๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ง๐จ๐ฅ๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๐ก ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐ ๐ฎ๐ฏ & ๐ฎ๐ต ๐ข๐๐ข๐ฆ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Pada hujung minggu ini, saya dan BERSAMA akan kembali ke Melaka.
Kali ini bukan satu program sahaja, tetapi kita gerakkan beberapa program dalam sehari. Ada Kenduri BERSAMA untuk kita duduk semeja dengan masyarakat, dan ada Trak Kancil untuk kita perkenalkan BERSAMA kepada rakyat Melaka.
Butiran program adalah seperti berikut:
๐ฎ๐ฏ ๐ข๐ด๐ผ๐, ๐๐ต๐ฎ๐ฑ:
๐ Kenduri BERSAMA #2
Rumah En. Fadly Alias
Lot 3206, Bt 5 1/4, Jln Kg. Bukit Rambai, Bukit Rambai, Melaka
(Sebelah SMK Klebang Besar)
โฐ 9 pagi โ 6 petang
Pautan daftar kehadiran:
https://t.co/fr1QX4A3IC
๐ Trak Kancil
Hadapan Masjid Tun Abdul Ghafar Baba.
No. 1075-1, Batu 11/5, Sungai Udang, Melaka
โฐ 8 malam โ 11 malam
Pautan daftar kehadiran:
https://t.co/sHlRNDN173
Kemudian kita turun sekali lagi pada 29 Ogos untuk Kenduri BERSAMA #3 dan Trak Kancil Melaka. Lokasi akan diumumkan tidak lama lagi.
Jadi, orang Melaka, kita jumpa pada 23 Ogos ini. Siang kita berkenduri, malam kita berjumpa di Jelajah Kancil.
Kepada ahli BERSAMA, daftarkan kehadiran di Aplikasi Kancil atau di laman https://t.co/fCMc3GZOrD untuk kutipan mata.
๐๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ | ๐ฎ๐ฏ ๐ข๐๐ข๐ฆ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Selepas edisi pertama, Kenduri BERSAMA kembali ke Melaka untuk edisi kedua pada Ahad ini.
BERSAMA sudah mengumumkan barisan calon bayangan bagi menghadapi PRN Melaka. Tetapi kerja politik tidak boleh bermula hanya apabila pilihan raya semakin dekat.
Kalau kita mahu menawarkan sesuatu yang berbeza kepada rakyat Melaka, kita kena turun lebih awal. Jumpa orang, dengar sendiri masalah mereka, terangkan siapa BERSAMA dan agenda yang kita bawa.
Sebab itu, Kenduri BERSAMA Edisi #2 akan terus menjadi medan BERSAMA untuk mendekati masyarakat di akar umbi. Kenduri BERSAMA ini kita laksanakan secara gotong-royong atau โrewangโ - kita sama-sama kupas bawang, masak dan basuh pinggan bersama-sama.
Bukan sekadar datang untuk berucap. Kita mahu berkenalan, berbual dan menjawab sendiri persoalan rakyat mengenai BERSAMA. Apa yang kami perjuangkan, apa yang kami mahu ubah, dan kenapa kami memilih untuk membina sebuah parti baharu.
Butiran program adalah seperti berikut:
๐๏ธ 23 Ogos 2026 (Ahad)
โฐ 8.00 pagi hingga 4.00 petang
๐ Lot 3206, Bt 5 1/4, Jln Kg. Bukit Rambai, Bukit Rambai, 75250 Melaka
(Sebelah SMK Klebang Besar)
Semua dijemput hadir.
Kepada orang awam, daftar kehadiran anda di pautan ini:
https://t.co/fr1QX4A3IC
Ahli BERSAMA boleh daftarkan kehadiran di aplikasi Kancil atau secara web di https://t.co/fCMc3GZOrD
Datang makan, datang bersembang, dan yang paling penting, datang kenal sendiri siapa BERSAMA dan apa yang kami mahu bawa untuk Melaka.
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ญ๐ฎ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ช๐ข๐ก๐ ๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, ๐ณ ๐๐๐ง๐๐ฉ๐๐ฆ ๐๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐ ๐๐ก๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐จ๐ฅ๐จ๐๐๐๐๐ฃ
Bagi pihak BERSAMA, kami mengalu-alukan penyertaan Saudara Wong Chen, mantan Ahli Parlimen Subang sebagai ahli BERSAMA berkuat kuasa hari ini.
Beliau telah membuat permohonan menjadi ahli BERSAMA secara atas talian dan akan diproses mengikut peraturan keahlian.
Saudara Wong Chen telah menjadi Ahli Parlimen sejak tahun 2013.
Sesuai dengan pengalaman beliau, Saudara Wong Chen akan bertanggungjawab menyelia persediaan kertas-kertas dasar BERSAMA.
Menjelang Hari Merdeka 2026, BERSAMA akan mula menerbitkan satu siri kertas dasar yang dinamakan Kertas Kancil.
Setiap satu dari 12 Agenda BERSAMA akan diperincikan dengan mendalam untuk mencambahkan diskusi dalam masyarakat mengenai langkah, dasar, akta-akta dan bentuk program yang perlu dilaksanakan untuk mencapai keberhasilan di dalam Agenda BERSAMA.
