🚨🗣️ Pierluigi Collina (former Italian referee) on Manchester United’s historic comeback against Bayern Munich in the 1999 UCL final:
“It was the last two minutes, I saw the Bayern players on the bench preparing to celebrate the title. Suddenly, Manchester United scored two goals in two minutes and reversed the score.
At that moment, I saw the true face of football — death and life in one stadium. People celebrating madly and people desperate to death.
That night also taught me something about Manchester United: never celebrate too early against them. Until the final whistle, they always believe. Since then, for me, United became the perfect example of mentality, mentality that made them the biggest club in the world.”
Secara jujur, sebagai penyokong kerajaan kita telah menikmati apa yang kita usahakan selama ini.
PH jadi kerajaan dan @anwaribrahim menerajui negara. Mission accomplished.
Kita juga belajar, tidak semua perkara mesti mengikut apa yang kita harapkan, kita belajar menghargai perkongsian kuasa dengan jenama politik berbeza.
Kita terima dengan baik, dasar dasar yang diperkenalkan walaupun bukan bermakna kita setuju tetapi diatas konsep perkongsian kuasa.
Kerana itu, aku hargai usaha dan dedikasi Perdana Menteri selama lebih 3 tahun menerajui negara, bukan mudah menyatukan PH dan BN, PH tak dapat semuanya, begitu juga BN yang mana MCA dan MIC terpaksa disisihkan dari politik mainstream, itu bukan rahsia tapi tidak dibincangkan secara terbuka.
Pencapaian negara mendapat pengiktirafan dari Bank Dunia, IMF dan badan rating antarabangsa seperti J.P Morgan, S&P, Moody dan Fitch
Ekonomi negara secara umumnya cukup cemerlang walaupun konflik global yang sedang berlaku.. KDNK terus berkembang 5.4% pada Suku Pertama 2026, disamping kekuatan segmen peruncitan dan pemborongan yang menjadi teras kekuatan dan pertumban ekonomi kita..
Sesungguhnya aku bersyukur.. Allah berikan akal untuk kita berfikir dgn waras, melihat disudut yang betul tanpa dimomokkan dgn pelbagai hasutan dangkal.
UEC Boleh Masuk IPTA? Ini Faktanya, Bukan Fitnah!
1. UEC + SPM (Sijil Penuh)
📌 Penilaian permohonan ke IPTA dibuat 100% berdasarkan keputusan SPM pelajar tersebut, manakala sijil UEC mereka tidak diambil kira dalam penilaian. Oleh kerana mereka mempunyai sijil SPM yang lengkap, mereka berstatus sama seperti calon SPM lain dan layak memohon program seperti Asasi, Diploma.
2. UEC + BM & Sejarah (SPM)
📌 Pemegang UEC yang mengambil kertas Bahasa Melayu (wajib kepujian) dan Sejarah daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia boleh memohon IPTA, tetapi pilihan mereka sangat terhad. Mereka hanya layak memohon untuk program sarjana muda yang memfokuskan kepada Pengajian, Kesusasteraan, atau Bahasa Cina sahaja. Kemasukan ke program-program ini juga masih dinilai secara merit.
3. UEC Sahaja
📌 Sijil UEC semata-mata tidak diiktiraf dan tidak memenuhi syarat asas untuk memohon mana-mana program di IPTA. Tanpa menduduki peperiksaan SPM kebangsaan (terutama ketiadaan subjek wajib BM dan Sejarah), permohonan mereka akan ditolak sepenuhnya. UEC tidak diiktiraf setaraf SPM atau STPM secara automatik oleh sistem UPU.
Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mencari dua remaja perempuan masing-masing berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Buloh, Selangor.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata laporan kehilangan Nur Amani Damia Roslan diterima semalam pada 3.54 petang daripada bapanya setelah remaja itu tidak pulang ke rumah sejak 17 Mac lepas.
Beliau berkata laporan kehilangan Angel Ho Kha Suen diterima pihaknya pada 12.44 tengah malam tadi selepas remaja terbabit tidak pulang ke rumah sejak Ahad lepas.
📸 IPD Sungai Buloh
#BernamaNews #OrangHilang
👀 Bigger than the World Cup final...
In one match West Ham United Football Club have the ability to relegate Tottenham Hotspur 𝗔𝗡𝗗 deny Arsenal the Premier League title.
For the sake of football, and the content, and the memes, and the whole of humanity's sanity...
West Ham - we are with you.
Kali terakhir dilihat:
📍 Flat Pangsapuri Orkid, Desa Subang (rumah kediaman)
🕒 Jam 7:05 pagi, 6/5/2026
Maklumat tambahan:
- Membawa beg sekolah
📞 Sila hubungi segera jika jumpa / ada maklumat:
-Ibu: +60 11-6088 8850
-Ayah: +60 11-2131 9209
-Pakcik: 010-422 5319
Mohon bantuan
Baru habis sidang media mingguan MTEN tadi.
Rezeki saya terserempak dengan YAB Tok Min sewaktu singgah solat Asar tadi.
Solidariti atas segala apa yang berlaku kepada beliau.
