Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-67! Marilah kita bersama-sama mengenang jasa-jasa para pahlawan yang telah berjuang demi kemerdekaan tanah air kita. Semoga semangat perjuangan mereka terus hidup dalam jiwa kita, dan negara kita terus maju, aman, dan makmur. Merdeka!
| 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 |
Kami Jawatankuasa Perwakilan Kolej Indera Mulia Sesi 23/24 ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat islam. Marilah kita mengikhlaskan diri memohon keampunan supaya Allah menerima segala amal ibadah kita.
| 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐞𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 |
Kami Jawatankuasa Perwakilan Kolej Indera Mulia Sesi 23/24 ingin mengucapkan Selamat Menjalani Semester Baharu Sesi Mac - Ogos 2023 kepada Seluruh Mahasiswa Universiti Teknologi MARA. Tanamkan Azam Baru !!✊🏻
| 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐩𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫 |
Kami Jawatankuasa Perwakilan Kolej Indera Mulia Sesi 23/24 ingin mengucapkan Syabas & Tahniah di atas kejayaan mahasiswa dalam peperiksaan akhir bagi sesi Okt 23 - Feb 24. Teruskan usaha ke arah kecemerlangan di masa hadapan
| 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐢 𝐂𝐮𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐞𝐬𝐭𝐞𝐫 |
Kami JPK KIM Sesi 23/24 ingin mengucapkan selamat bercuti semester bagi sesi okt 2023 - feb 2024 kepada semua mahasiswa dan mahasiwa bermula pada 19 Februari sehingga 17 Mac 2024. Manfaatkanlah cuti ini sebaiknya.
| 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 |
Kami mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2024 kepada mahasiswa dan seluruh rakyat. Tahun 2023 telah melabuhkan tirainya. Semoga kehadiran tahun baharu ini akan membawa bersamanya rahmat dan kebaikan buat kita semua.
Sekalung tahniah kepada semua pemenang dan berharap dengan aktiviti ini kita dapat menjalinkan lagi hubungan silaturahim sesama kita dengan lebih akrab. Juga terima kasih atas masa yang diluangkan inShaAllah aktiviti yang lebih menarik pada tahun hadapan 2024.
| 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐰𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐊𝐈𝐌 |
Pada 17/12/2023 yang lalu, Pertandingan Bowling KIM di antara SRK, Unit Pengurusan Pejabat Kolej Indera Mulia, JPK, & AJK Kolej Indera Mulia telah dianjurkan di Ampang Superbowl D Mall Seri Iskandar bagi meluangkan masa bersama.
| 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐭𝐚𝐥 |
Kami Jawatankuasa Perwakilan Kolej Indera Mulia Sesi 23/24 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal/Krismas kepada yang menyambut. Semoga Natal membawa kegembiraan untuk anda semua. Selamat merayakan Hari Krismas !!
Kami ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pemenang-pemenang untuk setiap program dan berterima kasih atas kehadiran pelajar kerana telah meluangkan masa untuk menyertai program yang disediakan. Nantikan program yang lebih menarik pada tahun 2024.
| 𝐅𝐞𝐬𝐭𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝟐𝟎𝟐𝟑 ( 𝐅𝐄𝐒𝐊𝐎 ) |
Pada 1, 2 & 3 Disember 2023 yang lalu kami, JPK dari semua kolej (KIM, KIS, KPS, KCS dan KSM) UiTM Seri Iskandar telah berkerjasama mengadakan pelbagai jenis aktiviti dan program sempena berlangsungnya Festival Kolej 2023.
Dengan program ini kita dapat mengembalikan permainan dan aktiviti tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas yang popularitinya pada masa kini semakin berkurangan.Permainan tradisional seperti congkak, baling guli, sepak raga, batu seramban, ceper dan games board
| 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐚𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 |
Kami Jawatankuasa Perwakilan Kolej Indera Mulia Sesi 23/24 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penghuni kolej UiTMSI yang telah meluangkan masa menghadiri program anjuran KIM-
Dengan tanggungjawab yang diberikan, kami akan menjalankan tugas tugas dengan baik dan jayanya. Juga, diharapkan semua penghuni Kolej Indera Mulia dapat memanfaat daripada ucapan dan taklimat yang telah diberikan. Marilah bersama-sama menjaga kolej kita.
| 𝐀𝐧𝐧𝐮𝐚𝐥 𝐆𝐫𝐚𝐧𝐝 𝐌𝐞𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟑 |
Kami Jawatankuasa Perwakilan Kolej Indera Mulia Sesi 23/24 ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama yang diberi oleh semua penghuni Kolej Indera Mulia yang hadir.
| 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐢 𝐒𝐢𝐬𝐰𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟑 |
Tahniah kepada semua peserta malam kebudayaan dan semua warga UiTM atas kemenangan yang diperolehi. Semoga kita dapat manfaat tentang pentingnya budaya yang akan membuat masyarakat lebih kuat ✊🏻
| 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐩𝐮𝐫 𝐇𝐄𝐏 |
Berikut merupakan kaedah pelaksanaan, peratusn penggunaan, waktu pengoperasian, talian kecemasan dan turut disertakan kod QR permohonan penggunaan Dapur HEP. Semua pelajar dialu-alukan untuk menggunakan kemudahan yang telah disediakan
| 𝐆𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠-𝐑𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟑 |
Kami warga UiTM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat dalam menjayakan program gotong royong ‘Kita, Kampus Dan Alam‘ pada 29 September lalu. Mari jaga bumi bersama.
#KIMcare#UiTMDihatiku