Perincian mengenai proses, rundingan terbuka dan forum-forum untuk membincangkan cadangan di dalam setiap Kertas Kancil akan diumumkan kelak.
Kami juga ingin berterima kasih kepada ahli-ahli BERSAMA yang telah tampil memikul tanggungjawab menggerakkan parti sejak dilancarkan semula hampir 3 bulan lepas.
BERSAMA sedang memasuki fasa berkembang yang seterusnya, yang memerlukan lebih ramai pimpinan pelapis untuk menguruskan dan menggerakkan parti.
Oleh itu, kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa BERSAMA akan menamakan penggerak-penggerak dan tokoh-tokoh sama ada sebagai:
1) Jurucakap BERSAMA โ diberi mandat untuk mewakili BERSAMA dalam bidang dan kumpulan masing-masing
2) Calon Bayangan BERSAMA โ dikenal pasti dan diberi mandat untuk menyusun persediaan BERSAMA di kerusi-kerusi yang bakal ditandingi oleh BERSAMA
3) Penggerak BERSAMA โ diberi mandat untuk menjadi rujukan ahli-ahli BERSAMA dan mewakili BERSAMA dalam mengelolakan pertumbuhan parti
Pengurusan BERSAMA akan mengumumkan Jurucakap-jurucakap, Calon Bayangan dan Penggerak dari satu masa ke semasa untuk mengukuhkan lapisan pengurusan parti, ke arah satu pemilihan parti untuk memilih barisan kepimpinan baru BERSAMA.
Proses ini akan dimulakan dengan pindaan Perlembagaan BERSAMA yang kini sedang diuruskan, selari dengan keperluan undang-undang di bawah Akta Pertubuhan.
Pada hari ini, BERSAMA berbesar hati untuk mengumumkan kumpulan pertama tujuh (7) orang Jurucakap BERSAMA.
Kami mengalu-alukan tujuh (7) orang tokoh-tokoh berikut:
๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ ๐๐ข๐
Lulusan MA (Internasional and Development Economics) dan BA (Economics) dari Australian National University (ANU), beliau adalah seorang ahli ekonomi yang bertugas di ASEAN+3 Macroeconomic Research Office, Fiscal Surveillance Group (Singapura) sehingga bulan lepas.
Sebelum itu beliau bertugas di Asian Development Bank (ADB) sebagai penasihat ekonomi makro, perunding ekonomi kepada kerajaan Papua New Guinea dan pensyarah di ANU.
Beliau akan mengendalikan persediaan kertas-kertas Kancil bersama-sama pemikir yang lain.
๐๐๐ฅ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ก๐
Seorang akauntan profesional dan memulakan kerjaya di sektor perbankan korporat, sebelum menjadi personaliti media di Astro Awani dan BFM.
Sebelum ini, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju yang bertanggungjawab mengendalikan program-program profesional untuk bakat Bumiputra.
๐ช๐๐ก ๐ญ๐จ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ
Seorang akauntan yang pernah bertugas sebagai pengurus di firma-firma besar negara termasuk KPMG, PETRONAS dan Sime Darby.
Beliau telah lama membabitkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan politik di kalangan aktivis wanita muda.
๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐ฆ๐๐๐
Berkelulusan ijazah kelas pertama dalam kejuruteraan dari University of Nottingham (UK), Jhen adalah seorang jurutera geoteknikal yang pernah terbabit dalam projek-projek besar seperti KVMRT Line 2, WCE dan lain-lain.
Beliau juga membabitkan diri dengan kerja-kerja pembangunan dasar bersama-sama beberapa pertubuhan bukan kerajaan.
๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐ ๐จ๐ฅ๐จ๐๐๐ฆ๐จ
Anba adalah pemimpin masyarakat setempat yang berkhidmat sebagai ahli Majlis Bandar Raya Subang Jaya di antara 2015 hingga 2026. Beliau juga adalah bekas Ketua Whip MBSJ di antara tahun 2020 hingga 2026.
๐ง๐๐ก๐ ๐๐ข๐ก๐ ๐ฌ๐๐จ
Berkelulusan undang-undang dari Universiti Malaya, Hong Yau adalah personaliti media Mandarin yang pernah menjadi wartawan multimedia dengan 8TV dan BFM.
Beliau kini mengendalikan podcast Mandarin, selain dari menubuhkan Got Point Education Centre, sebuah pusat latihan berbahasa Mandarin di Petaling Jaya.
๐ฅ๐๐๐๐๐ง๐จ๐ ๐๐๐๐ช๐๐ฌ๐๐ ๐ฆ๐จ๐๐๐๐ ๐๐ก
Berkelulusan undang-undang dari UiTM, beliau adalah seorang rakan kongsi firma guaman.
Beliau telah membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti politik wanita muda dan kegiatan kemasyarakatan sebelum ini.
๐ญ๐ฎ ๐ข๐๏ฟฝ๏ฟฝ๐ฆ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐ก๐๐ ๐ก๐๐ญ๐ ๐ ๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐
๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ญ๐๐
Kenyataan media penuh boleh diakses di sini:
https://t.co/fFXJH9BM80
Berkenaan lokasi pengumuman calon, untuk mengelakkan kekeliruan, secara tepat adalah seperti berikut:
Tapak Parkir di hadapan 906 Premier Hotel, Melaka Baru
๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ ๐จ๐ ๐๐ก ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐ ๐๐๐๐๐
Pada 15 Ogos ini, BERSAMA akan memperkenalkan calon-calon yang akan membawa cabaran BERSAMA dalam PRN Melaka.
