudian mengundang masalah lagi apabila DAP merasakan ia perlu vokal dalam isu-isu etnik untuk kekal mendapat undi bukan Melayu.
Sedangkan demografi penduduk semakin berubah. Dalam tempoh 20 ke 30 tahun akan datang, jumlah kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu akan turun mendadak dan menjadi kerusi campuran. DAP akan berkeras bahawa kerusi-kerusi itu kerusi tradisi mereka dan mesti meletakkan calon mereka, dalam keadaan mereka dilihat tidak banyak berbeza dengan parti-parti politik lain yang masing-masing ada kekasih gelap.
Jika tidak berhati-hati, dalam 20 ke 30 tahun akan datang, orang bukan Melayu mungkin masih membentuk 25% jumlah penduduk, tetapi 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘳𝘦𝘱𝘳𝘦𝘴𝘦𝘯𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 mereka melalui kerusi parlimen hanyalah 10% kerana semua kerusi campuran dimenangi parti-parti berasaskan Melayu.
Ini adalah contoh-contoh pertimbangan yang saya, Nik dan rakan-rakan lain telah perhalusi sejak setahun lalu.
Malaysia kini berada di akhir kitaran politik setiap 30 tahun.
Kitaran pertama bermula sejak 1940an semasa perang hingga ke kemerdekaan dan berakhir selepas 1969. Politik ketika ini dipengaruhi kemerdekaan dan mencari identiti negara selepas merdeka.
Kitaran kedua bermula sejak 1970 dan berakhir tahun 1998. Ia berkisar kepada 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘤𝘰𝘯𝘴𝘰𝘭𝘪𝘥𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘢𝘯𝘥 𝘢𝘤𝘤𝘰𝘮𝘮𝘰𝘥𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯, yang menjadikan kuasa UMNO tidak tercabar hingga meletusnya reformasi dalam tahun 1998.
Kitaran ketiga bermula dari 1998, iaitu pencarian rakyat kepada politik yang lebih egalitarian, menghormati hak dan kuasa rakyat berbilang bangsa sehingga menumpaskan UMNO dalam tahun 1998, dan mewujudkan persaingan politik yang ada sekarang.
Kita sudah berada di akhir kitaran itu dan 28 tahun sudah berlalu.
Pemikiran, pendekatan dan naratif politik yang dibawa oleh parti-parti politik yang ada tidak lagi menggambarkan ketangkasan, keberanian dan kecerdikan yang masyarakat tuntut untuk berdepan dengan cabaran 30 tahun akan datang.
Atas kesedaran itu, saya, Nik dan rakan-rakan yang lain bersetuju untuk membuat kamikaze sekali lagi.
Berbalik kepada soalan saya, kenapa kita nak susah-susah?
Sebab kita bertanggungjawab untuk memulangkan kembali kebaikan yang masyarakat telah berikan kepada kita dahulu, supaya anak-anak generasi baru melalui pengalaman yang lebih baik dari kita. Sebab satu hari nanti generasi muda inilah yang akan menjaga kita bila kita tua.
Supaya mereka tahu jika mereka berusaha, there’s a place for them under the Malaysian sun. Bila mereka belajar dan keluar universiti sebagai engineer, mereka ada peluang bekerja sebagai engineer dan mencipta sesuatu yang memanfaatkan masyarakat.
Supaya mereka yakin dengan diri mereka dan hasil usaha mereka, tanpa perlu ada cable nak naik.
Jawapan kepada soalan kenapa nak susah-susah? Sebab sebagai orang yang sudah dapat manfaat dari masyarakat dan kebaikan orang lain, kita ada hutang dengan masyarakat. Dalam Islam, itu sudah menjadi fardhu kifayah.
Dan cabaran kepada generasi muda ini jauh lebih besar berbanding cabaran generasi saya dan Nik. Saya dalam kategori 𝘎𝘦𝘯𝘟 yang akhir, Nik dalam kategori 𝘮𝘪𝘭𝘭𝘦𝘯𝘯𝘪𝘢𝘭𝘴 yang awal.
Cabaran millenials, GenZ, GenAlpha dan GenBeta jauh lebih besar dari cabaran kita dahulu. Sebentar tadi, Sum Dek Joe berkongsi analisis profesional beliau, sebagai seorang ahli ekonomi terlatih, mengenai masalah-masalah besar yang perlu dihadapi generasi muda, jika sesuatu tidak dilakukan secara radikal.
