Perjalanan di lebuh raya PLUS kini lebih menarik! ππ
Guna JustGO dengan kaedah pembayaran Maybank yang layak dan rebut peluang memenangi Proton X50 serta baucar petrol RM200! β½
π 12 Okt 2026 β 28 Feb 2027
Maklumat lanjut: https://t.co/kXV9CrDmPy
#GunaJustGOdanMenang #PLUSMalaysia #LaneFreedom
Penantian berakhir! π GUNA JustGO & MENANG bersama @plus2u dan @MyMaybank kini bermula!
Rebut peluang memenangi 3 buah Proton X50 π dan 2,000 baucar petrol mingguan bernilai RM200 setiap satu! β½
PEMBERITAHUAN
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan masuk ke Stesen Minyak Shell di Hentian Sebelah Tangkak (Arah Selatan) akan ditutup sementara mulai Rabu, 28 Oktober 2026, jam 9.00 malam hingga Khamis, 29 Oktober 2026, jam 6.00 pagi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan turapan jalan.
Sepanjang tempoh penutupan, pengguna lebuh raya yang ingin mengisi minyak boleh menggunakan stesen minyak berdekatan sebagai alternatif.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi papan tanda serta arahan trafik yang disediakan.
Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih dan semoga selamat sampai ke destinasi.
#PLUS_Safety
#PLUS_Comfort
Teruskan Perjalanan Anda Sempena Hujung Minggu Ini π Turut nikmati lebih banyak ganjaran bersama PLUSMiles! π
Layari maklumat lanjut di: https://t.co/SqyfXBC0DW
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Yahooo cuti long weekend untuk warga Selangor minggu ni! Dah ada plan nak ke mana? Kalau belum.. jom la kita roadtrip ke Ipoh dengan itinerary 3 hari 2 malam yang dah siap susun untuk korang ni!
Terima kasih warga Pulau Pinang datang memeriahkan reruai JustGO di Festival Bahasa Jiwa Bangsa π₯³π
ποΈ24 Oktober 2026
β°9.30 pagi - 4.00petang
πPadang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang.
π’ BERITA BAIK UNTUK WARGA PENANG!!
Kali ni team @JustGO_Malaysia akan berada di Festival Bahasa Jiwa Bangsa π
ποΈ 24 Oktober 2026
β° 9.30pagi - 4.00petang
π Padang Kota Lama, Gtown
Mai ramai-ramai singgah kat booth kami naa! π
Menjelang weekend ni, hati-hati memandu di lebuh raya π Dah dengar bunyi βklikβ? π Kalau dah, barulah ready untuk mulakan perjalanan!
Pastikan anda dan semua penumpang memakai tali pinggang keledar dengan sempurna.Ingat, satu βklikβ kecil mampu membawa makna besar untuk keselamatan anda dan insan tersayang. π
#PLUS_Safety
PEMBERITAHUAN
Pihak PLUS akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan turapan konkrit di lorong kenderaan berat dan lebar di Plaza Tol Kota Damansara, mengikut jadual berikut:
π Lorong Masuk M01:
ποΈ 23 Oktober 2026 (Jumaat), bermula jam 10.00 malam hingga 24 Oktober 2026 (Sabtu), jam 12.00 tengah hari.
π Lorong Keluar K11:
ποΈ 24 Oktober 2026 (Sabtu), bermula jam 10.00 malam hingga 25 Oktober 2026 (Ahad), jam 12.00 tengah hari.
Sehubungan itu, lorong M01 dan lorong K11 ini akan ditutup sepenuhnya mengikut jadual yang ditetapkan bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan dengan selamat.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan, gunakan lorong alternatif dan patuhi papan tanda trafik serta arahan petugas di lokasi bagi memastikan kelancaran perjalanan.
Kerjasama anda amat kami hargai.
#PLUS_Safety
π&π πππ«ππ¦πππ§ ππ’π§π¨ππππ€ππ§ πππ§πππ¬ πππ«πππ’π€ πππππ ππππ πππππ π¨π«π’ π&π
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berasa amat berbesar hati apabila R&R Seremban (Arah Selatan) dinobatkan "Toilet of the Year (TOTYA 2026)" untuk kategori R&R. Majlis penganugerahan ini telah diadakan di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2026.
Dalam majlis tersebut, R&R Seremban (Arah Selatan) telah membawa pulang trofi, sijil serta wang tunai bernilai RM20,000. Pengiktirafan ini mencerminkan tahap penyelenggaraan dan kualiti fasiliti yang tinggi di kawasan Rehat & Rawat (R&R) dan Hentian Sebelah PLUS.
Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Tuan Nga Kor Ming.
Turut dihadiri oleh wakil-wakil PLUS termasuk Ketua Bahagian Penyelenggaraan & Projek, EUR ING IR. Ts. Azizul Faiz Abdul Aziz, Pengurus Wilayah Tengah, Encik Hot Hamzah, Ketua Penyelenggaraan Rutin Sivil, Encik Faizin Marjunid, Pengurus Seksyen C5, Encik Mohd Ismadi Nasri Mhamat Nasudin dan Pengurus Seksyen C3/C4, Encik Arul Azlan Abdul Karim.
Semoga komitmen PLUS Malaysia dalam menyediakan kemudahan awam yang berkualiti, selesa, dan memenuhi keperluan pengguna lebuh raya akan terus mempertingkatkan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan memuaskan bagi semua pengguna lebuh raya.
#PLUS_Comfort
#TOTYA2026
@kpkt_gov@moworksmy@LLMrasmi
Jawapannya.. pastikan anda menjadi penunggang yang berhemah. Menunggang dengan selamat bukan sekadar melindungi diri sendiri, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.
Elakkan sikap tergesa-gesa, menunggang ketika penat atau mengantuk, dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling di lebuh raya.
#PLUS_Safety
@moworksmy@LLMrasmi
PLUS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi serta rakan strategik atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan latihan simulasi kecemasan ini.
Bacaan lanjut: https://t.co/BgRUcriPKi
#PLUS_Safety
Satu latihan simulasi kecemasan telah diadakan di KM16.7 hingga KM17.7 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), melibatkan laluan Kubang Semang ke Lunas (Arah Timur) pada hari ini, 21 Oktober 2026.
Latihan ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan, kecekapan dan masa tindak balas pasukan PLUS, pasukan penyelamat serta agensi berkaitan dalam mengendalikan situasi kecemasan di lebuh raya, di samping memperkukuh koordinasi dan komunikasi antara agensi.
Seramai kira-kira 100 anggota daripada pelbagai agensi penyelamat dan rakan strategik telah terlibat dalam latihan ini, selaras dengan komitmen berterusan PLUS untuk memperkukuh kesiapsiagaan dan meningkatkan keselamatan pengguna lebuh raya.
PEMBERITAHUAN
Penutupan sementara lokasi-lokasi di bawah untuk aktiviti pembersihan secara menyeluruh.
Sila rancang perjalanan anda dan pandu dengan berhati-hati.
#Pembersihan#PLUS_comfort
PEMBERITAHUAN
Penutupan sementara lokasi-lokasi di bawah untuk aktiviti pembersihan secara menyeluruh.
Sila rancang perjalanan anda dan pandu cermat.
#Pembersihan#PLUS_comfort
PEMBERITAHUAN
Penutupan sementara lokasi-lokasi di bawah untuk aktiviti pembersihan secara menyeluruh.
Sila rancang perjalanan anda dan pandu cermat.
#Pembersihan#PLUS_comfort@llminfotrafik
PEMBERITAHUAN
Penutupan sementara lokasi-lokasi di bawah untuk aktiviti pembersihan secara menyeluruh.
Sila rancang perjalanan anda dan pandu cermat.
#Pembersihan#PLUS_comfort
LENCONGAN JALAN DI LEBUHRAYA BKE (KUBANG SEMANG β LUNAS) UNTUK LATIHAN SIMULASI KECEMASAN PADA 21 OKTOBER 2026
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa lencongan jalan akan dilaksanakan di KM16.7 hingga KM17.7 (arah timur), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), pada 21 Oktober 2026 (Rabu), dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Lencongan ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada Latihan Simulasi Kecemasan untuk menguji tahap kecekapan, masa tindak balas dan kesiapsiagaan PLUS, pasukan penyelamat serta agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi situasi kecemasan di lebuh raya.
Pengguna lebuh raya dari arah Butterworth/Kubang Semang menuju ke Lunas akan dilencongkan melalui R&R Penanti (arah timur). Pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi papan tanda serta arahan petugas di lokasi.
Untuk bantuan kecemasan, hubungi PLUSLine di 1800-88-0000.
Terima kasih atas kerjasama anda.
#PLUS_Safety
#PLUS_Comfort
#latihansimulasi
@moworksmy@LLMrasmi@llminfotrafik