Pengumuman calon akan diadakan pada sebelah malam, bermula jam 8 malam. Pada sebelah pagi pula, kita akan bersama-sama menjayakan Kenduri BERSAMA dengan orang Melaka.
Calon-calon yang akan diumumkan datang daripada pelbagai latar belakang. Seperti yang kita usahakan sebelum ini, sasaran kami adalah untuk terus membawa barisan yang segar, berpengalaman dalam bidang masing-masing dan terdiri daripada orang biasa yang menjalani kehidupan seperti orang biasa.
BERSAMA terus bertekad untuk tidak terperangkap dalam polemik kuasa antara parti-parti politik sedia ada.
Kami mahu memberikan pilihan kepada orang Melaka supaya akhirnya, politik kembali kepada perkara yang paling penting: bagaimana kita boleh menjadikan kehidupan rakyat lebih baik.
Calon-calon BERSAMA di Melaka mungkin bukan nama besar. Ada yang tidak pernah memegang jawatan politik atau berdiri di pentas ceramah.
Tetapi mereka membawa pengalaman kehidupan sebenar dan suara yang boleh mewakili rakyat Melaka.
Pada malam yang sama, kami juga akan mengumumkan jumlah kerusi yang akan ditandingi, kerusi-kerusi yang dipilih serta memperkenalkan calon-calon BERSAMA lebih awal kepada rakyat Melaka.
Bagi pihak BERSAMA, saya ingin menjemput orang ramai untuk hadir ke majlis pengumuman ini seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 8 - 11 malam
Tempat: Tapak Parkir di hadapan 906 Premier Hotel
Seperti biasa, saya mohon orang ramai untuk mendaftarkan kehadiran bagi memudahkan urusan logistik:
https://t.co/QHku6xsJa0
Kami mungkin tidak mempunyai semua kelebihan yang dimiliki oleh parti-parti yang sudah puluhan tahun berada dalam politik.
Tetapi kalau rakyat mahukan politik yang berbeza, seseorang perlu berani memulakannya.
๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐ก๐ ๐ฆ๐๐ง๐จ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ง๐๐๐ก ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐๐๐๐จ๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐: "๐๐ฅ๐๐๐ง๐๐ฉ๐ ๐๐๐๐ข๐จ๐ก๐ง๐๐ก๐"
Akta Tabung Haji dah tulis dengan jelas. Hibah hanya boleh dibayar daripada lebihan. Kalau rizab negatif, tak boleh bayar.
Itu bukan teknikaliti. Itu benteng perlindungan dan ada sebabnya.
Rizab Tabung Haji mula negatif pada 2014. Hibah tetap dibayar. 2014, 2015, 2016, 2017.
Macam mana?
Kalau ikut piawaian perakaunan yang betul, saham yang dibeli RM4 tapi nilainya 30 sen kena dikira 30 sen. Bezanya rugi. Kalau ikut cara itu, akaun Tabung Haji negatif, dan hibah tak boleh dibayar.
Jadi mereka tak ikut cara itu.
Mereka cipta kaedah sendiri. Namanya realizable asset value. Di bawah kaedah itu, rosot nilai hanya diiktiraf kalau nilai jatuh 70 peratus. Lepas tu ditukar lagi kepada 10 peratus.
Maksudnya, saham yang dibeli pada RM4 kekal dikira pada RM4, selagi ia tak jatuh sampai 40 sen.
Hasilnya, daripada rugi RM1.4 bilion, akaun tunjuk untung RM3.4 bilion.
Polisi perakaunan itu ditukar dua kali dalam tahun 2017 sahaja.
Perkataan yang digunakan RCI untuk menggambarkan semua ini bukan perkataan saya. Suruhanjaya RCI sendiri yang tulis - Creative Accounting.
Kepada Akmal Saleh dan sesiapa yang masih berhujah bahawa dividen tinggi maksudnya Tabung Haji untung, inilah jawapannya. Saya telah berhujah benda yang sama di Parlimen Mac 2016. Sepuluh tahun kemudian, RCI mengesahkan.
Tonton penuh ulasan lanjut saya berkenaan Laporan RCI Tabung Haji di YouTube Podcast Yang Berhenti Menteri:
https://t.co/VFCgHuqn1H
Saya ucapkan terima kasih kepada Tabung Haji atas satu kenyataan berkenaan isu zakat yang telah ditimbulkan dalam laporan RCI Tabung Haji.
Perkara yang ditimbulkan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai isu zakat ini adalah lebih dalam daripada yang dikupas kenyataan media Tabung Haji semalam.
Malah, ada beberapa percanggahan ketara di antara pendirian pengurusan Tabung Haji dan penemuan Suruhanjaya Diraja.
Saya berharap pihak berwajib terus memberi penjelasan yang boleh menjernihkan perkara-perkara yang ditimbulkan, terutamanya mengenai status bayaran zakat yang ditimbulkan.
Jangan kita ulangi episod sepuluh tahun lepas yang menolak mentah-mentah apabila rakyat biasa seperti saya mengutarakan soalan-soalan seperti yang saya tanya sekarang.