Saya yakin beliau tetap Tok Min yang saya kenal sejak dulu, tak berapa ‘ambil port’ sangat tentang kedudukan tapi hanya nak laksanakan amanah dan buat kerja sebaiknya.
Selaku generasi yang jauh lebih muda berbanding beliau, saya beruntung ada sosok seperti Tok Min yang saya boleh jadikan contoh teladan untuk buat kerja betul-betul dan tidak ambil mudah tanggungjawab yang ada.
Walau apa yang akan berlaku pada masa akan datang, saya yakin itu tak akan menggundahkan Tok Min walau sedikit pun.
Doa saya supaya beliau dan seisi keluarga terus diberi kesihatan yang baik.
Akhirnya anak aku sendiri jadi mangsa pedophilia.
Asalnya aku nak diamkan sahaja cerita ni. Tapi rasa tak tenang kalau tak kongsi demi memberi kesedaran kepada lebih ramai parent.
Kejadian berlaku pada penghujung Januari hari tu. Aku bawak anak aku ke masjid untuk solat isyak. Untuk privasi aku tak dedahkan anak aku yang mana. Aku namakan anak aku Nuh. Umur lingkungan 7-8 tahun.
Malam tu aku bawa dia ke masjid seperti biasa. Aku solat di saf hadapan dan dia berada di belakang bersama kawan2 lain sekitar 5-6 orang.
Ada masa dia rajin, dia solat. Ada masa dia malas, dia main sahaja dengan kawan2. Malam tu dia bagitau dia taknak solat dan aku ok kan saja. Dia main dengan kawan2. Lepas solat, dia datang dekat aku dan cerita satu per satu apa yang terjadi masa jemaah tengah solat.
Masa tu dia tengah susun selipar dekat entrace (dia memang suka susun selipar bila bosan). Kebetulan kawan2 yang asalnya sama2 duk main dekat entrance tadi semua masuk dalam masjid tinggal dia seorang. Tiba2 datang seorang lelaki dengan motor tanya lokasi tandas. Nuh tunjuk arah tandas. Kemudian, abang tu minum air lepas tu dia ajak Nuh teman dia ke tandas.
Nuh bersama dia jalan ke tandas. Bila sampai di tandas, dia buka seluar Nuh dan the rest is history. Aku ringkaskan sahaja taknak detail sangat. Secara konklusi, air liur lelaki tu melekat pada xx anak aku. Dan alhamdulilah, tak ada berlaku sebarang tusukan pada mana2 rongga Nuh. Tak ada perbuatan yang menyebabkan apa2 cecair dari lelaki tu masuk ke tubuh Nuh. Kejadian berlaku sekitar 4 minit sahaja. Bila keluar dari tandas, dia terus berlalu dengan motosikal dan Nuh masuk dalam masjid. Tak sampai seminit lepas tu, jemaah siap solat dan bertebaran.
Semua pergerakan direkod cctv dan sudah diserahkan kepada polis. Muka suspek pun agak jelas kelihatan. Aku agak umur suspek sekitar 25-29 tahun. Nuh bagitahu dia pernah nampak orang ni sebelum ni (dia pernah cerita yang dia bantu tunjukkan tandas kepada seseorang) tapi masa tu dia tak buat apa2 lagi. Maksudnya, dia dah study behavior budak2 dekat masjid tu.
Kalau difikir logik, budak kecik macam tu apa yang dia dapat? Jangan sangka orang gila berfikir macam kita. Wiring otak orang gila pedophilia dah menyongsang teruk. Dapat sentuh xx budak kecik pun dah cukup untuk puaskan nafsu.
Mungkin tulisan ni boleh mengganggu urusan pihak polis untuk kes ni. Cuma aku decide juga untuk share benda ni supaya boleh menyelamat ramai kanak2 dari menjadi mangsa pedo.
Bawa anak ke masjid tak salah. Yang salah ialah persekitaran kita sekarang yang orang gila semakin ramai.
Kepada parent, sebelum apa2 berlaku pada anak kita, tolong waspada selalu. Tolong berhati2 bila bawa anak ke tempat awam seperti masjid. Lebih2 lagi pada musim solat tarawih ni. Anak2 akan datang ke masjid secara berulang2. Kalau boleh bawa anak yang dah boleh berfikir dan berbincang supaya senang ikut arahan kita. Boleh faham pesanan kita, apa respon jika berhadapan dengan orang asing dan jika berlaku sentuhan di bahagian sensitif.
Kepada pihak masjid, jika ada kemampuan boleh buat 1 tempat khas untuk anak bermain dan sediakan penjaga sepanjang Ramadhan ni. Cctv mesti pasang yang berkualiti. Bukan asal ada sahaja.
Jika berlaku juga, parent tolong segera buat repot. Jangan tangguh. Terutamanya jika ada cecair melekat. DNA adalah data penting dalam kes pedo. Kalau berlaku malam, malam tu jugalah pergi balai tanpa tukar pakaian.
Alhamdulilah. Anak aku tak trauma. Dia ok sahaja. Boleh bercerita penuh. Boleh beri kerjasama baik dengan pegawai penyiasat.
Semoga Allah selamatkan kita dan keluarga dari segala bahaya dan malapetala serta perbuatan orang2 gila.
Oleh Hafiz Mustafa