Semoga negara Malaysia terus berada dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta dikurniakan kemajuan yang berterusan demi kesejahteraan seluruh rakyat.
Daulat Tuanku.
#BersihMuafakatSejahtera#MalaysiaMADANI#DemiNogori
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan Dirgahayu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Patik sekalian rakyat mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebahagiaan serta dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT dalam meneruskan pemerintahan yang penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga jururawat atas jasa, pengorbanan dan komitmen yang tidak pernah mengenal penat lelah dalam menjaga serta merawat pesakit.
Jururawat bukan sahaja memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan negara, malah menjadi antara insan yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam memberi kekuatan, harapan dan semangat kepada mereka yang memerlukan.
Selamat Menyambut Hari Polis ke-219
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas jasa, pengorbanan dan komitmen yang tidak pernah berbelah bahagi dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara.
Semoga para wanita terus diperkasa, dihormati dan diberikan ruang yang adil untuk terus menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara. Terima kasih atas segala jasa, dedikasi dan pengorbanan yang tidak ternilai.
Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara.
Wanita merupakan tonggak penting dalam membina keluarga, masyarakat dan negara. Kecekalan, pengorbanan serta sumbangan wanita dalam pelbagai bidang wajar dihargai dan diiktiraf.
Terima kasih kepada seluruh jentera pentadbiran negeri atas komitmen dan kesungguhan
Kerajaan Negeri Sembilan kini semakin proaktif menarik lebih ramai pelabur tempatan dan antarabangsa ke negeri itu dalam usahanya memacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.
Sebanyak 1055 projek telah diluluskan bagi tempoh 2019 hingga 2024 termasuk pembukaan Kilang Madani, Safran Landing Systems Malaysia Sdn Bhd yang membawa nilai pelaburan hampir 700 juta ringgit .
Insya-Allah, kita akan terus mara. Dengan niat yang ikhlas, dengan tekad yang tidak goyah dan dengan semangat yang tidak pernah padam.
Selamat mengundi kepada semua perwakilan yang akan mula mengundi esok untuk memilih pimpinan pusat, AMK dan Wanita di Kongres Keadilan 2025.
Kita dididik untuk kekal dengan idealisme reformasi. Idealisme yang lahir dari perjuangan, dari keikhlasan dan dari kepercayaan bahawa perubahan itu mesti datang dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.