Tonton ulasan lanjut saya di video ini.
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฑ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๐ฆ๐จ ๐ญ๐๐๐๐ง ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐:
๐ฅ๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐
Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Tabung Haji yang mengeluarkan satu kenyataan media semalam (4 Ogos 2026) mengenai pendirian Tabung Haji mengenai isu zakat yang ditimbulkan di dalam laporan RCI Tabung Haji.
Secara ringkasnya, kenyataan Tabung Haji menjelaskan pendirian pengurusannya bahawa isu zakat yang dipersoalkan oleh Suruhanjaya Diraja Tabung Haji adalah tidak berbangkit.
Mengikut Tabung Haji, semua zakat yang dikeluarkan pada setiap masa adalah bagi pihak pendeposit kerana Tabung Haji tidak diwajibkan zakat ke atasnya.
Saya berharap pihak berwajib, termasuk pengurusan Tabung Haji, bersabar dengan saya yang perlu terus menanyakan soalan bagi pihak orang ramai. Lebih-lebih lagi dalam keadaan tidak ramai yang ingin bertanya mendapatkan penjelasan dalam isu yang sensitif seperti ini.
Saya juga pernah melalui zaman yang mana setiap perkara mengenai hal ehwal pengurusan dan kewangan Tabung Haji yang saya bangkitkan dinafikan bulat-bulat oleh pengurusan Tabung Haji ketika itu.
Malah, saya dituduh memfitnah dan Tabung Haji sendiri membuat laporan polis terhadap saya sehingga saya diheret ke mahkamah.
Sepuluh tahun kemudian, satu laporan Suruhanjaya Diraja mengesahkan isu-isu yang dinafikan oleh pengurusan Tabung Haji pada satu ketika adalah benar belaka.
Oleh itu, saya berharap pengurusan Tabung Haji di bawah pentadbiran Madani menangani isu-isu yang dibangkitkan dengan lebih terbuka.
Sementara saya mengalu-alukan jawapan dari pengurusan Tabung Haji mengenai isu zakat, saya percaya ada beberapa perkara yang belum dikupas dengan memuaskan.
Perkara yang ditimbulkan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai isu zakat ini adalah lebih dalam daripada yang dikupas kenyataan media Tabung Haji semalam.
Saya petik beberapa penemuan Suruhanjaya Diraja mengenai perkara ini:
โ๐๐ถ๐ณ๐ถ๐ฉ๐ข๐ฏ๐ซ๐ข๐บ๐ข ๏ฟฝ๏ฟฝ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฑ๐ข๐ต๐ช, ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ต๐ข๐ฉ๐ถ๐ฏ 2016, ๐ข๐ฌ๐ข๐ฅ ๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ฐ๐ด๐ช๐ต (๐ฌ๐ฐ๐ฏ๐ต๐ณ๐ข๐ฌ) ๐ช๐ฏ๐ช ๐ต๐ฆ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ช๐ต๐ถ๐ฌ๐ข๐ณ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐๐ข๐ฅ๐ช โ๐ข๐ฉ ๐ ๐ข๐ฅ ๐๐ฉ๐ข๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข๐ฉ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข ๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ฐ๐ด๐ช๐ต ๐ฅ๐ช๐ฌ๐ช๐ณ๐ข ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ช ๐ด๐ช๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฏ๐ข๐ฏ, ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐๐ ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐บ๐ข๐ณ ๐ฌ๐ฆ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ (๐ฉ๐ช๐ฃ๐ข๐ฉ) ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ฐ๐ด๐ช๐ต ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐บ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ ๐ณ๐ช๐ฃ๐ข. ๐๐ข๐ฎ๐ถ๐ฏ, ๐๐ถ๐ณ๐ถ๐ฉ๐ข๐ฏ๐ซ๐ข๐บ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฑ๐ข๐ต๐ช ๐ต๐ช๐ข๐ฅ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ฆ๐ญ๐ข๐ด๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฑ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ถ๐ฃ๐ข๐ฉ๐ข๐ฏ ๐ข๐ฌ๐ข๐ฅ ๐ช๐ฏ๐ช ๐ฅ๐ช๐ญ๐ข๐ฌ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ.โ
โ๐๐ข๐ญ๐ข๐ถ๐ฑ๐ถ๐ฏ ๐ฃ๐ฆ๐จ๐ช๐ต๐ถ, ๐๐ถ๐ณ๐ถ๐ฉ๐ข๐ฏ๐ซ๐ข๐บ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฑ๐ข๐ต๐ช ๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ณ๐ข ๐ง๐ข๐ฌ๐ต๐ฐ๐ณ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ถ๐ฃ๐ข๐ฉ๐ข๐ฏ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ถ๐ต ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐ข ๐๐๐ ๐ต๐ฆ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ถ๐ญ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฏ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฉ๐ข๐จ๐ช๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฃ๐ถ๐ณ๐ข๐ฏ ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ช๐ข๐บ๐ข๐ช ๐ด๐ถ๐ฃ๐ด๐ช๐ฅ๐ช ๐ฅ๐ช ๐ฃ๐ข๐ธ๐ข๐ฉ ๐ข๐ฌ๐ข๐ฅ ๐๐ถ๐ฅ๐ข๐ณ๐ข๐ฃ๐ข๐ฉ. ๐๐ฆ๐ต๐ข๐ฑ๐ช ๐ต๐ช๐ข๐ฅ๐ข ๐ฅ๐ฐ๐ฌ๐ถ๐ฎ๐ฆ๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ถ๐ฏ๐ซ๐ถ๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ฐ๐ด๐ช๐ต (๐ณ๐ข๐ฃ๐ฃ๐ถ๐ญ ๐ฎ๐ข๐ญ) ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐ต๐ถ๐ซ๏ฟฝ๏ฟฝ ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฉ๐ข๐จ๐ช๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฃ๐ถ๐ณ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ช๐จ๐ถ๐ฏ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ด๐ถ๐ฃ๐ด๐ช๐ฅ๐ช.โ