Dan bila bercakap tentang perubahan dan pendekatan yang radikal untuk mengubah hala tuju masyarakat dan negara berdepan dengan masalah-masalah besar ini, kita tidak boleh lari dari politik.
Saya selalu dituduh dengan macam-macam kata-kata hina. Raja Formula, merajuk, nyet nyet nyet. Konon saya rasa saya paling cerdik dan paling betul.
Disebalik ejekan sebegini, mereka tidak boleh menafikan satu perkara: pandangan saya yang berbeza dari mereka tidak berkisar kepada kuasa, jawatan atau berebut harta. Pandangan saya berkisar kepada cara-cara menangani masalah supaya generasi akan datang boleh hidup lebih baik dari kita.
Kalau pasal formula, itu sebab kita tidak boleh terus mengulangi perkara yang sama yang sudah terbukti gagal. Kita mesti kreatif menyelesaikan masalah, dan penyelesaian kreatif tidak akan diterima dengan mudah oleh masyarakat.
Sebab itu kena ada keberanian moral dan kepimpinan politik yang lebih berani. Kena ada 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘸𝘪𝘭𝘭 untuk melaksanakannya.
Malangnya, arena politik Malaysia sudah menjadi medan giliran. Pengalaman membentuk kerajaan campuran sejak 2018 menyebabkan keputusan politik bukan lagi berasaskan kepada dasar dan keperluan rakyat, tetapi jumlah bilangan kerusi untuk menyokong tokoh-tokoh menjadi Perdana Menteri.
Maka alasan yang diberikan kepada kita, rakyat biasa yang mahu melihat penyelesaian kepada masalah-masalah berangkai ini, ialah kerajaan tidak boleh cepat sangat menyelesaikan masalah sebab nak jaga hati.
Bayangkan kalau kita berumur 60 tahun. Ada sakit berangkai – darah tinggi, jantung dan kencing manis. Kita perlukan pembedahan jantung dengan segera. Doktor beritahu kita, eyh tak boleh pak cik rawatan memerlukan masa, sekarang baru empat tahun pak cik sakit, saya perlukan satu penggal lagi sebelum boleh merawat pak cik sebab hospital ni banyak doktor lain. Saya kena tanya doktor-doktor lain sorang-sorang nak jaga hati mereka. Padahal dia ketua doktor kat situ.
Memang mati dulu la pak cik tu.
𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
Assalamualaikum wbth
Ta chia hau
Vanekam
Salam Sejahtera
Terima kasih kepada semua yang hadir dari seluruh negara dan yang sedang menuntun. Saya minta maaf banyak-banyak sebab kami 𝘶𝘯𝘥𝘦𝘳 𝘦𝘴𝘵𝘪𝘮𝘢𝘵𝘦 kehadiran. Kami ingat paling ramai yang akan hadir ialah beberapa ratus orang sahaja, tetapi bila borang online dibuka, dalam tempoh 24 jam telah mencecah hampir 2,000 orang.
Mewakili sahabat-sahabat termasuk Saudara Nik dan beberapa orang lain yang mengusahakan acara hari ini, sekali lagi saya mohon maaf atas segala kekurangan.
Saya berharap orang ramai yang hadir, yang mengikuti live streaming, bertanya soalan yang sama yang saya selalu tanya kepada diri sendiri.
Sebenarnya kita ni nak apa? Tidak cukupkah apa yang ada? Kebanyakan dari kita ada hidup yang memadai. Kita tidak kaya tetapi kita tidak miskin. Kalau kita rasa hidup kita susah, ramai lagi yang lebih susah dari kita. Sebahagian besar dari kita tidak berniat memegang jawatan awam, kita lebih selesa dengan kehidupan yang ada.
Jadi kenapa nak susah-susah? Kenapa nak bersesak-sesak dalam dewan ini, dah lah bas tidak disediakan. Kena bayar duit sendiri ada lah.
Saya tanya soalan ini berkali-kali kepada diri saya. Dan saya ada tabiat kurang baik – saya tanya soalan dan saya jawab sendiri.
Jawapan itu, walaupun tidak canggih, melambangkan jiwa sebenar dan hati nurani saya, jadi saya tidak boleh lari dari hakikat itu.
Benar kehidupan saya lebih baik dari orang lain. Tetapi saya tidak lupa yang saya tidak bermula di tempat ini. Saya bermula seperti banyak keluarga lain, terutamanya yang muda-muda, yang terhimpit dengan masalah terutamanya tekanan kewangan seharian.
