Lawatan Tim RMN IRIS Modul Kejuruteraan ke Centre of Excellence (CoE) PETRONAS KLCC pada 19 Disember 2023.
Tujuan lawatan ini adalah melihat dan mempelajari bagi Sistem Petronas Rotating Equipment Analysis (PROTEAN) yang telah dimulakan oleh Petronas sejak 2017.
Lawatan dan perbincangan dari Malaysia Transformer Manufacturing Sdn Bhd (MTM) ke CPKA untuk memperkenalkan produk mereka kepada TLDM. Sesi lawatan ke kapal KD LEKIU turut diadakan untuk meninjau transformer yang berada di kapal.
Kawalan suku sempena menyambut ketibaan Pengarah Kanan CPKA@DGTS yang baharu Laksamana Pertama Ts.Rozaide Bin Megat Othman.Warga CPKA mengucapkan selamat datang pengarah kanan tuan.
Majlis penyerahan hadiah sempena Sambutan Hari Natal daripada warga CPKA kepada Pengarah Kanan CPKA, Laksma Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph. Warga CPKA mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru 2023 kepada semua.
Lawatan kerja rasmi CPKA ke Malaysia Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) pada 15 Dis 22. Lawatan diketuai oleh Pengarah CPKA, Kept Ir. Razali Mohd Arsad TLDM. Aktiviti dilaksanakan adalah perbincangan kolobrasi serta lawatan makmal.
Lawatan kerja rasmi CPKA ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 15 Dis 22. Lawatan diketuai oleh Pengarah CPKA, Kept Ir. Razali Mohd Arsad TLDM. Aktiviti dilaksanakan adalah perbincangan kolobrasi serta lawatan makmal.
Defense Industry, Strategic Cooperation, Innovation Policy, R&D, and others. These are the keywords actively discussed in the DSTI Regional Seminar 2022. CPKA, towards becoming a CoE in RMN, sent representatives to the Seminar led by the Senior Director of CPKA. Bravo!
Rabu, 21 Sep 22- Warga CPKA bersama menjayakan Program Jiwa Murni di Rumah Anak Yatim Haruman Kasih Ayer Tawar, Perak. Program berakhir dengan jayanya dan memenuhi objektif dalam mendekatkan warga TLDM dengan masyarakat setempat selain memupuk sikap saling bantu-membantu. Syabas!
CPKA diwakili oleh Lt Kdr Abd Adzim bin Abd Razak TLDM telah menyertai Defense, Security and Sustainability Exhibition 2022 di UPNM. Penyertaan bertajuk ‘Repowering Combat Boat 90H Analysis Using CFD-A Case Study’ telah memenangi anugerah Gold Award. Tahniah dan Syabas diucapkan!
CPKA telah dijemput oleh Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi aktiviti Proof of Concept (POC) Unmanned Surface Vehicle (USV) di Miri, Sarawak pada 7 Jul 22. POC bertujuan bagi mendapatkan input berguna daripada agensi2 maritim negara berkaitan kesesuaian USV untuk kegunaan PCSB.
Perkongsian ilmu anjuran CPKA yang disampaikan oleh PW II TMK Muhd Ridzuan Abdul Rauf bertajuk 'Pengoperasian Pemampat Udara di kapal-kapal TLDM' pada 30 Jun 22. Perkongsian ilmu ini menjadi salah satu medium kepada pemerkasaan fungsi Pegawai Waren di dalam perkhidmatan TLDM.
Lawatan Tinjauan Fasiliti & Sesi Perundingan telah dilakukan oleh CPKA ke atas Selat Medina di Muar, Johor pada 27 Jun 2022. Pelaksanaan aktiviti ialah pengesahan keupayaan & juga memberikan khidmat nasihat serta perundingan sebelum limbungan menjalani Audit Keupayaan Limbungan.
Lawatan kerja rasmi CPKA ke STRIDE Bhgn Teknologi Maritim (BTM) pada 28 Jun 22. Lawatan diketuai oleh Pengarah CPKA, Kept Ir. Razali Mohd Arsad TLDM disambut oleh Pengarah STRIDE BTM, Dr Mahdi Che Isa. Aktiviti dilaksanakan adalah perbincangan kerjasama & lawatan makmal-makmal.
Tim Engineering Working Group (EWG) Ground Fault Analysis telah hadir ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu Sabah pada 16 hingga 19 Jun 22. Aktiviti yang dilaksanakan adalah penerangan konsep, pengambilan sampel dan praktikal berkenaan kejadian ground fault di Kapal Skuadron PV ke-17.
TLDM melalui CPKA telah mengadakan lawatan dan perbincangan ke Microwaver Research Institute (MRI) UiTM pada 9 Jun 22 bagi menubuhkan Engineering Working Group (EWG). Delegasi lawatan turut disertai oleh Mindmatics Sdn Bhd. Maklum balas positif diperolehi hasil lawatan ini.
Bengkel Pembangunan Sistem Selenggaraan Kapal (SSK) CB90H dan CB90HEX Siri 1/22 dilaksanakan pada 7 & 8 Jun. Objektif bengkel adalah bagi membangunkan elemen penting SSK iaitu senarai Onboard Spare List (OSL) dan Planned Maintenance Schedule (PMS).
Sesi perbincangan dan pemantauan secara Video Conference bagi pelajar program kolaborasi Latihan Industri UTM-TLDM dengan Dr. Muhammed Amirul Asyraf Bin Hasnan, wakil pensyarah UTM.
#KolaborasiUTMTLDM#IltizamLatihanIndustriMaritim