โ๐๐ฆ๐ด๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ณ๐ช๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ต๐ถ๐ฌ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ข๐ฌ๐ข๐ฅ ๐๐ข๐ฅ๐ชโ๐ข๐ฉ ๐ ๐ข๐ฅ ๐๐ฉ๐ข๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข๐ฉ ๐ต๐ฆ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ถ๐ฃ๐ข๐ฉ ๐ฉ๐ถ๐ฃ๐ถ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฃ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐บ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฃ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ฐ๐ด๐ช๐ต ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฅ๐ฆ๐ฅ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ต๐ข๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ป๐ข๐ฌ๐ข๐ต ๐ฌ๐ฆ ๐ข๐ต๐ข๐ด ๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ฐ๐ด๐ช๐ต ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฅ๐ช๐ด๐ฆ๐ณ๐ข๐ฉ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐๐๐. ๐๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ข๐ณ๐ข ๐ช๐ฏ๐ช ๐ต๐ฆ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ช๐ฃ๐ข๐ฏ๐จ๐ฌ๐ช๐ต๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐๐๐ ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ด๐ถ๐ณ๐ข๐ต๐ฏ๐บ๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ฅ๐ข๐ฏ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ช ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ต๐ข๐ณ๐ช๐ฌ๐ฉ 26 ๐๐ถ๐ฏ 2019. ๐๐ฆ๐ฏ๐ถ๐ณ๐ถ๐ต ๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๐๐, ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ป๐ข๐ฉ๐ช๐ณ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ข๐ฏ ๐ป๐ข๐ฌ๐ข๐ต ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ฐ๐ด๐ช๐ต ๐ฎ๐ถ๐ฏ๐จ๐ฌ๐ช๐ฏ ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ด๐ข๐ฎ๐ข ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฐ๐ฏ๐ต๐ณ๐ข๐ฌ ๐ฅ๐ช ๐ฃ๐ข๐ธ๐ข๐ฉ ๐๐ข๐ฅ๐ชโ๐ข๐ฉ ๐ ๐ข๐ฅ ๐๐ฉ๐ข๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข๐ฉ.โ
โ๐๐ช ๐ฃ๐ข๐ธ๐ข๐ฉ ๐ข๐ฌ๐ข๐ฅ ๐๐ข๐ฅ๐ชโ๐ข๐ฉ ๐ ๐ข๐ฅ ๐๐ฉ๐ข๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข๐ฉ, ๐ฌ๐ฆ๐ฅ๐ถ๐ฅ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐๐๐ ๐ต๐ฆ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐ฅ๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ฎ๐ช๐ฏ๐ซ๐ข๐ฎ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ฐ๐ด๐ช๐ต ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฅ๐ช๐ด๐ช๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ช ๐๐๐. ๐๐ถ๐ด๐ต๐ฆ๐ณ๐ถ, ๐ฃ๐ข๐บ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ ๐ป๐ข๐ฌ๐ข๐ต ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐๐๐ ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฎ๐ข๐ด๐ข ๐ช๐ต๐ถ ๐ฉ๐ข๐ฏ๐บ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ธ๐ข๐ฌ๐ช๐ญ๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฏ๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๐ข๐จ๐ข๐ข๐ฏ ๐๐๐ ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ช ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ถ๐ข๐ฉ ๐ช๐ฏ๐ด๐ต๐ช๐ต๐ถ๐ด๐ช, ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ฐ๐ด๐ช๐ต ๐ด๐ฆ๐ฑ๐ข๐ต๐ถ๐ต๐ฏ๐บ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ถ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐บ๐ข๐ณ ๐ป๐ข๐ฌ๐ข๐ต ๐ด๐ช๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฏ๐ข๐ฏ. ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ณ ๐ป๐ข๐ฌ๐ข๐ต ๐ด๐ช๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฏ๐ข๐ฏ ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฏ๐บ๐ข๐ฌ 2.5% ๐ฅ๐ข๐ณ๐ช๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ซ๐ถ๐ฎ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ด๐ช๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฏ๐ข๐ฏ. ๐๐ฏ๐ช ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐บ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฃ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ข๐ฎ๐ข๐ถ๐ฏ ๐ป๐ข๐ฌ๐ข๐ต ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ถ ๐ฅ๐ช๐ฃ๐ข๐บ๐ข๐ณ ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐๐๐ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐ฅ๐ช ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ ๐ฃ๐ฆ๐ด๐ข๐ณ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฃ๐ข๐ฏ๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ช๐ณ๐ข๐ฏ๐บ๐ข ๐ฅ๐ช๐ฃ๐ข๐บ๐ข๐ณ ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฃ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ป๐ข๐ฌ๐ข๐ต ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ช๐ข๐จ๐ข๐ข๐ฏ. ๏ฟฝ๏ฟฝ๐ฐ๐ณ๐ฎ๐ถ๐ญ๐ข ๐ป๐ข๐ฌ๐ข๐ต ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ช๐ข๐จ๐ข๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐ฅ๐ช๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฏ๐ช๐ญ๐ข๐ช ๐ป๐ข๐ฌ๐ข๐ต ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ข๐ณ๐ช๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ป๐ข๐ฌ๐ข๐ต ๐ด๐ช๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฏ๐ข๐ฏ.โ
