Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang sentiasa menekankan kepentingan kesejahteraan rakyat.
Dalam keadaan dunia berdepan ketidaktentuan akibat konflik geopolitik dan peperangan di Timur Tengah, Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah awal dan tersusun bagi memastikan kebajikan Bangsa Johor terus terpelihara, khususnya dalam menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Sehubungan itu, saya bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri Johor sedang memperincikan langkah serta pendekatan bersasar untuk mengurangkan beban yang dirasai rakyat. Insya-Allah, beberapa inisiatif komprehensif dan berimpak tinggi akan diumumkan dalam masa terdekat.
Semoga setiap perancangan ini dapat dilaksanakan dengan teliti demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, sambil memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang seimbang dan mampan. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Syukur Alhamdulillah, lebih 30 syarikat pelabur antarabangsa merentasi sembilan sektor utama termasuk teknologi, tenaga dan pembuatan maju telah bertemu dalam sesi libat urus strategik bersama United Overseas Bank (UOB) dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Shanghai, China.
Melalui rangkaian luas UOB, sesi ini mempertemukan Johor dengan pelabur yang serius untuk berkembang di rantau ini, sekali gus memastikan setiap perbincangan tertumpu kepada peluang yang boleh membuka lebih banyak pekerjaan berkualiti, meningkatkan pendapatan rakyat dan merancakkan ekonomi negeri, dengan setiap pelaburan diselaraskan agar manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh Bangsa Johor.
Perbincangan turut menumpukan sektor berimpak tinggi seperti pemindahan teknologi, pembangunan industri bernilai tinggi dan pengukuhan rantaian bekalan di Johor. Seiring itu, Johor terus menegaskan peranannya sebagai platform strategik untuk pelabur menembusi pasaran ASEAN melalui Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ).
Dalam sesi ini juga, Kerajaan Negeri berkongsi peranan Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J) sebagai pemudah cara utama, serta penglibatan Johor Talent Development Council (JTDC) dalam memastikan ketersediaan bakat dan tenaga kerja berkemahiran tinggi selari dengan keperluan pelabur.
Semoga segala usaha ini bukan sekadar membuka ruang perbincangan tetapi menjadi langkah konkrit ke arah pelaburan yang memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri dan masa depan Bangsa Johor, seterusnya mengangkat Johor sebagai kuasa ekonomi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JSSEZ #JTDC #IMFCJ
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor Atas Kelahiran Anakanda Puteri Yang Baharu Pada 5 April 2026.
Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan kesihatan dan rahmatNya untuk Kerabat DiRaja Johor.
Sembah takzim daripada Patik dan seluruh Bangsa Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Kepada Allah Kita Berserah
لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Syukur Alhamdulillah, Program Semarak Subuh Johor terus menjadi medan untuk mengimarahkan rumah Allah SWT serta menggalakkan umat Islam menunaikan solat berjemaah. Setelah melalui Ramadan, kedatangan Syawal mengingatkan kita agar terus mengekalkan amalan baik dan menjadikan bulan ini sebagai bulan barakah untuk memperkukuh keimanan.
Saya bersama para jemaah telah bersama-sama mengimarahkan Masjid Bandar Baru Permas Jaya dengan menunaikan solat Subuh dalam suasana penuh tenang dan kebersamaan. Program ini turut diisi dengan tazkirah bertajuk “Syawal Bulan Barakah” yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Zaini bin Mohd Salleh, Kadi Daerah Johor Bahru, sebagai peringatan agar umat Islam terus istiqamah dalam ibadah walaupun Ramadan telah berlalu.
Dalam tazkirah tersebut turut dikongsikan bahawa antara amalan yang boleh diteruskan selepas Ramadan ialah berpuasa enam hari di bulan Syawal serta memperbanyakkan membaca dan menghafaz al-Quran. Selain itu, dikongsikan juga pesanan Saidina Uthman RA bahawa terdapat tiga amalan yang membawa kepada tiga bentuk cinta iaitu cinta Allah, cinta para malaikat dan cinta manusia.
1. Pertama, letakkan dunia di tangan, bukan di hati agar kita meraih cinta Allah SWT.
2. Kedua, tinggalkan dosa dan kembali bertaubat agar mendapat cinta para malaikat.
3. Ketiga, kikislah sifat tamak agar kita dicintai manusia.
Semoga kita semua terus istiqamah dalam beribadah, memperbanyakkan amalan kebaikan serta menghidupkan masjid sebagai medan penyatuan ummah. Mudah-mudahan setiap amal yang dilakukan menjadi asbab kepada keberkatan hidup dan membawa kita lebih dekat kepada keredaan Allah SWT. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #SemarakSubuhJohor #Syawal2026 #RapatkanSaf
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada hari ini, 7 April 2026.
Dalam pertemuan ini, pelbagai isu-isu terkini telah disampaikan dan dibincangkan. Hadir sama adalah Khairy Jamaluddin, Penasihat Belia Johor. Allah Peliharakan Sultan.
———
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor received in audience the Chief Minister of Johor YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi today, 7 April 2026.
During the meeting, various current issues were presented and discussed. Also present was Johor Youth Advisor Khairy Jamaluddin. Allah Peliharakan Sultan.
@onnhafiz PEREMAJAAN DIDALAM PARTI BERLANGSUNG, AKAN TETAPI MEMPERKASAKAN PEREMAJAAN PARTI ITU RETORIK, KERANA TIDAK BERMULA DENGAN DIRI KITA SENDIRI”. - Lassim Burhan.
Yes. Kedudukan Raja-Raja Melayu mungkin tidak relevan lagi selepas ini dan kedaulatan Raja-Raja akan pasti tergugat. Sekaligus ini akan memberi impak kepada status orang Melayu dan agama Islam di Malaysia.
Solidariti Masyarakat untuk pantau harga barangan dan perkhidmatan perlu dimulakan sekarang. Simpan bukti pembelian dan bandingkan nanti mulai 01hb September 2018 apabila SST diimplementasikan.@drasyrafwajdi@Khairykj@guanenglim@ahmadmaslan
Jika pertukaran kerajaan baru bawa dasar baru, strategi baru, fokus baru, muka baru & taktik baru, itu biasa & mudah diterima. Yg akan wujudkan kemarahan ialah bila sejarah nak diubah, yg salah nak dikata benar, yg haram nak dihalalkan, yg berjasa nak dihina & yg berhak dihapuskn