π¨ Siasatan RCI Tabung Haji kini mula menunjukkan perkembangan.
SPRM telah menahan reman seorang pengarah syarikat yang disyaki memberi rasuah bernilai kira-kira RM300,000 dalam bentuk pengubahsuaian empat unit rumah milik bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Tabung Haji.
Menurut sumber, perbuatan itu dipercayai berlaku antara 2014 hingga 2018.
Penahanan ini adalah susulan siasatan pasukan khas yang ditubuhkan selepas pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji kepada umum.
Biarlah siasatan berjalan secara telus dan bebas. Jika ada salah laku, sesiapa sahaja yang terlibat mesti dibawa ke muka pengadilan. Rakyat berhak mengetahui kebenaran, manakala keadilan perlu ditegakkan berasaskan bukti, bukan persepsi.
#TabungHaji #RCI #SPRM #Integriti #MalaysiaMADANI