โ๐๐ถ๐ณ๐ถ๐ฉ๐ข๐ฏ๐ซ๐ข๐บ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฑ๐ข๐ต๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ต๐ถ๐ฌ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ ๐ข๐ฌ๐ข๐ฅ ๐๐ถ๐ฅ๐ฉ๐ข๐ณ๐ข๐ฃ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ข๐ฌ๐ข๐ฅ ๐๐ข๐ฅ๐ชโ๐ข๐ฉ ๐ ๐ข๐ฅ ๐๐ฉ๐ข๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข๐ฉ ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ต๐ข๐ฉ๐ถ๐ฏ 2016 ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐บ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฃ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ข๐ฌ๐ถ ๐ฌ๐ฆ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ๐ฉ๐ข๐ณ๐ฎ๐ฐ๐ฏ๐ช๐ข๐ฏ ๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ณ๐ข ๐๐ฌ๐ต๐ข 535 ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฌ๐ด๐ข๐ฏ๐ข๐ข๐ฏ ๐ข๐ฌ๐ข๐ฅ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ถ๐ต. ๐๐ฏ๐ช ๐ต๐ฆ๐ณ๐ซ๐ข๐ฅ๐ช ๐ฌ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ ๐ฅ๐ช ๐ฃ๐ข๐ธ๐ข๐ฉ ๐ข๐ฌ๐ข๐ฅ ๐๐ข๐ฅ๐ชโ๐ข๐ฉ ๐ ๐ข๐ฅ ๐๐ฉ๐ข๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข๐ฉ, ๐๐๐ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ฎ๐ช๐ฏ๐ซ๐ข๐ฎ ๐ธ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฅ๐ข๐ณ๐ช๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ฐ๐ด๐ช๐ต ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฅ๐ช๐ญ๐ข๐ฃ๐ถ๐ณ๐ฌ๐ข๐ฏ. ๐๐๐ ๐ฃ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ด ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฏ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ๐ข ๐ต๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ถ๐ต ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฑ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐บ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ (๐ฉ๐ช๐ฃ๐ข๐ฉ), ๐ด๐ถ๐ฃ๐ด๐ช๐ฅ๐ช ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ช๐ฏ๐บ๐ข ๐ต๐ข๐ฏ๐ฑ๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ฃ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ฐ๐ด๐ช๐ต. ๐๐ช ๐ข๐ต๐ข๐ด ๐ข๐ฌ๐ข๐ฅ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ถ๐ต ๐ซ๐ถ๐จ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐บ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ ๐ป๐ข๐ฌ๏ฟฝ๏ฟฝ๐ต ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐๐๐ ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ณ๐ฏ๐บ๐ข ๐ป๐ข๐ฌ๐ข๐ต ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฌ๐ฆ๐ฏ๐ข ๐ฅ๐ช๐ฃ๐ข๐บ๐ข๐ณ ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐๐๐, ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ป๐ข๐ฌ๐ข๐ต ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ถ ๐ฅ๐ช๐ฃ๐ข๐บ๐ข๐ณ ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ฐ๐ด๐ช๐ต.โ
โ๐๐ฆ๐ฅ๐ข๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ฏ, ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ถ๐ณ๐ถ๐ต ๐๐ฌ๐ต๐ข 535, ๐๐๐ ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ข๐ฏ๐จ๐ฏ๐บ๐ข ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฅ๐ช๐ฃ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ณ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ช๐ฏ๐ซ๐ข๐ฎ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ต๐ข๐ฌ๐ญ๐ถ๐ฌ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐บ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ ๐ป๐ข๐ฌ๐ข๐ต. ๐๐ข๐ญ๐ข๐ถ๐ฑ๐ถ๐ฏ ๐ฃ๐ฆ๐จ๐ช๐ต๐ถ, ๐ฃ๐ข๐จ๐ช ๐ฑ๐ช๐ฉ๐ข๐ฌ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ฐ๐ด๐ช๐ต, ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฌ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ฑ ๐ฑ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐บ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ ๐ป๐ข๐ฌ๐ข๐ต ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐๐๐ ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ธ๐ข๐ฌ๐ช๐ญ๐ช ๐ป๐ข๐ฌ๐ข๐ต ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฌ๐ข.โ
Ada beberapa percanggahan ketara di antara pendirian pengurusan Tabung Haji dan penemuan Suruhanjaya Diraja, antaranya:
๐ญ)Suruhanjaya Diraja memberi penekanan mengenai perubahan akad yang tidak dimaklumkan kepada pendeposit, terutamanya untuk mendapat persetujuan pendeposit supaya sebahagian keuntungan pelaburan digunakan untuk subsidi. [๐ง๏ฟฝ๏ฟฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐บ๐ฎ๐ธ๐น๐๐บ ๐ฏ๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฟ๐๐๐ฎ๐ป ๐ง๐ฎ๐ฏ๐๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ป๐ฎ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ถ๐ป๐ถ.]
