Sebarang info atau makluman berkaitan trafik lebuh raya, anda boleh layari akaun X rasmi Pusat Pengurusan Trafik (TMC) LLM - @llminfotrafik
Jom follow..
Sebanyak 20 anugerah telah disampaikan, sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan, dedikasi dan komitmen pelbagai pihak dalam memacu kemajuan industri lebuh raya negara.
46 tahun menghubung rangkaian, bersama mengiktiraf kecemerlangan!
#AIL2026
ANUGERAH INDUSTRI LEBUH RAYA 2026
46 Tahun Menghubung Rangkaian, Mengiktiraf Kecemerlangan
Bersempena ulang tahun ke-46 LLM, AIL 2026 tampil lebih bermakna sebagai pentas pengiktirafan kepada kecemerlangan dan sumbangan warga industri lebuh raya negara.
Daripada kontraktor, pemaju, penyedia perkhidmatan dan institusi pembiayaan hinggalah kepada pengamal media serta usahawan di kawasan rehat dan rawat, setiap sumbangan memainkan peranan penting dalam memperkukuh industri lebuh raya Malaysia.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah atas pencapaian, komitmen dan sumbangan yang telah diberikan.
Pengiktirafan ini menghargai kepimpinan YB Dato’ Sri dalam memperkukuh pengurusan aduan jalan raya melalui aplikasi MYJalan.
Semoga YB Dato’ Sri terus menerajui transformasi digital sektor infrastruktur negara demi kesejahteraan rakyat.
#AIL2026
Tahniah, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi!
LLM merakamkan ucapan tahniah kepada YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, atas penerimaan pengiktirafan sebagai Tokoh Digital Infrastruktur Negara bersempena dengan Anugerah Industri Lebuh Raya 2026.
Semoga kepimpinan dan sumbangan YBhg. Dato’ Seri terus menjadi inspirasi kepada warga industri lebuh raya dalam mempertingkat mutu perkhidmatan dan memperkukuh tadbir urus.
#AIL2026
Tahniah, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim!
LLM merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, atas penerimaan Anugerah Kepimpinan Inovasi Lebuh Raya bersempena dengan Anugerah Industri Lebuh Raya 2026.
Semoga kepimpinan dan visi YBhg. Tan Sri Datuk Seri terus menjadi inspirasi kepada warga industri dalam memacu kemajuan industri lebuh raya negara.
#AIL2026
Tahniah, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng!
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng atas penerimaan Anugerah CEO Terbaik bersempena dengan Anugerah Industri Lebuh Raya 2026.
SESI LIBAT URUS BERSAMA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERHUBUNG PENGURUSAN TANAH RIZAB HUTAN DAN PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN JAJARAN LEBUH RAYA DI SELANGOR
Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan hala tuju penyelesaian berhubung rizab hutan simpan yang terlibat dengan jajaran lebuh raya di Negeri Selangor,