Cuma saya bernasib baik. Generasi saya lebih bernasib baik.
Kami membesar dengan diasuh oleh ibu bapa kami bahawa kalau kamu bekerja kuat, jujur dan tidak menipu, belajar rajin-rajin, nanti besar hidup kamu lebih baik dari ibu bapa kamu dan kamulah harapan untuk menjaga ibu bapa, adik-adik bila kamu dah tua.
Saya membesar di dalam generasi yang masih menaruh harapan kepada mobilisasi sosial. Hard work and honesty will pay off. Do to others what you want others do unto you. You reap what you sow.
Saya membesar dalam generasi yang menghargai kerja kuat, dan yang tidak ada perasaan sangsi kepada orang lain.
Dari sekolah rendah, walaupun saya membesar di sebuah bandar kecil di Terengganu, hidup saya disentuh oleh kebaikan yang datang dari semua. Saya belajar bersungguh-sungguh, walaupun yang mengajar itu seorang guru berbangsa India bernama Miss Angeline, atau Mr Hong, selain dari guru-guru Melayu yang sama kuat mendidik kami.
Saingan saya di sekolah rendah untuk menjadi pelajar terbaik bukan sahaja murid-murid Melayu tetapi seorang anak Cina bernama Lee Sue Lee. Dia anak orang kaya, satu hari dia buat majlis hari lahir, masa kami umur 12 tahun, jenuh nak fikir nak pakai apa. Sampai di rumah besar dia, maknya beritahu bihun semua dibeli dari kedai Melayu jadi boleh makan.
Saya bukan faham sangat masa itu, ingat boleh makan je apa yang ada
Saya tidak faham rasa benci, dengki atau takut pada usia itu. Saya tahu dia budak bijak dan keluarganya berada, kalau saya rajin satu hari nanti saya boleh jadi begitu. Saya tidak fikir pun yang dia Cina.
Pengalaman itu saya rasai sehingga habis sekolah menengah. Walaupun saya bersekolah di sekolah asrama Melayu, hampir 40% dari guru-guru adalah Cina dan India. Mereka tidak pernah berkira yang saya ini budak Melayu. Guru Melayu, guru Cina dan guru India sama-sama bersengkang mata mengajar dan melayan kami macam anak sendiri.
Saya pernah tanya seorang guru legend, namanya Mr Tan Gim Hoe. Dia mengajar matematik di sekolah saya lebih 30 tahun. Saya tanya dia kenapa tidak pergi mengajar di sekolah Cina? Dia jawab “kalau diberi pilihan, guru-guru tidak kisah bangsa anak murid, asalkan dia pandai sebab lagi mudah mengajar”.
17 tahun pertama hidup saya menyakinkan bahawa Malaysia ini indah. Kepelbagaian dan persaingan di antara kita membolehkan kita belajar dari satu sama lain. Kita ada peluang untuk melalui evolusi masyarakat supaya kita menggarap kebaikan dan kelebihan setiap seorang dari kita.
Dan kita hanya boleh melalui evolusi masyarakat seperti ini, jika nilai masyarakat kita diikat oleh satu 𝘴𝘦𝘯𝘴𝘦 𝘰𝘧 𝘧𝘢𝘪𝘳𝘯𝘦𝘴𝘴, bahawa apa pun kesukaran yang kita lalui sebagai sebuah masyarakat, kita mesti berlaku adil kepada semua. Jangan sekali-kali kita menganiaya orang kerana jika ada anak yang miskin dikesampingkan hanya kerana warna kulit dia, atau sebab dia miskin, atau sebab dia tidak ada peluang, walaupun itu semua bukan pilihan dia, dia dilahirkan begitu seperti mana saya dilahirkan dalam sebuah keluarga susah, kita telah tidak berlaku adil kepada dia.
Itu Malaysia yang saya lalui dahulu.
ممرضه ماليزية بعد انتهاء دوامها كانت جالسه بجانب كوفي داخل المستشفى
وكان في الكوفي عائلة يأكلون وفجاة علق الأكل في حلق امرأة من العائلة وبدات تختنق وتواجه صعوبة في التنفس وكان افراد العائلة مرتبكين ماهم عارفين وش يسون
ولاحظتهم الممرضة وهرعت لهم بسرعه وقامت بعمل مناورة هيمليك واخرجت الشيئ العالق و أنقذت المرأة
لاحقا تم تكريم الممرضة من قبل إدارة المستشفى