๐ฎ)Kesan perubahan akad, dari Mudarabah kepada Yadiโah Yad Dhamanah, telah mengubah hubungan Tabung Haji dengan pendeposit, dari rakan kongsi menjadi peminjam kepada pendeposit. Zakat ke atas pendeposit telah menjadi zakat simpanan sebanyak 2.5%. [๐ง๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐บ๐ฎ๐ธ๐น๐๐บ ๐ฏ๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฟ๐๐๐ฎ๐ป ๐ง๐ฎ๐ฏ๐๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ป๐ฎ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ถ๐ป๐ถ.]
๐ฏ)Amaun zakat yang perlu dibayar oleh Tabung Haji, sekiranya dibayar sebagai zakat simpanan dan bukannya zakat perniagaan seperti amalan Tabung Haji, adalah lebih besar daripada apa yang dibayar. [๐ง๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐บ๐ฎ๐ธ๐น๐๐บ ๐ฏ๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฟ๐๐๐ฎ๐ป ๐ง๐ฎ๐ฏ๐๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ป๐ฎ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ถ๐ป๐ถ.]
Apabila kenyataan pengurusan Tabung Haji menyebut bahawa zakat telah dibayar bagi pihak pendeposit tanpa menjawab isu-isu yang dibangkitkan di dalam laporan Suruhanjaya Diraja dan secara tidak langsung berpendirian isu zakat tidak berbangkit, ia boleh memberi gambaran bahawa pengurusan Tabung Haji tidak bersetuju dan menolak penemuan-penemuan di dalam laporan itu.
Apatah lagi dalam keadaan salah seorang anggota Suruhanjaya Diraja iaitu Profesor Dr. Asmadi bin Mohamed Naim adalah seorang agamawan yang dikenali sebagai ahli ilmu dalam kewangan Islam.
Selain dari menjadi Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS), beliau juga pernah menjadi ahli Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, ahli Jawatankuasa Waqaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, ahli Majlis Zakat Kedah dan ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Malah, pengerusi Tabung Haji sekarang iaitu Tan Sri Abdul Rashid Hussain adalah salah seorang ahli Suruhanjaya Diraja yang bersetuju dengan penemuan-penemuan mengenai zakat yang terkandung di dalam laporan RCI.
Saya berharap pihak berwajib terus memberi penjelasan yang boleh menjernihkan perkara-perkara yang ditimbulkan, terutamanya mengenai status bayaran zakat yang ditimbulkan.
Jangan kita ulangi episod sepuluh tahun lepas yang menolak mentah-mentah apabila rakyat biasa seperti saya mengutarakan soalan-soalan seperti yang saya tanya sekarang.
๐ฑ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
NOTA:
Untuk mengakses kenyataan media rasmi saya, klik pautan berikut -https://t.co/HyANhVJHBq
๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ | ๐ด ๐ข๐๐ข๐ฆ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ, ๐ฆ๐๐๐ง๐จ
BERSAMA akan memulakan gerak kerja di Melaka dengan dua program pada Sabtu ini, 8 Ogos 2026, bertempat di Sentral Melaka Hotel, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka.
Saya dan Sdr. Nik akan berkongsi bagaimana ๐๐ฝ๐น๐ถ๐ธ๐ฎ๐๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐น akan digunakan sebagai platform utama untuk menyelaras gerak kerja di setiap DUN dan Parlimen. Dengan satu sistem yang digunakan bersama, gerak kerja dapat disusun dengan lebih teratur, perkembangan di setiap kawasan dapat dipantau, dan tindakan susulan dapat diambil dengan lebih cepat.
Kita akan bertemu dalam dua sesi mengikut zon (mengikut Parlimen), di lokasi yang sama tetapi pada waktu yang berbeza.
๐ญ๐ข๐ก ๐ญ: Hang Tuah Jaya, Jasin, Kota Melaka
10.00 pagi โ 12.00 tengah hari
Sentral Melaka Hotel, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka
๐ญ๐ข๐ก ๐ฎ: Tangga Batu, Alor Gajah, Masjid Tanah
3.00 โ 6.00 petang
Sentral Melaka Hotel, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka
Semua ahli BERSAMA mengikut zon masing-masing serta sukarelawan yang ingin bersama-sama memulakan kempen BERSAMA di Melaka dijemput hadir.
Daftarkan kehadiran anda (sama ada ahli BERSAMA atau sukarelawan) di https://t.co/fCMc3GZOrD
Muat turun ๐๐ฝ๐น๐ถ๐ธ๐ฎ๐๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐น untuk pengguna Android di pautan ini (pengguna iPhone akan dimaklumkan kelak):
https://t.co/mxzY8PvYMd
Pohon disebarkan kepada semua ahli BERSAMA, ahli keluarga dan rakan-rakan yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada BERSAMA.
