π *BLASTING MINGGU MAHABBAH* π
Assalamualaikum w.b.t.
Berikut merupakan aktiviti *Minggu Mahabbah* yang akan dijalankan pada *22 - 24 April 2024*.
.
π Kehadiran mahasiswa/wi adalah *WAJIB* dan *30 merit* akan diberikan kepada pelajar yang turut serta keseluruhan program-program ini.
π Halaqah Al-Quran setiap pagi akan *dijalankan seperti biasa*.
Menyusun sepuluh jari memohon kemaafan bagi segala salah dan silap yang pernah dilakukan zahir dan batin. Semoga kita semua memperoleh rahmat dan keberkatan dari Allah SWT pada hari kemenangan umat Islam yang penuh barakah ini.
*10 SUNNAH HARI RAYA AIDILFITRI*
Ini merupakan diantara 10 sunnah yang boleh kita amalkan ketika Hari Raya Aidilfitri. Insyallah marilah bersama-sama untuk menghidupkan Hari Raya Aidilfitri dengan sunnah. Semoga kita semua memperoleh keberkatan dari Allah SWT.
*JUMAAT | 29 MAC 2024 bersamaan 18 RAMADAN 1445H*
Lensa sekitar solat Jumaat pada bulan Ramadan di Surau Kolej Islam As Sofa.
Alhamdulillah, telah selesai solat fardhu Jumaat pada hari ini yang disertai oleh mahasiswa, staff Kolej Islam As Sofa dan penduduk setempat.
Pihak MPP KIS juga berharap solat Jumaat serta solat jemaah lima waktu terus dihidupkan dan imarahkan. Diharap ia dapat memberi semangat kepada kita semua dan menjadi titik permulaan bagi kita istiqamah dalam ibadah solat kita. Moga bertambah barakah insya Allah. Amin.
Kemudian diteruskan lagi dengan Bacaan Tahlil, Solat Isya' serta solat sunat terawih yang diimamkan oleh saudara Harish Zikry (Pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Qiraat). Program diakhiri dengan tazkirah ringkas diikuti jamuan moreh.
18 Ramadhan 1445H
LENSA SEKITAR MALAM KELAPAN BELAS PROGRAM IHYA' RAMADHAN DI PUSAT ISLAM SAYYID AHMAD IBN IDRIS
28 Mac - Program bermula dengan kuliah bersama Tuan Guru Haji Solahuddin bin Azrai, tadarus Al-Quran dan iftar jama'ie.
Nama lain bagi al-Quran adalah al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Selamat memperingati peristiwa Nuzul al-Quran kepada semua muslimin dan muslimat.
*SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL QURAN | 17 RAMADHAN 1445H*
17 Ramadhan adalah peristiwa penting yang wajib diimani oleh semua umat Islam dalam memperingati peristiwa Nuzul al-Quran kepada Baginda SAW melalui perantaraan malaikat Jibril a.s.
Maksudnya: "Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. "