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฏ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐:
๐ฃ๐๐ก๐๐ ๐จ๐๐ก ๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐ง๐๐ง๐จ๐ฆ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ก ๐ญ๐๐๐๐ง ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฃ๐ข๐ฆ๐๐ง
Dalam podcast YBM Episod 57 Jumaat lalu, saya telah mengulas dengan panjang lebar keseluruhan isi kandungan laporan RCI Tabung Haji yang diwartakan kepada orang ramai minggu lepas.
Daripada banyak perkara yang disentuh di dalam laporan RCI itu, berdasarkan reaksi orang ramai terutamanya yang beragama Islam, salah satu perkara yang menimbulkan kemarahan ialah penemuan Suruhanjaya Diraja mengenai status bayaran zakat bagi pihak pendeposit.
Hal ini dinyatakan di perenggan 3.7.13 (muka surat 68) hingga perenggan 3.7.24 (muka surat 72), yang saya boleh ringkaskan seperti berikut:
i.Pada tahun 1979, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (kini dikenali sebagai Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa kontrak syariah di antara LTH dan pendeposit adalah Mudarabah.
ii.Oleh itu, LTH perlu membayar zakat bagi pihak pendeposit daripada aktiviti-aktiviti pelaburan dan perniagaan sebelum agihan keuntungan (hibah) dibuat.
iii.Sepanjang operasinya terutamanya di bawah pentadbiran Datoโ Seri Najib Razak, bermula 2009, LTH telah mula menggunakan keuntungan pelaburan untuk membiayai sebahagian subsidi haji.
iv.Suruhanjaya Diraja berpandangan ini bertentangan dengan konsep Mudarabah iaitu pengusaha (Lembaga Tabung Haji) tidak boleh dengan bebas membelanjakan keuntungan pelaburan untuk memberi sumbangan (dalam kes ini sebagai subsidi haji) dengan sewenang-wenangnya, tanpa persetujuan rakan kongsi (pendeposit).
v.Pada tahun 2016, akad deposit (kontrak syariah) telah ditukar dari Mudarabah kepada Wadiโah Yad Dhamanah, iaitu deposit dikira sebagai simpanan. LTH membayar keuntungan (hibah) kepada pendeposit untuk mengelakkan pembayaran riba.
vi.Suruhanjaya Diraja mendapati antara faktor perubahan tersebut adalah kerana LTH telah mula menggunakan sebahagian keuntungan pelaburan untuk membiayai subsidi di bawah akad Mudarabah.
vii.Kesan daripada pertukaran akad Wadiโah Yad Dhamanah telah mengubah hubungan yang boleh menyebabkan pendeposit terdedah kepada tanggungan zakat ke atas deposit yang diserahkan kepada LTH.
viii.Perkara ini dibangkitkan oleh Bank Negara Malaysia dalam suratnya bertarikh 26 Jun 2019 kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad. BNM menyatakan bahawa penzahiran berkenaan zakat kepada pendeposit mungkin tidak sama sebagai kontrak di bawah Wadiโah Yad Dhamanah.
ix.Di bawah akad Wadiโah Yad Dhamanah, LTH telah menjadi peminjam kepada deposit yang disimpan. Justeru, bayaran zakat oleh LTH pada masa itu hanya mewakili perniagaan LTH sebagai sebuah institusi, manakala pendeposit sepatutnya perlu membayar zakat simpanan iaitu 2.5% dari jumlah simpanan.
x.LTH menukar kontrak syariah dari Wadiโah Yad Dhamanah kepada Wakalah hanya dalam Disember 2019.
xi.Suruhanjaya Diraja berpendapat semasa LTH membayar zakat di bawah akad Wadiโah Yad Dhamanah iaitu dari 2016 hingga 2019, pembayaran zakat oleh LTH sebenarnya zakat yang kena dibayar oleh LTH, dan bukan zakat yang perlu dibayar oleh pendeposit.
xii.Ia juga bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995, yang tidak membenarkan LTH meminjam dan tidak tertakluk kepada pembayaran zakat.
Maklumat lanjut mengenai persoalan status bayaran zakat bagi pihak pendeposit LTH boleh dibaca di dalam laporan RCI tersebut.
Oleh itu, saya menyeru tindakan-tindakan berikut dari pihak yang berkenaan:
1)Perdana Menteri dan Menteri Agama perlu menjelaskan apakah tindakan kerajaan untuk menangani perkara ini yang menimbulkan keresahan di kalangan pendeposit Tabung Haji, terutamanya bagi tempoh 2016 hingga 2019. Adakah Kerajaan Madani, setelah mengambil alih, telah melunaskan zakat bagi pihak pendeposit bagi tempoh 2016 hingga 2019 itu?
2)Institusi ilmuan agama, termasuk Muzakarah MKI dan mufti-mufti perlu memberi panduan kepada pendeposit dan nasihat kepada kerajaan/LTH untuk merungkai perkara ini dengan segera; dan
3)LTH perlu mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan apa yang telah dibuat untuk melepaskan pendeposit-pendeposit dari tanggungjawab Islam membayar zakat, tatkala mereka ingat zakat-zakat itu telah dibayar oleh LTH.
๐ฏ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